Monday, April 26, 2010

Cerah fikiran selepas bercuti!

Salam pembaca2 budiman..

Saya baru pulang dari Jogyakarta,Indonesia 2 hari lepas. Pergi bercuti sambil2 cari peluang berniaga juga.Orang putih kata "killing 2 birds with one stone" walaupun hanya Rajinikanth sahaja yang boleh buat begitu. Memang best ke sana, lebih2 lagi bersama corum yang tepat, satu kepala! Hari2 kami penuhi dengan survey perabot, makan & gelak2. Seronoknya bagai tiada masalah dunia!

Saya kagum dengan "kekreatifan" orang2 di Jepara mahupun di Jogya. Seringkali waktu saya di sana, terfikir saya, mengapa tidak tercapai akal saya untuk buat apa yang mereka buat? Tapi Allah itu Maha Adil, dengan kesempitan hidup yang mereka alami, dengan kekurangan wang yang mereka hadapi, Allah kurniakan mereka dengan kebijaksanaan akal & idea yang mencurah2, supaya mereka boleh menjalani kehidupan dengan modal wang yang sedikit!!

Berbalik kepada cerita emas, Alhamdulillah selama di sana, saya berpeluang ke toko buku nya. Memang sudah pasang niat untuk mencari apa jua buku berkenaan emas, sedari Indonesia juga tidak kurang hebat dalam exposure investasi emas. (cakap pun udah macam bahasa indonesia saya kira..). Mashaallah, buku2 di sana memang banyak & murah sekali. Kini saya tak hairan kenapa mereka cukup patriotik dalam bahasa ibunda mereka, hatta kaum bukan Melayu pun berbahasa Indonesia. Buku2 nya semua diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Saya jumpa buku Islamic Finance karya Ibrahim Warde, yang berharga 70GBP di UK, tetapi hanya berharga 70,000 IDR (lebih kurang RM25) di Jogya! Ini baru dikatakan negara menggalakkan rakyat berilmu. Saya borong banyak buku, termasuk 2 buah buku emas, (1)" Jangan IINVESTASI EMAS sebelum baca buku ini" karya Joko Salim, S.Kom, SE. (2) "Cerdas Investasi Emas" karya William Tanuwidjaja. Belum sempat lagi nak baca, Inshaallah akan saya kongsikan ilmu di dalamnya nanti.

Sharing is Caring kan!


Friday, April 16, 2010

Welcome on Board: Malek bin Amat


Selamat datang kepada En.Malek bin Amat daripada Bangi. Beliau telah secara rasminya jadi dealer pada awal bulan April baru2 ni, setelah sebulan jugak lah beliau merancang untuk berkecimpung dalam arena emas ni. Tahniah diucapkan kepada En.Malek. Semoga pak cik sukses dalam bisnes emas Public Gold ni.

Sesiapa yang berada di kawasan Bangi/Kajang atau dilingkungan Pusat Perubatan Universiti Malaya, boleh lah contact beliau.

Malek bin Amat 
019-381 4673