Showing posts with label Comparison. Show all posts
Showing posts with label Comparison. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

BERKATA BENAR SEKALIPUN PAHIT

Ada satu kedai cat di Meru, Klang. Namanya Kedai Cat Boon Seng. Setiap hari, kedai dibuka seawal jam 8 pagi, tak seperti pesaing-pesaing lain, selalunya dibuka pada pukul 10 atau 11 pagi. Namun bukan waktu beroperasi itu yang ingin saya tekankan. Saban hari, kedai Boon Seng sesak dipenuhi pembeli sehingga ke malam hari. Saya sendiri pernah membeli cat di situ setelah saya membuat tinjauan harga di kedai-kedai lain, ternyata harga di Boon Seng lebih rendah. Lagipun, kedai Boon Seng menawarkan pilihan yang banyak, bermacam-macam jenama & kualiti. Barulah saya faham mengapa para pemilik rumah & juga kontraktor-kontraktor binaan memilih Boon Seng untuk membeli cat. Oleh kerana kedai tersebut menjual berbagai jenis (jenama) cat, pemiliknya tidak "bias" atau berpihak sebelah kepada satu-satu jenama sahaja. Mana yang elok dicadangkan kepada pembeli & mana yang kurang kualitinya, diberitahu awal-awal supaya kelak tidak pula disalahkan oleh pembeli. Neutral. Sedangkan di kedai-kedai lain yang hanya menjual hanya satu jenama cat, kebiasaannya hanya jenama itulah sahaja yang elok dikhabarkan oleh penjual.

**********************
Di sini, saya inginkan berkongsi perkara-perkara yang patut kita tahu untuk melabur dalam emas. Banyak di luar sana, kita diterangkan dengan maklumat-maklumat yang sebelah pihak sahaja, tanpa diberitahu tentang pelaburan emas secara menyeluruh. Kami mungkin bukan cendekiawan emas, tetapi ilmu yang kami ada kami kongsikan bersama supaya pembeli/pelabur boleh memilih dengan bijak & merancang pelaburan dengan lebih "terpandu". Ada beberapa ayat atau "statement" yang saya rasa boleh didangkal kesahihannya. Wallahu 'alam.

Kalau beli emas jenama lain, bila koyakkan sampul/sarung, nilai susut 25%.
Sebenarnya bukanlah nilai emas itu yang susut. Emas tidak akan susut nilai, itu hanyalah rekaan kedai2 emas sahaja. Ramai customer bila saya jumpa, takut utk beli Pamp, sebab katanya, ada orang beritahu, jangan beli Pamp sebab nanti bila nak jual balik nilainya ditolak 25%. Seolah-olah, emas Pamp tak bagus kualitinya. Sebenarnya, tidak ada masalah susut nilai dengan emas. Emas di zaman Firaun dengan emas di zaman sekarang, adalah emas yang sama yang appreciate nilainya. Apa yang customer perlu tahu ialah, sekiranya customer membeli emas di kedai emas atau di bank, JANGAN jualkan balik kepada kedai emas atau bank. Jual pada kami atau mana-mana agent pembeli emas yang dapat anda cari di internet ini. Carilah agent yang boleh beli pada harga yang tertinggi. Buat tinjauan harga. Situasi ini adalah untuk mereka yang sudah 'terbeli' emas di kedai emas. Untuk yang belum beli, saya nasihatkan JANGAN BELI DI KEDAI EMAS, kerana harganya mahal.



Beli emas yang mempunyai spread yang rendah.
Bergantung kepada jangka masa anda simpan emas tersebut. Kebanyakkan kita sudah sedia maklum, emas adalah untuk pelaburan jangka masa panjang. Saya selalu beritahu pada customer, sekurang-kurangnya 6 bulan untuk break-even & setahun untuk nampak hasil untung. Lebih lama, lebih tinggi untungnya. Namun, spread yang rendah sahaja bukan faktor utama bila membeli emas, lebih-lebih lagi jika kita memang berniat untuk menyimpannya dalam tempoh yang lama. Bagi saya, bila sudah break-even, spread itu menjadi tidak lagi penting. Melainkan jika anda beli emas hari ini, dan menjualnya sebulan kemudian, ya, carilah spread yang terendah. Yang lagi penting, beli emas pada harga yang rendah.

Syarikat P menjual emas dengan harga yang terendah.
Bila compare harga sykt P dengan harga di kedai emas, memang betul harganya murah. Tetapi, berkali-kali kita canangkan pada customer, jangan involve kedai emas bila nak melabur. Jadi, jangan bandingkan harga dengan kedai emas. Bandingkan harga antara dealer2 yang jual emas lain, yang ketulenannya sama dengan apa yang ada di Sykt P. Pelabur yang bijak akan membeli pada harga yang paling minimum untuk ketulenan yang sama, (kita compare Apple-to-Apple di sini). Dengan kemudahan teknologi internet sekarang ini, mudah sahaja. Google sahaja tentang emas di Malaysia, berderetlah website2, blog2 yang menjual emas untuk tujuan pelaburan. Facebook juga ada. Gunakan sebaik mungkin sebagai resource untuk anda mula berjinak-jinak dengan emas.


Emas naik 27-40% setahun.
Perkara ini telah saya huraikan dalam artikel yang terdahulu. Sila rujuk http://bankemas.blogspot.com/2011/01/past-2010-yang-enak-tak-enak.html .


Barang kemas tak boleh dijadikan pelaburan.
Ada betul,ada yang tak betul berkenaan perkara ini. Tak betul jika anda baru nak bermula, dan anda beli barang kemas di kedai emas. Dengan harga yang tinggi, ditambah pula dengan kos upah, agak kurang tepat pemilihan membeli barang kemas untuk dijadikan pelaburan. Tetapi, anda boleh jadikan barang kemas sebagai pelaburan, malah kadang2 boleh memberi pulangan yang lumayan sekiranya anda beli pada harga below market price. Sebagai contoh, anda beli surat pajak atau barang kemas yang dilelong di Ar-Rahnu. Anda hanya perlu call atau buat tinjauan harga pada agent2 pembeli emas di internet atau suratkhabar, dan anda tawarkan harga tersebut pada pemegang surat pajak tersebut. Kemudian, anda jual semula barang kemas itu pada harga lebih tinggi daripada harga belian anda & semestinya lebih rendah daripada harga semasa FGJAM atau harga di kedai emas. Untung dalam tangan anda!



Jika ada barang kemas, tolak dengan Sykt P & tukarkan kepada gold bar untuk keuntungan yang lebih.
Tak betul cadangan itu. Jika anda ada barang kemas, biarkan sahaja barang kemas tersebut, walaupun anda tak pakai. Simpanlah sebagai pelaburan, kerana emas tetap emas. Ia tetap naik harga. Buat apa anda nak kurangkan nilainya dengan jual pada harga beli & beli balik goldbar? Melainkan jika anda baru nak beli emas, barulah saya cadangkan anda beli goldbar. Barang kemas yang sudah ada, jangan dijual, jika anda tak perlukan duit.

Kalau beli PAMP, susah nak jual balik.
Kaji terlebih dahulu, betul ke susah nak jual balik Pamp tu? Sekali lagi, guna internet. Cari dealer2 yang boleh beli Pamp pada harga tertinggi. Saya sendiri beli balik Pamp. Dan kalau umur saya tak panjang, masih ada ramai lagi agent2 lain di sekeliling anda. Log-in & add saya di facebook "Bank Emas", ramai peniaga2 emas di dalam rangkaian 'friends' saya yang mana anda sendiri boleh berkenalan dengan mereka. Ok, senario ini ingin saya bentangkan untuk anda fikirkan. Anda beli goldbar dari Sykt P. Katakanlah Sykt P tutup, kat mana anda nak jual goldbar anda? Kalau jual di kedai emas, teruk anda kena potong harga nanti. Mereka akan ambil kesempatan lebih2 lagi bila tahu Sykt P sudah tutup. Akhirnya, anda terpaksa cari orang2 seperti saya, dan rakan2 saya yang dapat beli goldbar anda pada harga market. Betul, harga market kami tak se"transparent" seperti harga Sykt P, akan tetapi kami jual pada harga mungkin paling hampir dengan harga spot gold. Dan, inilah harga sebenar emas di M'sia.

Beli goldbar yang ada jenama terunggul, mendapat pengiktirafan di Malaysia.
Perlukah jenama dalam membeli emas? Jujur saya katakan, belilah jenama ayam sekalipun, emas tetap emas. Nilainya bukan bergantung pada jenama. Penjenamaan hanyalah untuk menghebahkan 'existence in the market', bukan sebagai faktor penetapan sesuatu harga. Jika anda bandingkan goldbar dalam kelas yang sama, carilah harga yang terendah. Jangan pandang pada jenama. Emas bukan seperti baju. Mungkin baju berjenama terkenal yang mahal harganya diperbuat daripada sutera yang tinggi kualitinya berbanding baju yang murah. Tetapi, emas 999.9 yang anda beli dengan saya contohnya, adalah emas yang sama yang anda beli di Sykt P yg juga 999.9. Jadi, mengapa anda bayar lebih? Lagipun, bila anda nak jual balik nanti, jenama itu tak dikira pun. Harga kami berdasarkan pada ketulenan emas tersebut. Bukan pada jenama, bukan pada rupa atau pada anugerah2 yang diterima pengeluarnya.

Ketulenan PAMP bukan 24K, cuma 23K. Rugi bila pajak.
Salah bila mengatakan ketulenan Pamp itu 23K. PAMP ada certificate yg disahkan oleh assayer yg dipertanggungjawabkan mengesahkan ketulenan PAMP adalah 24K. Dan PAMP pula tersenarai antara associates di LBMA (London Bullion Market Association). Boleh google pasal LBMA di internet utk keterangan lanjut.  Ok, jadi kenapa Ar-Rahnu Agrobank misalnya, mengatakan yang PAMP ni hanya 23K? Bukan 24K seperti yang tertera di Certificate of Authentication nya?

Telah saya terangkan, PAMP ini adalah cast bar. Bila ianya cast bar, fizikalnya tidaklah seelok minted bar, seperti produk Sykt P. PAMP ada lekuk-lekuk, calar-calar yang memang datangnya sebegitu kerana ia adalah raw material of gold. Bila masuk ke dalam densimeter di Ar-Rahnu, akan ada gelembung-gelembung udara atau air bubble yang melekat di gold bar tersebut, yang mempengaruhi ketulenannya. Karat emas di ukur melalui density atau ketumpatan, bila ia bercampur dengan ketumpatan udara yang terlekat di situ, ketulenannya jatuh sedikit. Ia boleh di atasi sekiranya officer tu menggoncangkan Pamp tersebut lama-lama dalam densimeter itu. Akan tetapi, senarionya adalah..officer itu kebiasaannya m-a-l-a-s nak buat kerja lebih. So, terbiarlah dalam Ar-Rahnu ketulenan Pamp sebagai 23K. Kes ini sama sahaja dengan barang kemas. Kebiasaannya barang kemas yang 916, bila masuk dalam densimeter, ia menunjukkan ketulenan yang lebih rendah. Ini kerana barang kemas yang bercorak pelbagai, dengan lekuk di & rongga di sana sini yang menyebabkan ketulenannya jatuh. Kalau kocak dlm air tu lama2, ia akan jadi 22K semula.

Ok, dari segi untung atau rugi bila densimeter tunjukkan Pamp 23K.
Saya ambil contoh harga pada hari ini. Pada hari artikel ini ditulis, (dah 2 hari tulis, sebab sibuk bersambung-sambung..hehe). Saya jual Pamp 100g pada harga Rm13700. Sykt P jual pada harga Rm14962. Beza di situ sebanyak Rm1262. (wowww). Saya pajak Pamp di Ar-Rahnu pada rate 23K, iaitu Rm157.50/g , so saya dapat 70% daripada jumlah pajakan, iaitu Rm11,025. Dan kalau saya pajakkan goldbar Sykt P di Ar-Rahnu yg sama, saya dapat rate Rm165.80/g, menjadikan jumlah yang saya dapat ialah Rm11,606. Lebihan hasil pajakan sebanyak Rm581 shj. Nah, sekrg anda boleh pilih, samada nak "rugi" Rm581 di Ar-Rahnu atau pun nak "bersedekah" lebih di Sykt P sebyk Rm1262..terserah kepada bijak akal masing2. :)

Friday, May 7, 2010

Kenaikan yang mengujakan!!

Salam emas!!

Berkali-kali saya ungkapkan bahawa kadar kenaikan emas setiap tahun puratanya mencecah 27%. Dan ini bukanlah omongan kosong, ia ternyata bersandarkan kepada faktual yang disokong kukuh oleh taburan data & graf oleh pemerhati-pemerhati 'gold performance' seantero dunia! Seringkali juga, khuatir jika angka 27% itu dikatakan keterlaluan & tidak mencapai kepercayaan pelanggan, saya turunkan menjadi hanya 20%. Itupun sudah cukup enak untuk membuat kesimpulan bahawa pelaburan emas memang sangat mengujakan & barangkali amat tipis untuk pelaburan-pelaburan lain yang bisa memberi pulangan seumpamanya! Dengan risiko tanggungan pelaburan yang boleh dikatakan minimal itu, tidak hairanlah emas saban hari semakin mendapat tempat di hati pelabur-pelabur yang umumnya tidak perlu punya ilmu yang tinggi untuk menguasai bidang emas ini. Rata-rata daripada mereka cuma punya wang simpanan, dan mereka tegar & yakin untuk menukar 'method' simpanan dari wang ringgit kepada menyimpan emas. Jarang sekali yang benar-benar memiliki keinginan untuk mengutip ilmu & pengetahuan tentang emas. Dan, amatlah jengkel juga jika saya katakan, kerana sebab inilah ramai pelabur-pelabur kaum kita yang sering tertipu (atau dengan lebih tepat istilahnya-memilih untuk ditipu) dengan skim-skim cepat kaya dan juga pelaburan-pelaburan yang tidak ada munasabah yang konkrit. Sudahnya, disalahkan orang lain sedangkan menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang!! Justeru itu, hingga saat jemari saya menari di 'keyboard' ini, diri masih terasa kerdil jika dibandingkan dengan tahap pengetahuan orang-orang berjaya di sekeliling.

Berbalik kita pada peratusan kenaikan tadi. Lewat pagi tadi, saya terpaku sejenak melihat harga di laman web Public Gold, yang mencatat kurang lebih RM137/gram. (angka ini saya dapat apabila membahagikan harga bar 100 gram untuk mendapat 'unit price per gram', sudah tentu jika makin kecil saiz bar tersebut, makin tinggi sedikit harga unit gramnya.). Langsung saya terbayangkan pelanggan-pelanggan yang membeli pada harga RM128/gram sedikit masa dahulu, tentu sekali mereka sudah mampu tersenyum seraya melihat kenaikan sebegini, walau di hati belum lagi terlintas untuk menjual jongkong masing-masing. Lalu saya terfikir, jika membeli pada Januari yang lalu sudah mendapat keuntungan kurang lebih RM9.00/gram , berapa pula laba yang dikumpul oleh pembeli-pembeli emas pada tarikh yang sama tahun lepas?

Langsung saya buka laman web http://goldprice.org , sebuah laman web yang merekodkan sejarah harga emas pasaran dunia sehingga 36 tahun terkebelakang! Hebat sekali ya teknologi zaman sekarang. Jika zaman saya masih dibangku sekolah, satu minggu bertapa dalam 'library' pun belum tentu saya dapat harga emas 36 tahun sudah!! Di bawah ini saya sertakan satu graf harga emas untuk satu tahun yang lepas.

1 year gold price per ounce

Dapat kita lihat,
Harga pada 6 Mei 2009 adalah USD 910/oz.
Harga pada 6 Mei 2010 adalah USD 1200/oz.

Setelah dihitung kira, kenaikan harga emas sepanjang tahun lepas adalah sebanyak 32% !!

Satu peratusan yang menggalakkan & memberi perangsang, jika bukan pada anda..sekurang-kurangnya saya & pelanggan-pelanggan saya sudah mampu tersenyum lebar. Mana lagi pelaburan yang dapat memberi pulangan sebegini, dengan risiko yang amat rendah? Teringat juga di saat yang sama pada ceramah yang diberikan oleh Dato' Salleh Majid, mantan Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur pada Januari lalu. Lihat sahaja pada gambar 'slide' bentangan daripada beliau ini;


Izinkan saya untuk menambah satu lagi bentuk pelaburan, iaitu 'Foreign Exchange' yang sudah diakui boleh memberi laba yang berlipat-kali ganda, namun Forex bukanlah semudah yang disangka. Pernah ia menjadi impian saya untuk diceburi & memang masih menjadi impian hingga kini, tetapi menceburinya saya ibaratkan, "jika kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga". Ilmu haruslah kukuh teguh bersarang didada, bukan hanya mengharapkan berani orang lain semata. Wang kita, biarlah kita yang mengawalnya, untung atau ruginya ia, biarlah kita yang memegang tanggungjawabnya. Seiring itu, tanpa ilmu & pengalaman, forex yang sepatutnya boleh menguntungkan bisa juga merugikan & memufliskan.
                  

Saturday, January 23, 2010

Pengalaman nak jual barang kemas..

Salam emas semua!!

Semalam kami bawa rantai Mak, (rantai hadiah kahwin dia dulu2) ke Public Gold. Mak kata nak check harga sebab dia nak gadai atau jual untuk tukarkan dengan gold bar. Kami memang ke Public Gold semalam sebab nak collect 4 keping gold bar 50gram, makcik saya beli. (Alhamdulillah). So, sampai sahaja saya suruh Vincent timbang & check purity rantai tu.

***(sorry,tetiba ada problem nak upload gambar,will be uploaded later)***

Result:
Berat : 65.5 gram
Purity : 850

Saya tanya Vincent, berapa PG boleh ambil. Vincent pun calculate, then dia jawab RM5700+. around RM87/gram untuk harga emas 850. (85% kandungan emas).

Saya rasa Mak mesti suka, sebab time dia beli dulu mesti harga rantai tu tak sampai RM2000 pun..hehe

Seterusnya kami ke Giant Mall Shah Alam. Masuk-masuk je terus nampak Kedai Emas Wah Chan..apa lagi,bila lagi nak kutip experience kan. Jumpa SA, tunjuk emas tu kat dia & minta dia check purity.

SA tu test manually, asah-asah dekat satu batu hitam pastu titikkan solution, tunggu seminit then dia cakap itu emas 916. Wow, PG guna test meter pun baru 850, macam mana dia boleh kata ini 916..ini sudah untung, fikir saya. (sebab harga 916 memang jauh lebih tinggi daripada 850-walaupun jauh di sudut hati saya lagi confident dengan PG)

Saya tanya harga, dia terus tanya balik, "ada resit tak?"

"Mana ada kak, rantai ni dah berpuluh tahun, hadiah kahwin mak saya. Kalau ada pun, sure anai-anai dah makan punye."

"Oh,kalau ada resit baru kita ambik."

"Sebab apa?Gold is gold what, you pun dah test tadi kan.."

"Sebab kita takut barang curi. Pernah jadi case."

"Habis kalau ada rantai lama-lama tak boleh jual lah? Resit dah tentu tak ada."

"Cik kena tukar dgn barang kita."

Dengan senyum sinis saya kata,"There...I got your point. You bukan takut barang curi, you nak bagi barang you berjual aje. Sebab kalau I tukar dengan barang, so-called rantai curi ni pun ada dalam simpanan you jugak. Masa ni you tak takut pulak dengan polis?"

Macam-macam jawapan merangkap alasan dia beri.

"Ok, takpe. You dah test tadi, 916 kan. Cuba you value kan kalau saya nak tolak."

Tekan-tekan calculator. "RM 5400.00".

Perbandingannya:

  • Public Gold kata emas 850 (from test machine), bagi harga RM5700.00.
  • Wah Chan kata emas 916 (manually tested), bagi harga RM5400.00.
Kesimpulan: Memang kedai emas akan putar belitkan keadaan dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk kaut keuntungan sebelah pihak. Harga jualan emas memanglah sedia tinggi, harga belian pulak gila-gila rendah. So, kalau anda ada barang kemas nak di 'let go' kan, contact lah saya. Saya akan tolak pada Public Gold & anda boleh tukar dengan jongkong untuk pelaburan yang lebih menguntungkan.




Sunday, January 10, 2010

Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas


Salam..Artikel ini di ekstrak as a whole daripada blog Jutawan Emas, Sifu Syukor bin Hashim, merangkap Head of Research untuk Public Gold. Semoga dapat beri panduan & pengajaran kepada readers..

*************************************************

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap anda semua sihat sejahtera.
Kali ini saya ingin bercerita tentang keburukan membeli jongkong emas di kedai emas. Kalau boleh biarlah pengalaman saya menjadi pengajaran untuk kita semua.
Kisah sedih nie… :(
Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar. Sebagai contoh:
1. Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna
2. Kedai Emas biasa - PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)
3. Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.
Saya sendiri telah membeli 3 ketul PAMP Suisse (Lady Fortuna) dengan Kedai Emas Poh Win Melaka.

kedai_emas_poh_win



Pada waktu tu, memang gembira rasa hatiku…
my_pamp_suisse
PAMP Suisse saya – Lady Fortuna
Namun setelah dibuat kajian mendalam, saya dapati membeli emas kat kedai emas ini lebih banyak kelemahannya.
Antaranya kelemahan ialah:
1. Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM)
2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi
3. Tak boleh bukak plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut
     maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai.

Kisah Lady Fortuna yang dibuka.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.
Kena pakai pisau.
buka_lady_fortuna
Kena toreh dengan pisau. Plastiknya keras.
Bukan seketul, tapi ketiga-tiganya saya buka :P
lady_fortuna_dibuka
hehehe.. PAMP Suisse Lady Fortuna yang telah dibuka.
Sebabnya saya nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik dengan membeli lebih banyak emas.
Kemudian, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:
1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?
Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)
“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win”
“I see…  jadi you all akan tolak 18% la…
“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…
Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%
Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)
Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…
“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
“Aiya! apasal banyak sangat” saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya …
“Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…
Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira used gold.
Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.
Rasa menyesal beli emas kat diorang nie.

Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

poh_kong_bunga_raya
Gold Bar Bunga Raya – tak boleh buka.
Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri…  jadi waktu isteri dok tengah pilih gelang, saya tanya sales girl pasal gold bar Bunga Raya.
Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600)
“Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?” saya bertanya
“Oh.. ini potong dalam 11.5% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.
“Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?” saya tanya sales girl tu..
“Oooo.. kalau buka plasik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%”
Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik cover yang tak bernilai tu boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11.5% kepada 25%”
Rugi betul.
Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…
Kalau tak boleh bukak plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik tu…
Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai. Bertambah lagi potongan yang dikenakan.

Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

So far, yang saya tahu ialah Gold Bar Public Gold.
Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalar… tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama.
Ini adalah jaminan daripada chairman Public Gold sendiri, Mr. Ng

public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Gold Bar Public Gold – kalau buka sarung plastik pun tak terjejas harganya.
Berbezaan harga belian dan jualan emas public gold pula sangat berpatutan, iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.
Jadi, saya berpendapat ia lebih menguntungkan pembeli yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Lebih cepat buat untung bila harga naik.

Kesimpulannya.

Disini saya sekadar menceritakan pengalaman peribadi saya. Ianya hanyalah panduan untuk anda semua. Jika anda ada pengalaman seperti saya, harap dapat dikongsikan bersama-sama pembaca yang lain. Lebih banyak ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan bersama, maka kesannya lebih baik.
Pada pendapat saya, memang lebih jelas Gold Bar Public Gold lebih menguntungkan pelabur emas.


Hukum Pelaburan Emas di Bank (Gold Account passbook)


Berikut adalah petikan soal-jawab mengenai hukum pelaburan emas di bank di Malaysia, dipetik daripada laman web Ustaz Zaharuddin, www.zaharuddin.net. 







Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?







Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal. 

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual. 

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.





JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-


• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepadaRiba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.


• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).


• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 




DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :


1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.


2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.



3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.


4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.


KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman
22 Oktober 2008
23 Syawal 1429 H
Wales, UK