- Abdurrahman bin Auf termasuk sahabat yang masuk Islam sangat awal, tercatat beliau orang yang ke-8 yang bersyahadah 2 hari setelah Abu Bakar. Beliau juga termasuk salah satu dari sepuluh (10) sahabat yang dijamin masuk syurga.
- Beliau termasuk salah satu dari enam (6) orang yang ditunjuk oleh Umar bin al-Khathab untuk memilih khalifah sesudahnya.
- Beliau seorang mufti yang dipercayai oleh Rasulullah SAW untuk berfatwa di Madinah padahal Rasulullah SAW masih hidup.
- Beliau terlibat dalam Perang Badar bersama Rasulullah SAW & menewaskan musuh-musuh Allah. Beliau juga terlibat dalam Perang Uhud & bahkan termasuk dalam golongan yang bertahan disisi Rasulullah SAW ketika tentera kaum Muslimin banyak meninggalkan medan peperangan. Dari peperangan ini ada 9 luka parah ditubuhnya & 20 luka kecil yang diantaranya ada yang sedalam anak jari. Dua perang ini juga menyebabkan luka dikakinya sehingga Abdurrahman bin Auf harus berjalan dengan pincang, dan juga mematahkan sebahagian giginya sehingga beliau berbicara dengan sedikit pelat.
- Suatu saat ketika Rasulullah SAW berpidato menyuntik semangat kaum Muslimin untuk berinfaq di jalan Allah, Abdurrahman bin Auf menyumbang separuh hartanya yang senilai 2,000 Dinar atau sekitar hampir RM 1.4 juta pada saat ini (bayangkan pada zaman itu seseorang yang mempunyai harta sebanyak itu sudah boleh dianggap sangat kaya, walhal ketika beliau menyumbangkan sejumlah tersebut, beliau masih 'belum betul-betul kaya' dan hartanya baru berjumlah 4,000 Dinar). Atas sedekah ini beliau didoakan khusus oleh Rasulullah SAW yang berbunyi, "Semoga Allah melimpahkan berkatNya kepadamu, terhadap harta yang kamu berikan. Dan semoga Allah memberkati juga harta yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu." Doa ini benar-benar terbukti dengan kejayaan demi kejayaan Abdurrahman bin Auf berikutnya. Al-maklum sahajalah, bila kekasihNya memohon doa, tentu sahaja Allah memberi perkenanNya.
- Ketika Rasulullah memerlukan dana untuk Perang Tabuk yang mahal & sulit kerana medannya jauh, ditambah situasi Madinah yang lagi dilanda musim panas, Abdurrahman bin Auf mempeloporinya dengan menyumbang 200 uqiyah emas sampai-sampai Umar bin al-Khatthab berbisik kepada Rasulullah SAW, "Apakah Abdurrahman berdosa kepada keluarganya kerana tidak meninggalkan wang belanja sedikitpun untuk keluarganya?" Mendengar ini, Rasulullah SAW bertanya kepada Abdurrahman bin Auf, "Apakah kamu meninggalkan wang belanja untuk isterimu?" "Ya!", jawab Abdurrahman. "Mereka saya tinggalkan lebih banyak & lebih baik dari yang saya sumbangkan." "Berapa?", tanya Rasulullah. "Sebanyak rezeki, kebaikan, dan pahala yang dijanjikan Allah.",jawabnya.
- Setelah Rasulullah wafat, Abdurrahman bin Auf bertugas menjaga kesejahteraan & keselamatan Ummahatul Mu'minin (para isteri Rasulullah SAW).
- Abdurrahman bin Auf pernah menyumbangkan seluruh barang yang dibawa oleh kafilah perdagangannya kepada penduduk Madinah padahal seluruh kafilah ini membawa barang dagangan yang diangkut oleh 700 unta yang memenuhi jalan-jalan kota Madinah. Selain itu juga tercatat Abdurrahman bin Auf telah menyumbangkan dengan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan antara lain 40,000 Dirham (sekitar +/- RM 1.08 juta wang sekarang), 40,000 Dinar (senilai +/- RM 27.2 juta wang sekarang..wowww!!!), 200 uqiyah emas, 500 ekor kuda & 1,500 ekor unta. (berkat Allah bersamanya..)
- Beliau juga membiayai para veteran perang Badar yang masih hidup waktu itu dengan biaya sebesar 400 Dinar ( sekitar +/- RM 272,000) setiap orang untuk veteran yang jumlahnya tidak kurang dari 100 orang!
- Dengan begitu banyak yang diinfaqkan di jalan Allah, beliau ketika meninggal pada usia 72 tahun masih juga meninggalkan harta yang sangat banyak iaitu terdiri daripada 1,000 ekor unta, 100 ekor kuda, 3,000 ekor kambing & masing-masing isteri mendapatkan warisan 80,000 Dinar. Padahal warisan isteri-isteri ini masing-masing hanyalah 1/4 dari 1/8 (isteri mendapat 1/8 daripada harta & kerana ada 4 isteri, harus pula jumlah itu dibahagi 4). Ertinya, kekayaan yang ditinggalkan Abdurrahman bin Auf saat itu berjumlah 2,560,000 Dinar atau sebesar RM 1,740,800,000 (RM 1.7408 Billion!!!!!)
Bagaimana Abdurrahman bin Auf sangat berjaya dalam perniagaannya & dijamin pula masuk syurga? Sedangkan pada zaman sekarang, ramai yang berniaga, ramai juga yang kaya-raya..tetapi syurga kah matlamatnya??? Berikut adalah amalan/prinsip beliau yang boleh kita tiru..inshaallah..
- Seluruh usahanya hanya ditujukan untuk mencari redha Allah semata.
- Bermodal & berniaga barang yang halal dan menjauhkan diri dari barang yang haram bahkan yang syubhah sekalipun.
- Keuntungan hasil usaha bukan untuk dinikmati sendiri melainkan hak Allah, sanak keluarga & untuk perjuangan di jalan Allah.
- Abdurrahman bin Auf seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, bukan harta yang mengendalikannya.
- Sedeqah telah menyuburkan harta Abdurrahman bin Auf, sampaikan ada penduduk Madinah yang berkata, "Seluruh penduduk Madinah terikat dengan Abdurrahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkannya pada mereka, sepertiga untuk membayari hutang-hutang mereka, dan sepertiga lagi sisanya dibahagi-bahagikan kepada mereka."
- Kesekuruhan harta Abdurrahman bin Auf adalah harta yang halal, sehingga Uthman bin Affan RA, yang termasuk kaya pun bersedia menerima wasiat Abdurrahman ketika membahagikan 400 Dinar bagi setiap veteran Perang Badar. Atas pembahagian ini Uthman bin Affan berkata, "Harta Abdurrahman bin Auf halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat & berkat."
RENUNGKANLAH BERSAMA......
No comments:
Post a Comment