Showing posts with label Live Journal. Show all posts
Showing posts with label Live Journal. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Bahagi harta pusaka dengan gold bar

Salam Emas

Salam hari minggu buat pembaca sekalian..Semoga di hari minggu ini kalian semua sedang berseronok-seronok hendaknya bersama keluarga tercinta. Bagi yang sudah menjadi ibu atau ayah, tentulah hari minggu yang paling dinantikan kerana inilah masanya kita berpeluang untuk menghabiskan masa bersama anak2 yg kaletahnya macam-macam. Harapan saya, janganlah seri hari minggu ini di'rai'kan dengan panas baran, dengan muka masam mencuka si ayah yang telah berpenat lelah mencari duit mengukuhkan ekonomi keluarga..senyumlah. Walau penat bagaimana sekalipun anda, bergurau sendalah dengan suami atau isteri jua anak-anak. Pupuklah kasih sayang sesama keluarga kerana saban hari kelihatan makin pupus cinta kasih suami isteri, makin lusuh kedengaran manja sayang anak dan ibu ayah. Semoga kita semua bukan tergolong dalam kumpulan ini..

Ok, kali ini saya ingin berkongsi satu cerita atau lebih dikatakan pengalaman menjual gold bar untuk dijadikan sebagai pembahagi harta pusaka atau lebih tepat lagi barang kemas warisan bonda.


Beberapa bulan yang lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada salah seorang pembaca blog ini yang ingin bertanya tentang pembelian gold bar..bagaimana & apa caranya. Cuma katanya, beliau ingin menjual barang kemas yang ada padanya & mahu ditukarkan kepada gold bar. Pada mulanya, saya mencadangkan pada beliau, tak perlu menjual barang kemas tersebut kerana layaknya itu adalah emas juga. Dan bila ia emas, ia tetap meningkat harganya. Saya sarankan untuk beliau simpan sahaja barang kemas itu & hanya menjual jika beliau memerlukan wang. Tetapi, katanya itu adalah barang kemas peninggalan arwah ibunya, dan kini menjadi kewajipannya untuk mengagihkan barang2 itu sesama adik-adik perempuannya yang lain.

Yang membuatkan fikirannya buntu, bagaimana cara yang terbaik untuk dia bahagikan barang2 tersebut kerana ada antaranya berupa rantai, gelang & cincin. Tambahan pula, berat & kualiti barang2 tersebut berbeza antara satu & yang lain. Contohnya, rantai beratnya lebih 70 gram dan dibuat dari emas 916, gelang pula ada yang emas 850 dan ada yang berat 30 gram ada juga yang 40 gram. Jadi, susah pada fikirannya untuk membahagi sama rata. Takkan lah nak dipotong rantai & gelang2 itu, dan mungkin juga nanti ada yang tidak berpuas hati memandangkan kualiti yang si A dapat tidak sebaik kualiti yang si B dapat.



(Dapat lihat kekeliruan di sini?)

Apa yang beliau fikir itu ada betulnya. Jadi, jika untuk tujuan yang dinyatakan itu, bolehlah beliau terlebih dahulu menjual barang2 kemas tersebut & wang yang diperolehi itu dapat digunakan untuk membeli gold bar, yang sama saiz sama berat sama kualiti, untuk dibahagi sama rata antara beliau & adik2.

Daripada barang yang sukar dibahagi sebegini,


Kepada sesuatu yang lebih senang untuk diagihkan,


Dan yang pastinya, pada hari itu, beliau akhirnya menjual barang kemasnya yang sebanyak hampir setengah kilogram itu pada kami kerana harga yang kami tawarkan ternyata lebih tinggi daripada harga Poh Kong.

Kesudahan daripada urusniaga di atas,
::The GoldBanker senyum
::Customer pun senyum
::Adik2 customer pun senyum juga..

Ini baru adil !!!!!



Sunday, October 17, 2010

Kembali mewarnai di dada tulisan

Salam Emas

Mohon dimaafi atas penyepian The Goldbanker (TGB)  di arena penulisan selama beberapa bulan kebelakangan ini. Bukanlah bermakna TGB terus-terusan sunyi daripada urusniaga emas, bahkan jutaan syukur ke hadrat Illahi Rabbi atas segala kurnian-Nya yang tidak pernah putus ke atas  kami, bukan sahaja rezeki berupa pendapatan tambahan malah ilmu yang tak henti-henti diilhamkan kepada kami itu sangat2 berguna & tiada tara harganya. Setelah hampir setahun TGB dalam arena emas, Alhamdulillah, walaupun jauh sekali untuk digelar "expert", namun sekurang-kurangnya TGB sentiasa perolehi ilmu2 baru & pengetahun yang semakin meluas dalam industri emas, khususnya di Malaysia. Perumpamaan "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" benar2 menunjukkan buktinya.

Selama 'kehilangan' TGB di dada maya, Alhamdulillah, jualan goldbar sentiasa ada. Sedikit atau banyak, itu lumrah alam. Syukur, kerana makin hari makin ramai yang sedar & dapat membedakan mana satu "wang yang sebenar" atau "what the real money is". TGB sentiasa bersemangat untuk menjelaskan segala kemusykilan tentang emas pada masyarakat sekeliling. Untuk itu, belian sekecil 1 Dinar dilayan setaraf dengan belian 1 kg goldbar, malahan jika "potential customer" ingin bertemu 2 mata sekadar untuk bertanya tentang pelaburan emas, juga tak ditolak oleh kami, Inshaallah.

Ekoran daripada artikel Public Gold yang telah dipaparkan dalam akhbar Harian Metro pada 23 September yang lalu, saya mendapat banyak panggilan berkenaan emas. Walaupun mungkin tidak sebanyak yang diterima Jutawan Emas & Pokli, tapi bagi saya yang baru setahun jagung berkecimpung ini, itu sudah cukup  menggalakkan.


Nama saya pada testimoni ke-5 (Noorzilawati bt Menong)

Sehingga ke hari ini, saya masih mendapat panggilan emas, dan entah mengapa, antara panggilan2 itu, ramai yang datangnya dari Johor. Saya kira mungkin orang2 Johor sudah 'terjangkit' semangat 'berbisnes' orang Singapore agaknya. Itu satu kesedaran yang amat baik. Tahniah pada orang2 Johor.

Daripada panggilan2 tersebut, amat sedikit bilangannya datang dari orang yang sudah ada pengetahuan tentang pelaburan emas. Rata-rata benak fikirnya masih kosong & tercari-cari apa itu pelaburan emas, bagaimana ia dikatakan lebih baik & mampu menjana pulangan pelaburan yang tinggi. Ramai juga, bahkan hampir kesemuanya kedengaran tidak tahu & sedar tentang "the real market of gold investment, particularly in Malaysia". Ramai juga yang nampaknya lebih suka duduk diam & mengharapkan orang lain untuk menguruskan pelaburan mereka. Maaf saya katakan, inilah punca sebenar ramai antara kita, orang Melayu khususnya yang ketinggalan dalam menjana keuntungan dalam pelaburan, apa jua jenis pelaburan. Sikap tidak ingin ambil tahu, tidak ingin menimbal ilmu dengan sendiri, adalah sebab mengapa kita sering ditipu oleh kononnya "wealth advisor" yang bertanggungjawab melaburkan wang bagi pihak pelabur. Kerana hal yang sedemikian jugalah, sering kita dengar rungutan, "saya melabur RM300,000 dalam skim X, 3 tahun hanya dapat RM300 sahaja. Tak berbaloi sungguh menunggu!". Paling sedih, jangankan laba, rugi lagi yang dapat. Jangan dulu menuding jari, pandang dalam diri sendiri. Apa silapnya.


PENDEKATAN BARU OLEH THE GOLDBANKERS (BANK EMAS)

Bukan cuba lari dari tanggungjawab, tetapi sudah sampai masanya kami merasakan orang kita harus berani memilih & membuat keputusan dengan sendiri. Bukan diarah untuk memilih masa depan sendiri. At the end of the day, profit or loss, it is YOU who will get it. Justeru, saya & suami telah sepakat untuk menerangkan situasi sebenar tentang pelaburan emas dalam konteks Malaysia kepada pembeli & bakal pembeli emas. Secara hakikatnya, inilah tugas saya iaitu mendidik masyarakat tentang pentingnya pelaburan emas untuk masa depan & menerangkan kondisi2 sebenar dalam arena ini supaya pembeli tahu & boleh membuat perbandingan sendiri serta pilihan yang tepat sebelum membeli.

::TELL THE TRUTH::
::LET CUSTOMER TO DECIDE::
::LET THEM TO TAKE RESPONSIBILITY IN THEIR INVESTMENT::

Bagi pelabur yang bijak & tidak hanya mengikut trend, mereka akan bertanya, 
  • Apa sebenarnya the real gold market in Malaysia?
  • Mengapa ada banyak harga emas yang berbeza, kedai emas, Public Gold, di televisyen dsbgnya.
  • Apa pilihan yang saya ada andaikata Public Gold tutup?
Makin banyak anda membaca, akan keluar lebih banyak soalan2 cepu emas yang kadangkala tak terjawab oleh Dealer2 ini.

Inshaallah, di lain lembaran, saya akan kongsikan beberapa perkara asas yang penting anda tahu sebelum melabur dalam emas.

Jadilah pelabur emas yang bijak!


Wednesday, March 17, 2010

Congratulation & Celebration......


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...berkat usaha tanpa henti, berkat doa ibu & bapa kedua2 belah pihak, berkat restu kakak2 & abang2, berkat sokongan padu kawan2...The Goldbankers (under the name of Noorzilawati binti Menong) kini telah bergelar:

MASTER DEALER of Public Gold

berkuatkuasa pada 18 Mac 2010. Ini bermakna, kami mengambil masa selama 2 bulan 12 hari untuk layak ke pangkat Master Dealer, Alhamdulillah. Syarat yang telah ditetapkan oleh Public Gold untuk mencapai taraf Master Dealer adalah jualan sebanyak RM 300,000 dalam masa 6 bulan, dan kami telah mencapai tahap jualan tersebut lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan. 

Hal ini telah diberitahu sendiri kepada saya oleh pihak management melalui telefon. Dan mulai 18 Mac 2010, saya berhak mendapat komisyen sebanyak 2% daripada setiap belian daripada syarikat. 

Di sini juga, saya ingin war-warkan kedatangan seorang dealer di bawah rangkaian saya. 

Welcome to the team :

RIZAL & NAZRA
Hp no : 016-2738334 / 013-3219125
Area : Shah Alam / Ampang / KL / Kepong / Selayang

Wednesday, February 24, 2010

Akhirnya lega otak kami...

Salam semua...

Apa khabar pembaca2 semua? Kami harap semuanya sihat2 saje & berada di dalam lindungan-Nya selalu. Semoga minda & hati sentiasa tenang, tak kira apa jua permasalahan yang melanda hidup. Yakinlah, setiap ubat ada penawarnya, setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Cukup mengingati itu, kita takkan mudah melatah jika diuji & diduga bagaimana sekalipun..Insyaallah..

The GoldBankers nak cerita, kisah semalam. Tak tahulah ni kisah sedih ataupun kisah lucu. hehehe.. pandai2 lah pembaca tafsirkan sendiri ye...

Dua hari lepas, stok goldbar yang ada kat tangan The GoldBankers banyaaaaakkkk sgt.. Nilainya sudah beratus ribu!! Memang lah seronok bila dapat order sebanyak itu, tp yang meresahkan kami, kami terpaksa "memegang" goldbar2 tu sebeum diserahkan kepada tuan punya hak milik kekal nya. Jadi, fikir punya fikir, diskusi pun dh dibuat, kami sepakat utk menyewa satu Safe Deposit Box, nak simpan semua tu kat sana.

So, after we made thorough sorting, kami pilih Royal Safe, yang kat bawah Public Gold tu.

  • Satu, sebab dia dekat dgn Public Gold, senang everytime ambik gold, terus simpan kat situ.
  • Insurance coverage memang tinggi, RM100,000.
  • Senang parking, tempat tu tak high density sgt, walaupun kat area Sunway.
Kami sewa safe yg paling kecil, refer kat SINI, dengan sewa tahunan sebanyak RM270, campur refundable deposit RM250 & duty stamp (utk bind agreement) sebanyak RM20, maka The GoldBankers kini dah ada PETI BESI sendiri..hehhehe.. Eh,ini satu pencapaian tau, sebab selama ni tak pernah pulak terfikir nak ada peti besi, ye lah...rantai2 gelang2 kat rumah tu pun hanyalah manik2 koran aje..hahhaha..

Applicationnya senang, cuma :
  • Isi form yang dia bagi, 2 pages of form. Kalau nak letak dua nama, dua2 orang kena isi form tu. Basically dia nak personal details, address, person to contact in case of emergency..itu shj.
  • Photocopy of IC, bagi je IC kat dia pun boleh, dia boleh photostat kan..
  • Ambik gambar, ni pun senang, sebab memang snap kat office dia terus, terus link kan ke data diri.
  • Register the finger prints.
  • Buat payment. Sign agreement.
  • Terus dah ok. Dia bagi kunci. They will notify us to collect the agreement once it is ready.
So, lepas dah dpt kunci tu, kami langsung boleh simpan barang kami kat dalam safe room, yang ditutup dengan pintu setebal satu kaki tu..heheheh.. Waktu nak buka safe box tu, everytime, mesti key holder & Royal Safe Staff ada serentak. Lepas je buka, staff tu akan kurung kita dalam safe room tu, dan kita boleh berurusan menyimpan atau mengambil barang, tanpa dia melihat & tahu apa kat dalam box kita.

So, lepas dah isi goldbar2 tu, now came the exciting part of the story...Nak tahu tak, entah kenapa, hati jadi sayu bila nak tinggalkan goldbar2 tu kat situ..maklumlah all this while 'sentiasa bersama' ke mana jua..tiba2 malam tu "depa2 tu kena tidoq sendiri"..hahahhaa.. Boleh tak, saya 'termenangis' (takde lah meraung2..), saya rasa perasaan tu mungkin sama sewaktu first time (or everytime) mak saya nak tinggalkan saya kat hostel setiap kali lepas register. Bezanya, waktu tu mak saya selalu berpesan, "jaga diri elok2, belajar rajin2".. tapi, this one, saya pesan kat goldbar2 saya tu, "jaga diri elok2, duk diam2, naik harga banyak2 ye..Nanti mak dtg nak tgk kau dah 'besar' (nilai nya lah)"..hehehe..


Sunday, February 7, 2010

Syukur...

Salam semua..

Alhamdulillah..semua usaha dirahmati Allah, dan diberi-Nya imbuhan yang bertepatan. Insyaallah, The GoldBankers akan menjadi Master Dealer dalam masa hanya 2 bulan! Walaupun tempoh probation sebenarnya adalah 6 bulan. A big clap untuk diri sendiri. Alhamdulillah, dan sekalung ucapan terima kasih The GoldBankers ucapkan kepada 'mentor' kami, Pokli, atas segala tunjuk ajar & panduan dlm berniaga emas ni. Kadang2, dengan mentor ni, kalau dia tak sempat mengajar, kita tiru saja apa dia buat. Mirroring the successful person so that you will achieve what he achieved..itu kata Anthony Robbins dlm buku beliau, The Unlimited Power. (salah sebuah buku favorite saya).



It has been a month we became a dealer to PG. A hectic month we would say, be it on the road, airway journeys, in the Facebook (this is the most effective way of marketing any business today!), sending & replying emails, meet & greet with relatives..we go a great length just to 'announce' our existence in this gold market in Malaysia. Alhamdulillah, insyaallah, we will be starting our extended effort in building our own team or network in these few days to come. We are recruiting agents to join us in this business, and move as a team.

So,watch out the name of Bank Emas anywhere you go folks!!!

Sunday, January 24, 2010

Golden week of Ours..

Salam all..

Alhamdulillah,baru je KK about 1.5 hrs ago.. Right now having luncheon at one of the restaurants at the airport. Last came here was in 2006 if I'm not mistaken..perggghhh lama jugak tu..Nak buat mcm mana, no particular interest to come regularly..Tapi, selepas ni mungkin selalu berulang-alik KL-KCH-BKI ni.. Hantar emas lah, apa lagi..

Alhamdulillah jugak, sale after coming back from Penang & Kedah last week agak memberangsangkan.. Would like to outline the transactions here:

  • 19 Jan 2010 : Pak Teh order 100 grams
  • 20 Jan 2010 : Mak Chaq order 50 gram x 4 pieces
  • 21 Jan 2010 : Bought 100 grams x 2 pieces from a buyer in Kuching (this was a really good & profitable transaction, I must say!!)
  • 22 Jan 2010 : Mr. Khairul bought 20 grams
  • 23 Jan 2010 : Mr. Syahrail bought 20 grams x 2 pieces and 1 piece of 1-Dinar coin
Minggu sudah memang antara masa yang terbaikkk membeli emas. Harga memang rendah & puas juga lah saya cadangkan pada kawan2 untuk beli..beli..beli..hehehe. Saya sendiri ada lock price tu untuk tambahkan stok yang sedia ada. Tak lama lagi Chinese New Year, jangkanya price will go higher, so kalau ada org nak beli dah untung kat situ..Dah nampak untungnya meniaga emas???

Sekali lagi saya terangkan procedure membeli :
  1. Customer tgk harga kat www.publicgold.com.my utk tahu latest price bagi setiap bar & coin.
  2. Bila rasa dah ok untuk membeli, call me to let me know. Saya akan suruh masukkan deposit sebanyak 30-50%.
  3. Bila dah masuk payment, notify me then barulah saya akan lock harga tersebut. Buyer kena cepat masukkan deposit kalau nak dapatkan harga yang dia tgk kat website tu, because on an active day, price moves faster than weekends. And the reason why I asked for deposit before locking the price, adalah kerana once saya dah lock, by hook by crook, saya kena ambik stok tu. So, only serious buyer will be entertained ye...hehehe.
  4. Balance should be paid before or at the time of delivery.
Happy Gold-shopping everyone!!!!


Saturday, January 23, 2010

Pengalaman nak jual barang kemas..

Salam emas semua!!

Semalam kami bawa rantai Mak, (rantai hadiah kahwin dia dulu2) ke Public Gold. Mak kata nak check harga sebab dia nak gadai atau jual untuk tukarkan dengan gold bar. Kami memang ke Public Gold semalam sebab nak collect 4 keping gold bar 50gram, makcik saya beli. (Alhamdulillah). So, sampai sahaja saya suruh Vincent timbang & check purity rantai tu.

***(sorry,tetiba ada problem nak upload gambar,will be uploaded later)***

Result:
Berat : 65.5 gram
Purity : 850

Saya tanya Vincent, berapa PG boleh ambil. Vincent pun calculate, then dia jawab RM5700+. around RM87/gram untuk harga emas 850. (85% kandungan emas).

Saya rasa Mak mesti suka, sebab time dia beli dulu mesti harga rantai tu tak sampai RM2000 pun..hehe

Seterusnya kami ke Giant Mall Shah Alam. Masuk-masuk je terus nampak Kedai Emas Wah Chan..apa lagi,bila lagi nak kutip experience kan. Jumpa SA, tunjuk emas tu kat dia & minta dia check purity.

SA tu test manually, asah-asah dekat satu batu hitam pastu titikkan solution, tunggu seminit then dia cakap itu emas 916. Wow, PG guna test meter pun baru 850, macam mana dia boleh kata ini 916..ini sudah untung, fikir saya. (sebab harga 916 memang jauh lebih tinggi daripada 850-walaupun jauh di sudut hati saya lagi confident dengan PG)

Saya tanya harga, dia terus tanya balik, "ada resit tak?"

"Mana ada kak, rantai ni dah berpuluh tahun, hadiah kahwin mak saya. Kalau ada pun, sure anai-anai dah makan punye."

"Oh,kalau ada resit baru kita ambik."

"Sebab apa?Gold is gold what, you pun dah test tadi kan.."

"Sebab kita takut barang curi. Pernah jadi case."

"Habis kalau ada rantai lama-lama tak boleh jual lah? Resit dah tentu tak ada."

"Cik kena tukar dgn barang kita."

Dengan senyum sinis saya kata,"There...I got your point. You bukan takut barang curi, you nak bagi barang you berjual aje. Sebab kalau I tukar dengan barang, so-called rantai curi ni pun ada dalam simpanan you jugak. Masa ni you tak takut pulak dengan polis?"

Macam-macam jawapan merangkap alasan dia beri.

"Ok, takpe. You dah test tadi, 916 kan. Cuba you value kan kalau saya nak tolak."

Tekan-tekan calculator. "RM 5400.00".

Perbandingannya:

  • Public Gold kata emas 850 (from test machine), bagi harga RM5700.00.
  • Wah Chan kata emas 916 (manually tested), bagi harga RM5400.00.
Kesimpulan: Memang kedai emas akan putar belitkan keadaan dengan apa cara sekalipun, semata-mata untuk kaut keuntungan sebelah pihak. Harga jualan emas memanglah sedia tinggi, harga belian pulak gila-gila rendah. So, kalau anda ada barang kemas nak di 'let go' kan, contact lah saya. Saya akan tolak pada Public Gold & anda boleh tukar dengan jongkong untuk pelaburan yang lebih menguntungkan.




Tuesday, December 22, 2009

The day BANKEMAS was born...

Salam Emas pada semua!!

Alhamdulillah, selepas berhempas pulas saya & isteri menggodek blogspot ni semata2 nak create kan satu blog, maka lahirlah BankEmas ni. Saya ni bukan dari bidang IT, tu yang berpeluh jugak.

BankEmas akan saya update (saya cuba sedaya upaya) dari masa ke semasa on the consistent basis supaya kita semua dapat tahu perkembangan sekeliling khususnya berkaitan Emas & Pelaburan Emas. Untuk itu, selalulah berkunjung ke BankEmas untuk berita2 terkini & isu2 semasa, samada tentang pasaran emas dunia ataupun Malaysia.

Segala aktiviti GoldBanker berkenaan emas juga akan dikongsi bersama!!

So,stay tuned!!!!