Sunday, May 1, 2011

Ramalan & Kenyataan yang bertembung..

Assalamualaikum wbt

Masih ingat lagi pada artikel kami yang ini? http://bankemas.blogspot.com/2011/01/past-2010-yang-enak-tak-enak.html yang ditulis pada 6 Januari 2011 . Dalam artikel tersebut, ada kami nyatakan 'humble opinion' kami tentang ramalan kadar tukaran Ringgit Malaysia bagi bulan-bulan seterusnya dari tarikh itu. Kami 'paste' kembali beberapa petikan dari artikel ini :

"Namun begitu, secara peribadi, saya tidak menjangkakan pengukuhan matawang RM terhadap USD akan berlanjutan untuk tahun 2011. Walaupun pada awal proses tersebut, ia dilihat sebagai tanda kuatnya Ringgit, namun jika ini terus berpanjangan, ia akan melemahkan daya saing eksport Malaysia, kerana kesannya, harga barang keluaran negara akan bertambah mahal & tidak kompetitif di pasaran antarabangsa."

"Mahu atau tidak, Bank Negara pasti memikirkan suatu cara supaya duit kita tidak terus mengukuh dan merugikan pasaran eksport. Jika USD jatuh nilainya, maka Malaysia juga terpaksa menjatuhkan nilai Ringgit, sepertimana yang telah & sedang dilakukan oleh negara-negara lain terhadap One-eyed Dollar itu."

Langsung, pada 20 April yang lepas, Bank Negara telah menggariskan perancangannya untuk campur tangan elak kenaikan ringgit bagi memastikan Malaysia tetap kompetitif di persada perdagangan antarabangsa. Untuk lebih berdaya maju, ada ketikanya kita harus lebih berkorban. Untung-untung, pengorbanan itu diganti dengan nikmat yang lebih besar, begitu agaknya fikir Kak Zeti kita..

BNM campur tangan elak kenaikan ringgit

NEWS - By administrator on Friday, April 22, 2011 - 03:03


SINGAPURA 20 April - Bank Negara Malaysia (BNM) berserta bank pusat dari Korea Selatan dan Thailand telah bertindak untuk campur tangan dalam pasaran kewangan bagi memperlahankan lonjakan mata wang masing-masing.
Mata wang ketiga-tiga negara meningkat manakala dolar Singapura dan Australia yang berada di paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Keputusan Bank of China untuk mengawal yuan yang berada di paras tertinggi berbanding dolar AS menguatkan kedudukan mata wang Asia yang mengalami peningkatan.
Pada masa yang sama, bank-bank pusat di rantau ini telah mengetatkan polisi monetari mereka bagi membendung kenaikan inflasi.
Lonjakan mata wang asing hari ini disebabkan oleh pantulan sentimen mengambil risiko.
Setelah pulih daripada kebimbangan sementara tentang keadaan fiskal AS berikutan amaran penarafan Standard & Poor yang menyatakan pelabur akan berdepan risiko, menyebabkan lebih banyak wang memasuki ekonomi Asia yang pesat membangun.
Pakar Ekonomi Kanan Rantau Barclay's Capital , Wai Ho Leong berkata, minat risiko lebih baik dan peningkatan harga minyak merupakan faktor yang mempengaruhi kenaikan mata wang Asia.
''Harga komoditi tinggi membolehkan pembuat dasar mempunyai kemampuan untuk menahan pengukuhan mata wang sebagai memantau inflasi,'' katanya.
Manakala, berbanding ringgit Malaysia, dolar AS jatuh ke paras RM3.016 iaitu paras terendahnya sejak September 1997. Ia adalah lebih rendah berbanding penutup sebanyak RM3.023 semalam.
Ringgit kembali meningkat apabila Bank Negara Malaysia (BNM) membelinya, kata peniaga.
Dolar kini berada pada paras RM3.0155 dan BNM dijangka membeli lagi pada paras itu dengan jangkaan ringgit akan terus meningkat.
Peningkatan berterusan harga minyak akan menyokong ringgit dan BNM dijangka menaikkan kadar faedah pada mesyuaratnya pada 5 Mei hadapan.


*************************************************************************************
Sememangnya Allah jadikan sesuatu itu berpasang-pasangan. Sama juga halnya dengan 'penjatuhan ringgit' ini. Ada baik & ada buruknya jua. Kesannya pada Malaysia dimata serantau mungkin bagus, takkan hilanglah pelabur-pelabur di negara kita dan barangan hasil bumi & buatan kita juga akan kekal berlegar di negara-negara pengeksport. Namun, dek kerana jatuhnya nilai ringgit itu juga mengakibatkan kenaikan harga barang di dalam negara. Paling ketara, yang pertama akan naik adalah harga minyak kerana minyak hasil bumi kita dihantar ke luar & yang kita gunapakai adalah keluaran negara lain yang diimport. Lazimnya bila harga minyak naik, barang-barang harian lain pula akan menyusul & seringkali terjadi harga minyak naik hanya 20 sen tetapi gandum sebungkus naiknya 50 sen! Fenomena kenaikan harga barang sebegini yang hasil daripada penjatuhan matawang kadang-kala boleh diibaratkan seperti "kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan".. Tetapi, apakan daya... Ini semua pasti takkan terjadi andaikata kita & negara kita bersandar kepada emas sejak dulu..tetapi (sekali lagi) apakan daya.....


No comments: