Thursday, December 24, 2009

Mencari Conspiracy...

Salam Emas..


Semalam saya ke Mid Valley, hajat hati nak beli buku terbaru Robert T.Kiyosaki, Rich Dad:Conspiracy of the Rich. Hampa kerana MPH Mid Valley sudah kehabisan stok. Laris sungguh bila sudah ada nama. Langsung saya ke Borders, The Gardens. Kata mamat Customer Service tu, buku tu belum masuk lagi ke Borders. Haiiii, lambatnya bertindak..org dah sampai ke bulan, awak belum order lagi..hehehe..

Hari ni, saya ke Alamanda pula walaupun saya dah call semalam bertanyakan buku tu & kata mereka sudah kehabisan stok. Tak apa lah,tak salah mencuba tuah hari ni. Saya terus ke meja Enquiry & bila title dimasukkan, ternyata nasib saya ada. Masih tinggal sebuah lagi. Dengan senyum lebar, saya mengelek buku tu pulang.

So, malam ni saya nak baca buku tu dulu. Ilmu tentang emas??? Izinkan saya mempersiapkan diri sebelum berkongsi dgn anda semua.

No comments: