Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang menghabiskan masa penantian menunggu sang suami penyeri diri pulang dari mencari rezeki. Dikhabarkan, penerbangannya lewat sedikit, agak tertangguh dari jadual masa yang telah dirancangkan. Cuaca agak tidak begitu ‘friendly’ petang tadi. Bagi sang penunggu seperti saya, masa-masa seperti inilah yang bisa meruntun perasaan risau dan bimbang, lantas saban saat memanjatkan doa kehadrat Illahi moga-moga diselamatkan keberangkatan pulang sang suami dalam keadaan ‘safe and sound’. Aminnn..
Rancak sungguh aktiviti jual beli emas di mana-mana sekarang ini. Di laman no. 1 dunia, Facebook contohnya, saban hari tauke-tauke emas galak membentangkan produk & harga masing-masing. Ada yang dengan lantang, ada yang dengan sorok-sorok, ada juga yang hanya pemerhati sebelum meletakkan harga sendiri. Bermacam-macam, pelbagai ragam. Kadang-kadang kelihatan seolah-olah berebut-rebut untuk mendapat jolokan pemilik harga terendah. Harap-harapnya, dalam asyik kejar-mengejar, jangan sampai tersasar. Kos bil telefon, minyak, tol, masa, tenaga & mungkin makan minum harus diambil kira juga saudara2!!
Menyebut tentang kejar-mengejar meletakkan harga, teringat saya pada suatu cerita. Dongeng atau benar, saya tidak pasti namun jika ia boleh memberikan satu pengajaran, mengapa tidak kita ambil iktibar darinya.
“Kisah Tukang Cukur” yang membayangkan tentang persaingan pasar yang tidak sihat antara peniaga-peniaga. Dalam kisah tersebut, ada dua orang Tukang Cukur yang kedai mereka berdekatan antara satu sama lain. Tukang Cukur A & Tukang Cukur B diberi nama. Awalnya, untuk menarik lebih ramai pelanggan, Tukang Cukur A menawarkan harga yang lebih murah dibandingkan dengan B. Akan tetapi, B tidak dapat menerima perlakuan ini, lantas mengikut menurunkan harga sehingga lebih murah dari harga A. Kemudian A pula tidak puas hati lalu menurunkan lagi harganya, dan begitulah berulang-kali seterusnya sampai keduanya menerapkan harga “kosong” untuk pelanggannya.
Persaingan tidak berhenti di sini kerana Tukang Cukur A bukan hanya menawarkan harga “kosong” pada pelanggannya, malah dia menawarkan pula perkhidmatan tambahan yang berupa urutan percuma. Tukang Cukur B juga tidak mahu ketinggalan, sudahlah dia berikan harga “kosong” atas cukuran rambut, ditambah pula dengan urutan percuma malah dia juga menawarkan servis menghantar pelanggan pulang ke rumah dengan percuma juga! Sudahnya apa? Dua Tukang Cukur ini pasti bankrupt gara-gara persaingan yang tidak sihat.
Realitinya, bukan hanya Tukang Cukur yang berkeadaan sedemikian, syarikat-syarikat insurans & telekomunikasi juga antara yang hebat berlawanan harga & tariff.
Ada kaitan cerita saya di atas dengan artikel saya yang sebelum ini, “Kenaikan Harga Emas bagi tahun 2010”. Kaitannya tentang Amerika Syarikat yang menurunkan nilai matawangnya di persada antarabangsa, dan matawang kita yang secara tidak langsung ‘terkuat’ dek kejatuhan USD itu. Mungkin ramai yang merasakan tidak cukup ‘bahangnya’ jika membandingkan USD dengan Ringgit Malaysia yang bukanlah ‘giant’ dalam arena dagangan antarabangsa. Jom, kita kaitkan USD dengan China Yuan, dan mari kita tanyakan soalan ini sesama kita, ”kalau Amerika berusaha menurunkan nilai USD-nya terhadap Renminbi China agar kompetitif, apakah China juga tidak berusaha yang sama untuk mempertahankan ‘competitiveness’-nya? Betul sekali, itulah sebabnya perlu ada ‘negotiation’ terus-menerus antara kedua negara kerana keduanya mempunyai kepentingan yang sama iaitu agar nilai tukar matawangnya lebih rendah satu sama lain.
Akhirnya persis kisah Tukang Cukur. Ketika Amerika sudah berhasil membuat wangnya lebih kompetitif dibandingkan China, China pun tidak akan membiarkan hal ini berlangsung lama. Mereka akan menurunkan nilai tukarnya sebelum ekonominya sampai tahap ‘fatal’ dek kerana pasaran eksport yang terjejas dan tidak bersaing. Begitu seterusnya proses spiral penurunan nilai mata wang kertas ini berlangsung, sampailah wang kertas ini benar-benar tidak ada nilai. Masih ingat pada video ‘THE DAY THE DOLLAR DIED’ dalam artikel saya yang sebelum ini?
Proses spiral ini tidak hanya berlaku antara Amerika & China, malah berlaku pada seluruh mata wang kertas dunia. Ketika yang lain nilainya turun, negara yang matawangnya tetap tinggi pasti tidak akan mampu bersaing di gedung perdagangan dunia.
Lantas bagaimana dengan kita yang merupakan ‘consumer’ atau pengguna dari Tukang Cukur, syarikat insurans, telekomunikasi & wang kertas ini? Tetap berfikir logic! Harga bukanlah satu-satunya aspek dalam pemilihan sesuatu produk barang atau perkhidmatan, termasuk wang kertas juga. Kualiti dari ‘value for money’ dan layanan yang berlanjutan (sustainable services) lebih berharga dari sekadar harga yang rendah!
HANYA SATU SOLUSI GLOBAL : DINAR /EMAS & DIRHAM/PERAK
Di saat kehancuran USD dan segala matawang-matawang dunia, timbul satu matawang ‘kuno’ yang hanya dengannya sahajalah, kehidupan dunia bisa menjadi kembali makmur. Berbeza dengan kita yang meyakini wang yang sejati (timbangan yang adil) hanyalah emas & perak berdasarkan keyakinan agama kita, para pakar analisis ekonomi dunia pula berpendapat bahawa pengganti USD hanyalah emas berdasarkan keadaan kewangan global terkini yang makin buruk dimakan masa. Wallau’alam.
No comments:
Post a Comment