Tuesday, January 26, 2010

Unit Ukuran Emas

Salam..

Saya sering ditanya tentang unit2 ukuran lama emas seperti mayam, tahil dan sebagainya, terutama jika berdepan dengan makcik2 atau nenek2 penggemar emas. Lazimnya memang K.O.O.L (Kumpulan Orang Orang Lama) memang suka pada emas, salah satu sebabnya adalah mereka telah hidup lama & telah berpengalaman merasai sendiri kenaikan harga emas dari tahun2 lampau.

Bila mereka sebut ukuran2 lama itu, saya & suami terus ternganga..Nak buat macam mana, kami hidup zaman unit S.I, dah tak pakai unit2 lama tu. Jadi, saya telah buat sedikit carian tentang unit2 ukuran lama & inilah persamaan2 nya dengan unit yang kita pakai sekarang, iaitu Gram.



Nama lama bagi jenis-jenis emas:

  •     Emas Se Amas = 2.551 gm
  •     Emas Se Rial =2.70 gm
  •     Emas Se Kupang = 0.64 gm
  •     Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
  •     Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
  •     Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
  •     Emas 1 Mayam = 3.37 gm
Unit Timbangan Lama
  • 16 Tahil = 1 Kati
  • 1 Kati = 600 Gram
  • 100 Kati = 1 Pikul
  • 1 Pikul = 60.48 kg


Zakat Emas

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)


 


KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS

Emas yang Disimpan

  • Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.
  • Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100.

Emas yang Dipakai

  • Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidakdikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000 atau 150gram.
  • Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.


Sunday, January 24, 2010

Golden week of Ours..

Salam all..

Alhamdulillah,baru je KK about 1.5 hrs ago.. Right now having luncheon at one of the restaurants at the airport. Last came here was in 2006 if I'm not mistaken..perggghhh lama jugak tu..Nak buat mcm mana, no particular interest to come regularly..Tapi, selepas ni mungkin selalu berulang-alik KL-KCH-BKI ni.. Hantar emas lah, apa lagi..

Alhamdulillah jugak, sale after coming back from Penang & Kedah last week agak memberangsangkan.. Would like to outline the transactions here:

  • 19 Jan 2010 : Pak Teh order 100 grams
  • 20 Jan 2010 : Mak Chaq order 50 gram x 4 pieces
  • 21 Jan 2010 : Bought 100 grams x 2 pieces from a buyer in Kuching (this was a really good & profitable transaction, I must say!!)
  • 22 Jan 2010 : Mr. Khairul bought 20 grams
  • 23 Jan 2010 : Mr. Syahrail bought 20 grams x 2 pieces and 1 piece of 1-Dinar coin
Minggu sudah memang antara masa yang terbaikkk membeli emas. Harga memang rendah & puas juga lah saya cadangkan pada kawan2 untuk beli..beli..beli..hehehe. Saya sendiri ada lock price tu untuk tambahkan stok yang sedia ada. Tak lama lagi Chinese New Year, jangkanya price will go higher, so kalau ada org nak beli dah untung kat situ..Dah nampak untungnya meniaga emas???

Sekali lagi saya terangkan procedure membeli :
  1. Customer tgk harga kat www.publicgold.com.my utk tahu latest price bagi setiap bar & coin.
  2. Bila rasa dah ok untuk membeli, call me to let me know. Saya akan suruh masukkan deposit sebanyak 30-50%.
  3. Bila dah masuk payment, notify me then barulah saya akan lock harga tersebut. Buyer kena cepat masukkan deposit kalau nak dapatkan harga yang dia tgk kat website tu, because on an active day, price moves faster than weekends. And the reason why I asked for deposit before locking the price, adalah kerana once saya dah lock, by hook by crook, saya kena ambik stok tu. So, only serious buyer will be entertained ye...hehehe.
  4. Balance should be paid before or at the time of delivery.
Happy Gold-shopping everyone!!!!


Saturday, January 23, 2010

Pengalaman nak jual barang kemas..

Salam emas semua!!

Semalam kami bawa rantai Mak, (rantai hadiah kahwin dia dulu2) ke Public Gold. Mak kata nak check harga sebab dia nak gadai atau jual untuk tukarkan dengan gold bar. Kami memang ke Public Gold semalam sebab nak collect 4 keping gold bar 50gram, makcik saya beli. (Alhamdulillah). So, sampai sahaja saya suruh Vincent timbang & check purity rantai tu.

***(sorry,tetiba ada problem nak upload gambar,will be uploaded later)***

Result:
Berat : 65.5 gram
Purity : 850

Saya tanya Vincent, berapa PG boleh ambil. Vincent pun calculate, then dia jawab RM5700+. around RM87/gram untuk harga emas 850. (85% kandungan emas).

Saya rasa Mak mesti suka, sebab time dia beli dulu mesti harga rantai tu tak sampai RM2000 pun..hehe

Seterusnya kami ke Giant Mall Shah Alam. Masuk-masuk je terus nampak Kedai Emas Wah Chan..apa lagi,bila lagi nak kutip experience kan. Jumpa SA, tunjuk emas tu kat dia & minta dia check purity.

SA tu test manually, asah-asah dekat satu batu hitam pastu titikkan solution, tunggu seminit then dia cakap itu emas 916. Wow, PG guna test meter pun baru 850, macam mana dia boleh kata ini 916..ini sudah untung, fikir saya. (sebab harga 916 memang jauh lebih tinggi daripada 850-walaupun jauh di sudut hati saya lagi confident dengan PG)

Saya tanya harga, dia terus tanya balik, "ada resit tak?"

"Mana ada kak, rantai ni dah berpuluh tahun, hadiah kahwin mak saya. Kalau ada pun, sure anai-anai dah makan punye."

"Oh,kalau ada resit baru kita ambik."

"Sebab apa?Gold is gold what, you pun dah test tadi kan.."

"Sebab kita takut barang curi. Pernah jadi case."

"Habis kalau ada rantai lama-lama tak boleh jual lah? Resit dah tentu tak ada."

"Cik kena tukar dgn barang kita."

Dengan senyum sinis saya kata,"There...I got your point. You bukan takut barang curi, you nak bagi barang you berjual aje. Sebab kalau I tukar dengan barang, so-called rantai curi ni pun ada dalam simpanan you jugak. Masa ni you tak takut pulak dengan polis?"

Macam-macam jawapan merangkap alasan dia beri.

"Ok, takpe. You dah test tadi, 916 kan. Cuba you value kan kalau saya nak tolak."

Tekan-tekan calculator. "RM 5400.00".

Perbandingannya:

  • Public Gold kata emas 850 (from test machine), bagi harga RM5700.00.
  • Wah Chan kata emas 916 (manually tested), bagi harga RM5400.00.
Kesimpulan: Memang kedai emas akan putar belitkan keadaan dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk kaut keuntungan sebelah pihak. Harga jualan emas memanglah sedia tinggi, harga belian pulak gila-gila rendah. So, kalau anda ada barang kemas nak di 'let go' kan, contact lah saya. Saya akan tolak pada Public Gold & anda boleh tukar dengan jongkong untuk pelaburan yang lebih menguntungkan.




Monday, January 18, 2010

Gambar2 semasa Seminar Emas..

Salam..

Ni sebelum majlis bermula..




Sempat jugak posing jap sementara menunggu panel2 masuk hall..




Ini Mr.Louis Ng, founder & chairman of Public Gold.. Kalau dengar dia cakap, mmg macam bukan
chairman of company lah..dengan pelat nya, tapi who cares?? boleh je buat duit kan..


Ini Dr. Umar Ibrahim Vadillo..boleh dikatakan pejuang Matawang Islam (dinar). Bersungguh2 beliau menyeru umat Islam utk conquer penggunaan dinar sbg matawang, kerana beliau percaya hanya dgn cara ini sahajalah, org Islam boleh mengukuhkan ekonomi, dan utk Malaysian, supaya kita tidak terus tunduk kepada kuasa US Dollar. Beliau merupakan penasihat ekonomi kerajaan Kelantan, dan antara orang yg memperkenalkan Dinar Kelantan. Katanya, Kelantan sedikit masa lagi akan memulakan langkah membayar gaji rakyatnya dlm dinar, dan memperbanyakkan urusan jual beli seharian menggunakan dinar. Haiii... untung lah orang Kelantan ye..


Sebahagian drpd 420 orang peserta seminar..menjamu selera.


Lepas mkn, sempat pulak mendengar informal speech Dr Umar.


Bergambar dengan dr Umar. Masa ni beliau tanya saya asal mana, saya jawab 'terengganu'. Langsung beliau mencadangkan saya bawa perihal penggunaan dinar kepada Sultan Mizan..hehehe..kalau Mizan tu jiran saya, boleh jugak saya beritahu dia time2 minum petang...Tapi, be positive, insyaallah,manalah tahu ada peluang nanti.




Slide daripada Dato' Salleh Majid yg saya kira penting juga utk membandingkan pelaburan2 yg terdapat di Malaysia. Daripada semua jenis pelaburan2 yang ada, ternyata Emas memberi pulangan yang lumayan berserta risiko yang minimum.


Selamba & bersahaja beliau berucap.


Slide ni sekurang2 nya sudah cukup untuk kita start consider utk melabur/menyimpan emas. Pakar financial yang kata, bukan cikai2 tau...


Ni lah admin blog jutawanemas.com, En Syukor Hashim.Basically apa yang beliau cerita pada hari tu, sama isi kandungannya dgn apa yang beliau ulaskan dalam e-book beliau, "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas".


The Goldbanker bergambar dgn En.Syukor.


The Goldbankers bergambar dgn Mr.Loius Ng.


Last, bergambar dgn mentor, Pokli yang jadi MC hari tu..

Sunday, January 10, 2010

Gold Investment Opportunity in 2010

Salam..

Some of interesting news on gold worldwide.. Please click the links below to know more.


  1. http://www.indianexpress.com/news/gold-set-to-shine-as-investment-vehicle-in-2010/558446/
  2. http://goldnews.bullionvault.com/Goldbug/gold_investment/gold_investment_demand_to_remain_strong_in_2010_19538220
  3. http://news.goldseek.com/PeterCooper/1261501286.php


Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas


Salam..Artikel ini di ekstrak as a whole daripada blog Jutawan Emas, Sifu Syukor bin Hashim, merangkap Head of Research untuk Public Gold. Semoga dapat beri panduan & pengajaran kepada readers..

*************************************************

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap anda semua sihat sejahtera.
Kali ini saya ingin bercerita tentang keburukan membeli jongkong emas di kedai emas. Kalau boleh biarlah pengalaman saya menjadi pengajaran untuk kita semua.
Kisah sedih nie… :(
Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar. Sebagai contoh:
1. Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna
2. Kedai Emas biasa - PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)
3. Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.
Saya sendiri telah membeli 3 ketul PAMP Suisse (Lady Fortuna) dengan Kedai Emas Poh Win Melaka.

kedai_emas_poh_win



Pada waktu tu, memang gembira rasa hatiku…
my_pamp_suisse
PAMP Suisse saya – Lady Fortuna
Namun setelah dibuat kajian mendalam, saya dapati membeli emas kat kedai emas ini lebih banyak kelemahannya.
Antaranya kelemahan ialah:
1. Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM)
2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi
3. Tak boleh bukak plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut
     maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai.

Kisah Lady Fortuna yang dibuka.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.
Kena pakai pisau.
buka_lady_fortuna
Kena toreh dengan pisau. Plastiknya keras.
Bukan seketul, tapi ketiga-tiganya saya buka :P
lady_fortuna_dibuka
hehehe.. PAMP Suisse Lady Fortuna yang telah dibuka.
Sebabnya saya nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik dengan membeli lebih banyak emas.
Kemudian, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:
1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?
Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)
“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win”
“I see…  jadi you all akan tolak 18% la…
“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…
Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%
Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)
Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…
“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
“Aiya! apasal banyak sangat” saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya …
“Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…
Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira used gold.
Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.
Rasa menyesal beli emas kat diorang nie.

Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

poh_kong_bunga_raya
Gold Bar Bunga Raya – tak boleh buka.
Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri…  jadi waktu isteri dok tengah pilih gelang, saya tanya sales girl pasal gold bar Bunga Raya.
Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600)
“Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?” saya bertanya
“Oh.. ini potong dalam 11.5% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.
“Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?” saya tanya sales girl tu..
“Oooo.. kalau buka plasik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%”
Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik cover yang tak bernilai tu boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11.5% kepada 25%”
Rugi betul.
Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…
Kalau tak boleh bukak plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik tu…
Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai. Bertambah lagi potongan yang dikenakan.

Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

So far, yang saya tahu ialah Gold Bar Public Gold.
Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalar… tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama.
Ini adalah jaminan daripada chairman Public Gold sendiri, Mr. Ng

public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Gold Bar Public Gold – kalau buka sarung plastik pun tak terjejas harganya.
Berbezaan harga belian dan jualan emas public gold pula sangat berpatutan, iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.
Jadi, saya berpendapat ia lebih menguntungkan pembeli yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Lebih cepat buat untung bila harga naik.

Kesimpulannya.

Disini saya sekadar menceritakan pengalaman peribadi saya. Ianya hanyalah panduan untuk anda semua. Jika anda ada pengalaman seperti saya, harap dapat dikongsikan bersama-sama pembaca yang lain. Lebih banyak ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan bersama, maka kesannya lebih baik.
Pada pendapat saya, memang lebih jelas Gold Bar Public Gold lebih menguntungkan pelabur emas.


Hukum Pelaburan Emas di Bank (Gold Account passbook)


Berikut adalah petikan soal-jawab mengenai hukum pelaburan emas di bank di Malaysia, dipetik daripada laman web Ustaz Zaharuddin, www.zaharuddin.net. 







Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?







Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal. 

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual. 

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.





JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-


• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepadaRiba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.


• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).


• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 




DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :


1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.


2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.



3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.


4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.


KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman
22 Oktober 2008
23 Syawal 1429 H
Wales, UK






Management Team of Public Gold

Often, when I promote gold bullion to potential customers, they seem confused, why should they buy the gold from a dealer like me? Why don't just they go to any goldsmiths, and purchase the gold from the experts in that particular field. I've told them, that the price at any gold shop is way much higher that ours, and the spread also higher that what we offered. Then, dia rasa boleh terima reason tu, tapi tetap macam tak puas hati sebab deep inside their heart tu, there's alil bit doubt about Public Gold. Betul lah orang kata, tak kenal maka tak cinta. So, here is a brief details of the management team of Public Gold, ni tak de dalam website. I extracted it from the profile. Take a review..














Dah kenal company?..............................................DAH
Dah kenal emas? ...................................................DAH
Dah kenal The GoldBankers?.................................DAH
Dah ada duit? ........................................................DAH
Dah nampak untungnya melabur emas?...................DAH
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
So, apa lagi????? Call lah saya, bertindak sekarang, barulah impian jadi kenyataan.

Saturday, January 9, 2010

Kat mana nak simpan Emas

Salam..

Nak simpan kat mana, ikut apa kata hati anda. If you think it's safe to keep the gold at your home, then go ahead. Only you know the best where to keep your luxury belongings. Nak tebuk lantai ke, korek dinding ke, nak buat rumah macam James Bond punya bilik ke...terserah. Nak simpan kat bank pun boleh. But, for those who still looking for a safe place to keep your gold, I would suggest Royal Safe Deposit Boxes.

Royal Safe Deposit Boxes is wholly owned by HSJ Dhaliwal Sdn Bhd (670569-X) with its business address being No. 42A Jalan PJS 8/6, Mentari Business Park, Bandar Sunway, 46150 PJ, S'ngor.

4 sizes of boxes: Royal 1, Royal 2, Royal 3 & Royal 4





Kat kaunter RSDB, lupa pulak nak snap gambar guard tu, sebab dia bukan Singh ari tu, kalau Singh 'smart' sikit..hehehe

The GoldBanker kat depan RDSB & Public Gold branch Sunway Mentari.

Service Charges

  • Refundable Key Deposit Fee   RM250.00
  • Each addition, change or Revocation of nomination   RM20.00
  • Stamp Duty   RM20.00
  • Break box charge due to lost key (key deposit is non-refundable)    RM300.00
Terms & Conditions
  • Box holders must be at least 21 years old, and must produce an IC/Passport and documentary proof of residential address.
  • Maintain a Current or Saving account with any bank and establish Standing Instructions for the Annual Rental payment via the Bank or by Credit Card.
  • Payment of refundable deposit upon application.
  • Box may be opened in single or joint names.
  • Only box holders and their nominee(s) are allowed to enter the Safe Deposit Vault.
  • Children are not allowed to enter.
  • Other terms & conditions contained in the RSDB Rental Agreement shall apply.
RSDB avoid shopping complexes for the following reasons:
  • Safety of clients walking back too far a distance from the Safe Deposit Box Centre to their cars parked in the carpark & danger of being mugged on the way.
  • Impossibility of reinforcing the floor and ceiling of the vault/strong room.
  • If reinforced without proper piling/foundation, (which is not possible in an exiting building) danger of collapsing due to excessive weight.
  • No control over occupants and happenings on top floor.


10 Years Gold Price

Salam..
Bawah ni adalah graph harga gold for the last 10 years. Pada tahun 2000, harga baru mencecah 300 USD per ounce. Sama lah time kami kahwin dulu pun, tahun 2002, harga masa tu tak sampai 300USD pun. Tapi masa tu, saya memang tak minat emas. Dari kecik, saya memang bukan peminat emas. Maksud saya, barang kemas. Ye lah, dulu-dulu jarang dengar pasal jongkong emas, kalau ada pun, bagi saya orang2 kaya aje yang ada, sebab bila sebut 'jongkong', saya selalu terbayangkan yang tebal seketul tu (berat 15kg-saya baru tahu!!). So, duit hantaran pun last2 saya habiskan bershopping di sana sini, kebetulan masa tu selalu ke luar negara, di tambah pulak saya still bekerja (makan gaji) time tu. Emak, kakak saya pesan suruh beli barang kemas dgn duit hantaran, tapi saya kata, "ishh takde benda lain ke diorang ni. Ada duit sikit, emas..ada lebih sikit,emas..Mami jarum betul lah.."

Sekarang??? Saya tabik spring kat mana2 mami jarum termasuk lah Mommy saya sendiri!!! Huarrghhhhhh rasa macam nak gi bodek dia minta brg2 kemas tu, anakmu ini nak lebur tukar pada jongkong emas lahhhhhh.......!!!

Alkisahnya, sekarang saya tetap TAK SUKA barang kemas. Saya lebih suka manik koran untuk berhias. Kalau ada pun, sikit2 white gold & platinum jewelry masa hantaran kahwin dulu. Itupun, dlm setahun boleh bilang dengan jari berapa kali saya pakai.

Tapi, saya terlopong sudahhhhh.. Kalau dulu saya beli emas, dan berganda-ganda value emas saya naik. Tengok sahaja graph harga emas untuk 10 tahun lepas di bawah ni..daripada 300USD/ounce sekarang dah 1137 USD!!!! Mak aiii...

Namun, Alhamdulillah, Allah telah tunjukkan jalan pada saya & suami, untuk melabur dalam emas fizikal pada tahun ni. Saya kira, this is the aggressive kick-start for 2010 for us! With the historical price data of gold for the past 10 years, I think it is the right decision to invest in gold.

10 year gold price per ounce
Source: http://www.goldprice.org/gold-price-history.html#10_year_gold_price

Jom kenal-kenal lagi dengan emas..

















Click to www.publicgold.com.my for updated latest price of gold bar, call me to lock the price, (only authorised agent can lock the price), make a payment, gold delivered to you safe & sound!!!