Thursday, December 24, 2009

Mencari Conspiracy...

Salam Emas..


Semalam saya ke Mid Valley, hajat hati nak beli buku terbaru Robert T.Kiyosaki, Rich Dad:Conspiracy of the Rich. Hampa kerana MPH Mid Valley sudah kehabisan stok. Laris sungguh bila sudah ada nama. Langsung saya ke Borders, The Gardens. Kata mamat Customer Service tu, buku tu belum masuk lagi ke Borders. Haiiii, lambatnya bertindak..org dah sampai ke bulan, awak belum order lagi..hehehe..

Hari ni, saya ke Alamanda pula walaupun saya dah call semalam bertanyakan buku tu & kata mereka sudah kehabisan stok. Tak apa lah,tak salah mencuba tuah hari ni. Saya terus ke meja Enquiry & bila title dimasukkan, ternyata nasib saya ada. Masih tinggal sebuah lagi. Dengan senyum lebar, saya mengelek buku tu pulang.

So, malam ni saya nak baca buku tu dulu. Ilmu tentang emas??? Izinkan saya mempersiapkan diri sebelum berkongsi dgn anda semua.

Tuesday, December 22, 2009

The day BANKEMAS was born...

Salam Emas pada semua!!

Alhamdulillah, selepas berhempas pulas saya & isteri menggodek blogspot ni semata2 nak create kan satu blog, maka lahirlah BankEmas ni. Saya ni bukan dari bidang IT, tu yang berpeluh jugak.

BankEmas akan saya update (saya cuba sedaya upaya) dari masa ke semasa on the consistent basis supaya kita semua dapat tahu perkembangan sekeliling khususnya berkaitan Emas & Pelaburan Emas. Untuk itu, selalulah berkunjung ke BankEmas untuk berita2 terkini & isu2 semasa, samada tentang pasaran emas dunia ataupun Malaysia.

Segala aktiviti GoldBanker berkenaan emas juga akan dikongsi bersama!!

So,stay tuned!!!!