Showing posts with label Analisa Emas. Show all posts
Showing posts with label Analisa Emas. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Kenaikan harga emas tahun 2010 DALAM RM !!!!

Lewat sore 2010 yang lalu, saya menghabiskan masa menghirup kopi di bawah lembayung pokok Vuchidas di laman rumah bersama isteri tercinta. Bersama mengimbau kembali suka duka pahit manis yang terakam sepanjang tahun 2010, antara yang berjaya dicapai,yang tercapai mahupun yang tak tergapai..semuanya telah berlalu & pastinya menjadi teladan & sempadan untuk mengharungi setahun lagi usia di bumi Allah ini. Kopi Hai Peng yang suam-suam enak dihirup sambil senyum terukir di bibir. Alhamdulillah syukur kepada Illahi. Dengan ilmu kurniaan-Nya, dengan ilham anugerah-Nya & dengan kecerahan akal fikiran yang dihadiahkan-Nya, investasi emas ternyata salah satu pencapaian yang menenangkan dada sepanjang tahun 2010 yang lalu.


Kepada sesiapa sahaja yang memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan, maka rata-rata akan tersenyum lebar dengan pulangan pelaburan masing-masing. Ramai yang mewar-warkan kenaikan emas pada tahun lepas lebih daripada 25%. Memang betul, tetapi itu adalah figura dalam USD. Angka itu lebih tepat digunakan untuk pasaran Amerika Syarikat, kerana merekalah yang akan membandingkan samada kenaikan kos sara hidup terkesan atau tidak dengan kenaikan emas. Untuk kita, saya lebih selesa & rasanya lebih jujur jikalau umumkan kenaikan harga emas dalam Ringgit Malaysia. Lebih 'berpijak di bumi nyata' rasanya.

Berikut adalah graf kenaikan harga emas yang saya bandingkan antara kenaikan dalam USD & RM.



Harga emas KITCO pada awal Januari 2010 ialah USD1121.50/oz.
Harga emas KITCO pada akhir Disember 2010 ialah USD1405.50 /oz.
....kenaikan sebanyak 25.3%.

Nilai tukaran wang RM/USD pada awal Januari 2010 ialah RM3.3971.
Nilai tukaran wang RM/USD pada akhir Disember 2010 ialah RM3.0835.

Jadi,
Harga emas dalam RM pada awal Januari 2010 ialah RM3809.85/oz.
Harga emas dalam RM pada akhir Disember 2010 ialah RM4333.86/oz.
....kenaikan sebanyak 13.8%.

Kenaikan harga emas dalam USD adalah sebanyak 25.3% berbanding kenaikan harga emas dalam RM dapat dilihat adalah sebanyak 13.8%. Ya, kita masih lagi boleh tersenyum kerana dividen ASB yang 'gah' keuntungannya diumum saban tahun barulah hanya sekitar 8.75% setahun sahaja. Sudah tentu antara angka 25.3% & 13.8%, yang pertama itu lebih WOW, tetapi amatlah dituntut supaya kita menceritakan sesuatu yang sesuai & terkait dengan situasi di mana kita berada, supaya di penghujung jalan nanti, tidak ada yang berkata, "Nak, harga pak cik beli dulu sampai sekarang ni, sudah setahun, tak sampai pun 20%?? Anak cakap dulu sampai 27% kan??" Ya, barangkali boleh sahaja kita menjawab, "Oh yang itu dalam KITCO pak cik. Harga dalam USD." Takut-takut nanti Pak Cik itu menjawab, "Nak, pak cik tinggal di Malaysia. Pak Cik berurusniaga semua dalam ringgit malaysia. Pak Cik nak tahu nilai naik tu dalam RM jugalah. Pak Cik tak nak berhijrah ke Amerika nak...". Maka terloponglah kita nanti..

Kembali kepada kisah ekonomi..

Antara faktor utama kenaikan harga emas adalah kerana "Money Creation" di mana wang dicetak dari awang-awangan atau mengikut istilah finansialnya "Quantitative Easing". Faktor ini jugalah yang akan terus mempengaruhi harga emas pada tahun 2011.

Justeru, apakah sebab berbedanya peratusan kenaikan harga emas dalam USD & RM?


Sebabnya adalah kerana RM telah bertambah kuat  berbanding USD yang terus melemah. Sejarahnya, pada awal Januari 2010, tukaran matawang tersebut adalah RM3.40/USD & pada akhir Disember 2010, adalah sebanyak RM3.08/USD. Secara kiraannya, pengukuhan matawang RM terhadap USD adalah lebih kurang 9%.

Namun begitu, secara peribadi, saya tidak menjangkakan pengukuhan matawang RM terhadap USD akan berlanjutan untuk tahun 2011. Walaupun pada awal proses tersebut, ia dilihat sebagai tanda kuatnya Ringgit, namun jika ini terus berpanjangan, ia akan melemahkan daya saing eksport Malaysia, kerana kesannya, harga barang keluaran negara akan bertambah mahal & tidak kompetitif di pasaran antarabangsa.

Mahu atau tidak, Bank Negara pasti memikirkan suatu cara supaya duit kita tidak terus mengukuh dan merugikan pasaran eksport. Jika USD jatuh nilainya, maka Malaysia juga terpaksa menjatuhkan nilai Ringgit, sepertimana yang telah & sedang dilakukan oleh negara-negara lain terhadap One-eyed Dollar itu. (Klik di sini). Kesan daripada ini, mangsanya adalah pengguna-pengguna RM sendiri, di mana kuasa beli kita akan menjunam, barang-barang akan menjadi mahal. Salah satu alasan yang sering diberikan oleh media adalah kerana naiknya  harga minyak. Benarkah?


Sebahagian besar daripada kita merasakan bahawa harga barang-barang seperti kejar-mengejar pendapatan kita. Mengapakah daya beli kita menurun & bagaimana pula untuk menanganinya? Secara bertahap, kita harus lindungi hasil penat lelah kita daripada risiko inflasi dengan sesuatu yang daya belinya bertahan. Di sinilah, emas sabagai salah satu caranya. Masih ingat pada suatu cerita di zaman Rasulullah?

"Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung." (H.R. Bukhari)

Kini, setelah 1400 tahun, pada zaman kita bernafas, harga kambing pun tetap juga 1 Dinar!!!

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua dalam membuat aturan pelaburan agar pulangannya mampu menyenangkan kita di masa depan.

Wallahu 'alam.

Monday, October 25, 2010

G20 Meeting - Mana Hala Tuju ??

Peristiwa "bersejarah" pada Sabtu lalu pada kiraan ramai pemerhati-pemerhati emas, mungkin akan memberi impak yang besar kepada harga emas dunia. Peristiwa tersebut adalah pertemuan para menteri kewangan & gabenor Central Bank & negara-negara kelompok G-20, yang bertempat di Gyeongju, Korea Selatan.

Conclusion atau hasil daripada mesyuarat tersebut, antara intipatinya adalah, pihak-pihak berkuasa kewangan dari negara-negara yang mewakili 85% kekuatan ekonomi dunia, telah sepakat untuk tidak melemahkan matawang masing-masing, atau yang inilah yang disebut-sebut sebagai Currency War.

Apabila permuafakatan ini benar-benar tulus & pasaran telah percaya akan 'keseriusan' para pemimpin-pemimpin dunia tersebut, maka dijangkakan-untuk sementara waktu-harga emas akan turun sedikit, atau paling tidak pun akan mendatar & tidak akan menunjukkan sebarang kenaikan yang mendadak dalam waktu terdekat ini. Mengapa? Pertama, kerana kekhuatiran yang nilai USD akan turun secara dramatik sudah agak reda sedikit. Kedua, apabila economy uncertainty berkurang, maka permintaan terhadap emas pun akan menurun sedikit.

Bagaimanapun, secara peribadi The GoldBanker berpendapat, kami masih menganggap ini sebagai ura-ura atau rumours dan belum pastinya ia menjadi suatu asas yang kukuh untuk meramalkan harga emas bagi pasaran akan datang, kerana ia bersifat sementara & tidak di dukung oleh faktor-faktor yang kukuh yang bersifat fundamental. Ianya lebih kepada bersifat seolah-olah cuba untuk mengaburi mata dengan mendepankan khabar-khabar gembira padahal dalamannya kesedihan yang nyata. Bahkan, jika berdasarkan pada signalnya yang tersendiri, saya melihat trend harga emas masih akan terus menaik dalam jangka masa sederhana mahupun jangka panjang oleh sebab faktor-faktor fundamental berikut:

Harga emas dunia pada masa ini dinilai dalam USD, jadi tinggi atau rendahnya harga emas itu bergantung pada daya beli USD itu sendiri. Dan, tinggi rendahnya USD pula bergantung pada keadaan ekonominya sendiri. Menteri Kewangan Amerika Syarikat sehingga kini masih juga berusaha keras menekan China agar menaikkan nilai tukar Yuan, kerana Amerika merasakan daya beli matawangnya masih lagi tinggi sehingga tidak kompetitif dalam perdagangan global khususnya dengan China.

Amerika juga hidup dalam hutang yang menimbun-nimbun yang besarnya 8 kali ganda GDP mereka. Mereka langsung tidak peduli dengan defisit & amat terkenal dengan pemerintahan yang boros. Tahun ini sahaja, Obama membelanjakan USD 3.5 Trillion untuk pelbagai program ciptaannya.

Apabila pengeluaran sesuatu negara tidak cukup untuk membayar hutangnya sendiri, sedangkan belanja kian terus meningkat, maka apa yang akan berlaku? "Tabiat" mencetak wang sesuka hati itu akan terus-terusan berlaku atau dari segi istilah investasinya dikenali sebagai Quantitative Easing

Terdahulu, mereka telah lakukan pada 2 tahun lepas sewaktu ingin mencegah negara itu daripada terus-terusan ke lembah krisis, dan keduanya, rata-rata para pemerhati dunia sepakat meramalkan mereka akan lakukan sekali lagi dalam waktu yang terdekat ini. Bila wang terus dicetak tanpa diseimbangkan dengan peningkatan ekonomi yang setara, pastilah nilai wang itu jatuh & harga barang-barang yang dibeli akan terus melonjak.

Justeru, KITA lah orang-orang yang sedar & boleh mengambil peluang di atas senario ini. Apabila rumour mengatakan harga emas akan jatuh sedikit selepas ini, maka saya merasakan inilah antara masa yang sesuai untuk kita membeli atau menambah tabungan emas kita. Atau, setidak-tidaknya, ini juga kesempatan yang patut diambil oleh pelabur-pelabur untuk mencabangkan atau "to diversify" aset-aset yang ada, bukan hanya bergantung harap pada aset matawang kertas semata tetapi seharusnya juga mengambil kira aset yang lebih stabil dan bebas dari pengaruh daya beli wang kertas.

Mungkin sesetengah daripada kita merasa bangga mempunyai tabungan dalam USD, bahkan turut memegang wang kertas fizikal USD, sejarah membuktikan bahawa daya beli USD terhadap emas terus menurun dan trend nya kelihatan seolah-olah akan terus menurun. Perhatikan graf di bawah & buat kiraan anda sendiri.

Seperti juga saya seringkali memberitahu pada dealer & customer saya, jika anda memiliki USD100 pada hari ini, 17 tahun akan datang nilainya hanya menjadi USD6. Untuk lebih jelas, contohnya jika sekarang anda beli set McD berharga USD6, 17 tahun akan datang, untuk set yang sama, anda perlu bayar USD100 !!!!

Maka......

"Wowwwwwww!!!!!!!" terkujat Tuan Husin Lempoyang mendengar Jamal Pak Tongko bercerita tentang USD & Emas ni..


Sunday, October 17, 2010

Analisa Untung dari Emas

Salam Emas

Saya ingin memberi satu contoh analisa keuntungan daripada belian goldbar salah seorang customer saya. Berikut adalah belian beliau :

6/3/2010
3 keping 100g Public Gold pada harga RM13,078 sekeping = RM39,234

19/3/2010
1 keping 100g Public Gold pada harga RM13,211.00 = RM13,211

20/3/2010
1 keping 100g Public Gold pada harga RM13,022 = RM13,022

12/9/2010
1 keping 100g Pamp Suisse pada harga RM12,700 = RM12,700

Kesemua jumlah pelaburan beliau adalah RM78,167.

Pada hari ini, 17/10/2010, sekiranya beliau ingin menjual goldbar tersebut, harga belian 100g Public Gold pada hari ini ialah RM14,563.

5 keping x RM14,563 = RM72,815.

Manakala harga belian Pamp Suisse pada hari ini ialah RM13,300.

1 keping x RM13,300 = RM13,300.

Jumlah jualan balik goldbar2 beliau (pada hari ini) ialah RM86,115.

Berapa keuntungan yang beliau perolehi?
RM86,115 - RM78,167 = RM7,948.00 !!!!

Jika dalam kiraan peratusan pulangan, ini adalah sebanyak 10% dalam masa hanya 7 bulan!!


Jika dikira berasingan, keuntungan daripada goldbar Public Gold sahaja adalah sebanyak RM7,348 iaitu 11% dalam masa 7 bulan.

Daripada kiraan Pamp Suisse pula, keuntungan beliau adalah RM600 iaitu hampir 5% dalam masa hanya 1 bulan!!!!

Nah, sekarang anda fikir sendiri & nilaikan apakah masih menaruh harapan pada ASB yang hanya memberi pulangan 7% setahun (itupun jika anda tidak usik simpanan selama setahun) atau inginkah anda terus-terusan menyimpan duit/currency yang nilainya akan jatuh?

Jadilah pelabur yang bijak!! Kira & rancang masa depan anda sementara belum terlambat!