Sunday, October 17, 2010

Boleh kaya ke dengan menjual emas?

Salam Emas

Antara soalan yang saya dapat, saya tertarik pada satu soalan daripada Encik Amir dari Kelantan. Dia bertanya pada saya, "Secara jujurnya, saya mahu puan beritahu saya, boleh kah jadi kaya dengan menjadi dealer menjual emas ini?"

Sekali dengar, soalan beliau seakan ugutan pada saya..hehe. Tapi, saya rasakan beliau orang yang bijak & tak suka berselindung.

Jawapan saya:

Kaya atau tidak, itu urusan Allah swt. Namun, kita sebagai hambanya, semestinya yakin bahawa Allah itu Maha Pemurah & Maha Pemberi Rezeki. Berusaha untuk mencapai ketinggian dalam taraf ekonomi hidup, itu adalah usaha & kewajipan kita. Satu ikhtiar yang perlu ada dalam setiap diri insan. Justeru, jawapan pada soalan di atas amat subjektif. Namun, saya akan gariskan jawapannya bersandarkan pada logik.

Berdaftar sebagai agent/dealer kepada Public Gold boleh memberi pendapatan tambahan. Tapi, tidak semudah yang disangka ramai. Dengan agihan komisyen sebanyak 1.5% bagi Normal Dealer dan 2% kepada Master Dealer, anda memerlukan satu volume jualan yang bukan sedikit untuk mendapat komisyen yang banyak. Bayangkan, dengan jualan 100gram berharga RM15,329.00 anda baru layak menerima komisyen sebanyak RM230 bagi Normal Dealer dan RM307 bagi Master Dealer. Mungkin cukup bagi sekeping 100gram, tetapi kebiasaannya anda tidak menerima order 100gram setiap hari, mungkin hanya 1 atau 2 kali sebulan, bergantung kepada kumpulan "target market" anda.

Selain komisyen "direct sale", jika anda seorang Master Dealer, anda boleh "specialise" kan usaha anda dalam  "Dealer Recruitment Technique". Untuk Master Dealer yang sudah established seperti Saudara Syukor Hasyim & Pokli (sekadar menyebut beberapa nama), teknik ini amat memberi pulangan yang baik. Pokli sebagai contoh, sudah mempunyai agent seramai lebih 100 orang & setiap jualan agent dibawahnya rangkainnya, Pokli akan mendapat "overriding" sebanyak 0.5%. Tetapi, jangan memandang pada manisnya sahaja. Harus diingat, mungkin antara 100 orang itu, hanya beberapa kerat sahaja yang betul2 aktif menjual. Namun begitu, mempunyai rangkaian network yang besar, amat bagus dalam perniagaan ini.
Selain daripada yang telah disebut di atas, dealer juga layak mendapat komisyen daripada "buyback", atau belian balik daripada customer. Sekiranya anda membuat belian balik & terus "tolak" kepada syarikat, (menjual balik kepada Public Gold) , anda mendapat komisyen sebanyak 0.2%. Tetapi, cara yang lebih menguntungkan, anda buat belian balik tersebut (pada harga BUY), dan anda "hold" sementara ada pembeli lain yang anda akan jual pada harga SELL. Untung daripada "spread" itu adalah milik anda, dan lazimnya jumlah keuntungan boleh mencecah sehingga 5-6%. Untuk teknik ini, anda perlu ada sedikit cash reserve untuk anda pusingkan sebelum mendapat pembeli lain. Namun, jika jaringan network anda besar & bagus, anda tidak akan menghadapi masalah mencari pembeli.

Setelah lebih kurang setahun, TGB merasakan dengan cara & teknik di atas boleh buat duit, tetapi ada cara lain yang lebih mendatangkan keuntungan. 

::BELIAN BALIK BARANG KEMAS TERPAKAI::

Alhamdulillah, The GoldBanker telah melangkah setapak lagi dalam arena emas dengan menjadi agent membeli barang kemas terpakai & surat pajak. Proses urusniaga ini saya kira adalah Win-Win Solution antara saya & penjual barang kemas tersebut kerana harga yang saya tawarkan kebiasaannya lebih tinggi daripada kedai emas yang selalunya mengambil kesempatan di atas keadaan orang yang terdesak untuk mendapatkan cash.

Sebagai contoh, baru-baru ini saya membeli barang kemas daripada seorang kenalan sebanyak lebih 400gram. Sebelum saya memberi harga pada beliau, saya meminta dia buat sedikit survey di kedai2 emas. Barang kemas beliau dibeli di Poh Kong, dan paling tinggi nilai yang dia dapat adalah di Poh Kong sendiri iaitu sebanyak RM30,000. Sudahnya, dia memilih untuk menjual barang kemas tersebut kepada saya, kerana harga saya jauh lebih tinggi iaitu RM45,000. (RM15,000 lebih tu bukan sedikit!!!!).

Dan, ingin saya katakan, untung dalam belian balik barang kemas ini bolehlah dikira lumayan kerana saya akan tolak pada wholesaler pada harga yang lebih tinggi sedikit. Tapi, bergantung juga pada berat timbangan barang kemas tersebut. Contohnya, jika saya ambil untung hanya RM3/gram, saya sudah dapat RM1200 dalam hanya satu transaksi.  Penjual tetap terima harga itu, kerana jika dibandingkan dia menjual pada kedai emas, harga jauh lebih rendah. Inilah yang dikatakan Win-Win Solution. Dan, saya terkejut juga bila saya dapati, agak ramai juga yang nak jual barang kemas mereka, samada untuk ditukar kepada corak yang lain atau kerana kebutuhan cash.

Saya kongsikan cara & peluang ini kepada Dealer2 di bawah rangkaian saya, bagi yang ingin tahu. Kerana pokok pangkalnya, jika anda mahu barulah anda dapat!!



Kembali mewarnai di dada tulisan

Salam Emas

Mohon dimaafi atas penyepian The Goldbanker (TGB)  di arena penulisan selama beberapa bulan kebelakangan ini. Bukanlah bermakna TGB terus-terusan sunyi daripada urusniaga emas, bahkan jutaan syukur ke hadrat Illahi Rabbi atas segala kurnian-Nya yang tidak pernah putus ke atas  kami, bukan sahaja rezeki berupa pendapatan tambahan malah ilmu yang tak henti-henti diilhamkan kepada kami itu sangat2 berguna & tiada tara harganya. Setelah hampir setahun TGB dalam arena emas, Alhamdulillah, walaupun jauh sekali untuk digelar "expert", namun sekurang-kurangnya TGB sentiasa perolehi ilmu2 baru & pengetahun yang semakin meluas dalam industri emas, khususnya di Malaysia. Perumpamaan "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" benar2 menunjukkan buktinya.

Selama 'kehilangan' TGB di dada maya, Alhamdulillah, jualan goldbar sentiasa ada. Sedikit atau banyak, itu lumrah alam. Syukur, kerana makin hari makin ramai yang sedar & dapat membedakan mana satu "wang yang sebenar" atau "what the real money is". TGB sentiasa bersemangat untuk menjelaskan segala kemusykilan tentang emas pada masyarakat sekeliling. Untuk itu, belian sekecil 1 Dinar dilayan setaraf dengan belian 1 kg goldbar, malahan jika "potential customer" ingin bertemu 2 mata sekadar untuk bertanya tentang pelaburan emas, juga tak ditolak oleh kami, Inshaallah.

Ekoran daripada artikel Public Gold yang telah dipaparkan dalam akhbar Harian Metro pada 23 September yang lalu, saya mendapat banyak panggilan berkenaan emas. Walaupun mungkin tidak sebanyak yang diterima Jutawan Emas & Pokli, tapi bagi saya yang baru setahun jagung berkecimpung ini, itu sudah cukup  menggalakkan.


Nama saya pada testimoni ke-5 (Noorzilawati bt Menong)

Sehingga ke hari ini, saya masih mendapat panggilan emas, dan entah mengapa, antara panggilan2 itu, ramai yang datangnya dari Johor. Saya kira mungkin orang2 Johor sudah 'terjangkit' semangat 'berbisnes' orang Singapore agaknya. Itu satu kesedaran yang amat baik. Tahniah pada orang2 Johor.

Daripada panggilan2 tersebut, amat sedikit bilangannya datang dari orang yang sudah ada pengetahuan tentang pelaburan emas. Rata-rata benak fikirnya masih kosong & tercari-cari apa itu pelaburan emas, bagaimana ia dikatakan lebih baik & mampu menjana pulangan pelaburan yang tinggi. Ramai juga, bahkan hampir kesemuanya kedengaran tidak tahu & sedar tentang "the real market of gold investment, particularly in Malaysia". Ramai juga yang nampaknya lebih suka duduk diam & mengharapkan orang lain untuk menguruskan pelaburan mereka. Maaf saya katakan, inilah punca sebenar ramai antara kita, orang Melayu khususnya yang ketinggalan dalam menjana keuntungan dalam pelaburan, apa jua jenis pelaburan. Sikap tidak ingin ambil tahu, tidak ingin menimbal ilmu dengan sendiri, adalah sebab mengapa kita sering ditipu oleh kononnya "wealth advisor" yang bertanggungjawab melaburkan wang bagi pihak pelabur. Kerana hal yang sedemikian jugalah, sering kita dengar rungutan, "saya melabur RM300,000 dalam skim X, 3 tahun hanya dapat RM300 sahaja. Tak berbaloi sungguh menunggu!". Paling sedih, jangankan laba, rugi lagi yang dapat. Jangan dulu menuding jari, pandang dalam diri sendiri. Apa silapnya.


PENDEKATAN BARU OLEH THE GOLDBANKERS (BANK EMAS)

Bukan cuba lari dari tanggungjawab, tetapi sudah sampai masanya kami merasakan orang kita harus berani memilih & membuat keputusan dengan sendiri. Bukan diarah untuk memilih masa depan sendiri. At the end of the day, profit or loss, it is YOU who will get it. Justeru, saya & suami telah sepakat untuk menerangkan situasi sebenar tentang pelaburan emas dalam konteks Malaysia kepada pembeli & bakal pembeli emas. Secara hakikatnya, inilah tugas saya iaitu mendidik masyarakat tentang pentingnya pelaburan emas untuk masa depan & menerangkan kondisi2 sebenar dalam arena ini supaya pembeli tahu & boleh membuat perbandingan sendiri serta pilihan yang tepat sebelum membeli.

::TELL THE TRUTH::
::LET CUSTOMER TO DECIDE::
::LET THEM TO TAKE RESPONSIBILITY IN THEIR INVESTMENT::

Bagi pelabur yang bijak & tidak hanya mengikut trend, mereka akan bertanya, 
  • Apa sebenarnya the real gold market in Malaysia?
  • Mengapa ada banyak harga emas yang berbeza, kedai emas, Public Gold, di televisyen dsbgnya.
  • Apa pilihan yang saya ada andaikata Public Gold tutup?
Makin banyak anda membaca, akan keluar lebih banyak soalan2 cepu emas yang kadangkala tak terjawab oleh Dealer2 ini.

Inshaallah, di lain lembaran, saya akan kongsikan beberapa perkara asas yang penting anda tahu sebelum melabur dalam emas.

Jadilah pelabur emas yang bijak!


Tuesday, May 18, 2010

People in Fear...

Salam Emas!

Article bloomberg ini saya dapat melalui sahabat karib saya, Saudara Erzam Marlisah yang merupakan seorang "Trend Observer" dalam bidang emas. Boleh dijadikan panduan bersama.
********************************************************************************

 “All we can do is to put our money into real assets, because paper money everywhere is being debased,” Jim Rogers, the commodity investor who is chairman of Rogers Holdings in Singapore, told Bloomberg Television today.

Gold’s 14-day relative strength index, a gauge of whether a commodity or security is overbought or sold too heavily, climbed to about 75. To some technical analysts, a reading over 70 signals that prices may head lower soon

“Even though we believe the market is slightly overbought in the short run, it still has some way to go in case risk sentiment remains sour,” said Andrey Kryuchenkov, an analyst at VTB Capital in London.

Europe’s debt crisis “isn’t going to be that easy to fix,” said Gavin Wendt, senior resource analyst with Mine Life Pty in Sydney. Gold is being driven by “fear that even though they’re throwing a hell of a lot of money at this, it won’t be resolved and that these debt issues will continue to spread to other countries, primarily Spain and Portugal.”

“A bubble is forming with sovereign debt,” said Peter Sorrentino, who helps manage $13.8 billion at Huntington Asset Advisors in Cincinnati, adding that gold may soar to $1,800 an ounce within three years. 
“We want to hold gold as a reserve of wealth, because there’s a big devaluation of G-7 currencies ahead.”

Gold is expensive, but people in the euro zone are moving out of their currencies and forcing themselves into gold,” said Adam Klopfenstein, a senior market strategist at Lind-Waldock in Chicago. “There’s a lot of fear on the part of the Europeans that moves to mitigate their debt crisis will only lead to more problems. People want to be in the currency of last resort.”

“Every major government in the world has been reckless stewards of their currencies,” said Dailey, who recommends owning mining stocks over physical gold because of the potential for higher returns. “There’s a shift in investor psychology that gold is not a barbaric relic. It’s back to being a monetary asset.”

Saturday, May 15, 2010

DUIT

Salam Emas!

Kali ini saya mahu bicara tentang DUIT atau MATAWANG. Bukan sahaja Wang yang Bermata (US Dollar), tetapi semua wang di semua negara. Kalau dalam konteks Malaysia, ada orang memanggil duit, wang, fulus, pitih dan ada juga yang panggil riyal..walaupun matawangnya tetap sama ; Ringgit Malaysia. Semua orang inginkan duit, hatta kanak-kanak pun tahu betapa bernilainya duit. Namun, tahukah anda apa asal duit, dan apakah peranan sebenar duit dalam kehidupan seharian kita? Saya akan ceritakan serba-sedikit latar belakang duit & apa yang berlaku pada duit sejak beribu tahun dahulu. Kukuhkah harta kita bila bersandarkan kepada duit semata? Bukakan mata, celikkan minda kita semua..

Duit dari segi istilahnya bermaksud "apa sahaja yang diterima-pakai sebagai bayaran kepada barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diterima ataupun sebagai satu medium untuk melangsaikan hutang." Untuk sesuatu benda itu dianggap atau diangkat sebagai matawang, ia haruslah berfungsi sebagai (1) penyimpan nilai yang baik, (2) alat pertukaran dalam jual beli, dan (3) 'unit of account' ataupun boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil tanpa merubah nilainya.

Jika dari segi syarak, matawang diertikan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i, Ibn Majah dengan teks Muslim dari 'Ubadah bin Shamit, Nabi Muhammad SAW bersabda; "(Jual lah) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (dengan syarat harus) sama dan sejenis serta secara tunai. Jika jenisnya berbeza, jual lah sekehendakmu jika dilakukan secara tunai."

Ini bermakna matawang bukan sahaja kertas seperti mana yang kita ada sekarang, tetapi medium-medium lain seperti emas dan perak, gandum, kurma atau apa sahaja yang mempunyai 'intrinsic value', boleh sahaja diangkat sebagai matawang.


"The Chinese were the first to inventpaper around 100 AD. They were also the first to invent paper money, which in its early form can be traced back to the 7th century. In the year 812, the Chinese Emperor used it as a temporary solution because of the copper shortage. This money was called "flying money". It was so popular that by 970 it dominated as a monetary unit. These first bank notes carried a guarantee that it could be traded at any time for coinage. The name of this bank note was "cash". 


The oldest existing bank note is the 1000 cash note of the Ming dynasty from the era of the Great War 1368-1398. It is 225 x 340 mm with a pile of coins centrally depicted . The picture was to show people who couldn't read that they could trade the bill in for the depicted number of coins.


When Marco Polo came back from his travels in China (1275-1292), people in Europe didn't believe that the Chinese used paper for money. Paper money in Europe came 300 years later. The use of paper money in China stopped in 1455.
The history of paper money in Europe is interesting. It started as emergency money sustituting for regular money. The first emergency paper bills are from 1483. The first bank notes were printed in the 17th century. "



Di negara China, matawang asalnya adalah 'copper', namun setelah China mengalami kekurangan 'copper', mereka menjadikan kertas sebagai matawang tetapi masih bersandarkan kepada 'copper'. Begitu juga halnya dengan Amerika Syarikat, terdahulu di zaman awalnya, matawangnya adalah 'silver', dan kemudiannya bertukar kepada kertas yang bersandarkan kepada 'silver'. 


Emas sebagai Matawang


Emas adalah salah satu elemen yang paling dinamik di era ekonomi moden sekarang dan ramai yang hairan apabila komiditi fizikal tertua itu masih lagi digunakan hingga kini. Wang emas yang pertama dikeluarkan pada tahun 700 BC & semenjak itu, logam berharga ini digunakan sebagai medium pertukaran utama. Faktor emas yang sukar diperolehi & tinggi nilainya menjadikan ia sebagai alat pertukaran yang sempurna, tanpa mengira apa jenis barangan yang ditukar sekalipun. Sejarah emas sebagai wang kekal selama 2000 tahun sebelum ia mengalami detik perubahan pada tahun 1971.


Bagaimana Emas Menjadi Kertas


Sepanjang lipatan sejarah, wang emas & perak ternyata melalui proses 'pencabulan' di mana fungsi & kegunaan asal dua logam berharga ini telah disalahguna. Wang atau syiling kemudiannya diperbuat daripada logam-logam lain selain emas menyebabkan nilai wang sebenar berubah-ubah mengikut masa. Proses pertukaran emas fizikal kepada wang kertas bermula apabila "Goldsmiths" atau tukang emas yang menyediakan kemudahan penyimpanan emas dengan sedikit yuran, mengeluarkan resit atas penyimpanan itu. Idea tentang penggunaan resit ini merebak dengan cepat kerana ia lebih mudah dibawa berbanding membawa logam-logam tersebut. Justeru, rakyat telah mula menerima & menyokong idea penggunaan wang kertas. "Goldsmiths" kemudiannya bertukar fungsi menjadi bank & evolusi matawang pun bermula.




BERSAMBUNG......



Wednesday, May 12, 2010

I earn, I spend, I save....

Salam Emas!

Sebagaimana yang sudah saya janji, Inshaallah saya akan gariskan satu rumus yang saya dapat daripada pembacaan & analisa saya. Pada hemat saya, rumus atau formula ini cukup 'basic' pada dasarnya, namun saya percaya, jika asasnya belum mantap, bagaimana mungkin rumahnya bisa teguh kukuh berdiri. Anggap sahaja formula ini sebagai satu ilmu baru jika anda masih belum tahu & anggap sahaja sebagai peringatan sekiranya ia pernah suatu ketika sudah 'di register' di akal fikiran anda.

Rumus ini menyatakan hubungan antara PENDAPATAN ( I ), PERBELANJAAN ( E ) dan TABUNGAN / PELABURAN ( S )

I = E + S

Sumber untuk tabungan atau  pelaburan disimbolkan dengan I atau income. Simbol E adalah expenditure (perbelanjaan)  atau nilai wang yang dihabiskan saat ini untuk memenuhi berbagai keperluan. Perbelanjaan adalah segala aktiviti yang bersifat menghabiskan nilai guna (utility) sesuatu produk, samada berupa barang ataupun perkhidmatan.

Idealnya, seseorang boleh menyisihkan 30% dari pendapatannya untuk tabungan atau pelaburan. Angka 30% itu adalah cadangan semata, di mana setiap orang tetap boleh hidup dengan baik sambil menabung atau melabur.

Saya beri contoh, misalnya Adam memiliki gaji sebanyak Rm 2500.00, maka idealnya rumus di atas akan menjadi:

I = E + S
Rm 2500.00 = Rm 1750 + Rm 750

Biasanya, semakin besar pendapatan seseorang, maka peratus tabungannya/pelaburannya akan lebih besar. Sekiranya Adam berhasil mendapat pendapatan tambahan sebanyak Rm 500.00 di luar gaji (contohnya melalui perniagaan kecil-kecilan), bahagian perbelanjaan dan pelaburannya juga mungkin berubah. Secara normal, perbelanjaan akan naik. Tapi secara peratusannya, jika dihitung balik, mungkin naik mungkin juga turun. Karektor dan 'lifestyle' seseorang lah yang akan menentukannya. Orang yang rasional tidak akan menaikkan perbelanjaannya melebihi kenaikan pendapatannya. Sebaliknya, orang yang tidak rasional seringkali menaikkan perbelanjaannya melebihi pendapatannya. Bahkan, terdapat juga golongan yang "menggadaikan pendapatan masa depan" dengan berbelanja menggunakan wang pinjaman.

Misal sahaja Adam adalah orang yang tidak rasional. Dia sudah bosan naik komuter untuk ke pejabat. Kerana pendapatannya naik 20% (melalui 'passive income' sebanyak Rm500.00 tadi), dia memutuskan untuk membeli sebuah kereta terpakai dengan ansuran Rm 700.00 sebulan.

I = E + S
Rm 3000.00 = Rm 2450 + Rm 550

Di sini, terjadi penurunan peratusan pelaburan atau tabungan, dari 30% kepada 18% atau dari segi angkanya, terjadi penurunan pelaburan atau tabungan daripada Rm750.00 kepada Rm550.00. Yang naik tajam adalah perbelanjaannya, dari Rm 1750.00 menjadi Rm 2450.00. Memang tidak semuanya habis dipakai, kerana ada sebahagian yang sifatnya merupakan pelunasan hutang (car leasing), tetapi tetap sahaja itu merupakan satu pengeluaran wang.

Sebaliknya, jika Adam termasuk dalam orang yang rasional, ia terlebih dahulu mengetepikan pelaburan/tabungannya. Dia tetap mengekalkan peratus tabungan sebanyak 30% itu. Dengan demikian, rumusnya akan berubah menjadi seperti berikut:

I = E + S
Rm 3000.00 = Rm 2100.00 + Rm 900.00

Dengan 'proportion' yang sama, terjadi kenaikan jumlah yang baik di bahagian perbelanjaan mahupun tabungan. Ini bererti, kesejahteraan atau kualiti hidup Adam pada saat ini meningkat, tabungan atau simpanan daya belinya untuk masa depan juga meningkat.

Jika Adam cenderung untuk menyimpan kenaikan pendapatannya untuk masa depan, dia akan mengagihkan seluruhnya untuk tabungan/pelaburan. Perbelanjaannya tetap sama pada ketika pendapatannya tidak bertambah, iaitu ditetapkan pada jumlah Rm 1750.00 sehingga rumusnya akan menjadi:

I = E + S
Rm 3000.00 = Rm 1750 + Rm1250

Anda boleh lihat, dari segi peratusannya, perbelanjaan Adam turun dari 70% kepada 58% sahaja, walaupun masih pada angka Rm1750.00. Tabungan jua tentunya naik dari 30% kepada 42%, atau secara angka naik daripada Rm750.00 kepada Rm1250.

Ini bererti, Adam berhasil mengagihkan lebih banyak wang untuk tabungan/pelaburan. Logiknya, bertahun-tahun yang akan datang Adam akan memiliki aset yang lebih besar daripada rakan-rakannya yang tidak menabung. Wang Rm 1250.00 setiap bulan itu akan memiliki nilai yang berlipat kali ganda beberapa tahun kemudian.

Persoalannya, apakah kemudian hari nanti kehidupan Adam akan menjadi lebih berkualiti dan makmur?

Seharusnya, Adam memang akan lebih sejahtera. Kerana dia sudah berkorban pada diri sendiri untuk menunda membeli kereta dan meletakkan keperluan berkereta itu di nombor dua. Jika diikutkan adilnya, dia seharusnya lebih sejahtera di masa depan.

Tapi jawabnya : BELUM TENTU.

Semuanya bergantung pada pilihan pelaburan yang dipilih Adam. Apakah pelaburan yang Adam pilih itu boleh menakluk inflasi, atau akan kehilangan nilainya secara perlahan-lahan dek hakisan inflasi.

Baiklah, saya beri satu lagi contoh. Masih bersama Adam, penjimat wang ini.

Katakan, sewaktu Adam mula-mula menabung ini adalah sewaktu dia mula-mula bekerja. Waktu itu, Adam berkenan pada sebuah rumah yang dimajukan oleh satu 'developer' yang boleh dikatakan terkenal juga. Harga rumah itu sahaja sudah bisa 'melopongkan' mulut Adam, lebih-lebih lagi untuk 'fresh graduate' sepertinya. Rm 450,000.00. Namun, kerana Adam seorang yang berwawasan, dia memutuskan untuk menyimpan wang sedikit-sedikit dan memberi tempoh kepada dirinya sendiri selama 3 tahun. Dia menyimpan wang tabungannya di ASB dengan kadar dividen sebanyak 7% setahun.

Setelah 3 tahun berlalu, wang tabungan Adam menjadi:

(Rm1250.00 x 12 bulan x 3 tahun) + Rm 6599.15 (dividen terkumpul selama 3 tahun) = Rm 51,599.15

Namun begitu, apakah Adam berjaya memiliki rumah idamannya setelah 3 tahun mengikat keinginan untuk bermewah-mewah?

Dengan tabungan sebanyak Rm 51,599.15 itu, perlu diambil kira kadar inflasi di Malaysia untuk kita tahu 'nilai sebenar' wang sebanyak itu pada tahun tersebut. Saban tahun, terdapat rungutan berkenaan harga barang naik, walaupun pada fikiran saya, barang tidak sekali-kali mengalami kenaikan harga, tetapi jujurnya, nilai matawang kita yang jatuh setiap tahun. (Inshaallah, saya akan bincang berkenaan topik ini dilain lembaran).

Malaysia Inflation Rate

Juga mengambil kira kenaikan 'property appreciation rate' di Malaysia yang secara puratanya saya ambil sebanyak 12% setahun, rumah yang di'target' oleh Adam yang berharga Rm450,000.00 pada 3 tahun lepas, kini sudah mencecah angka baru, Rm 564,500.00 (anggaran). Nampaknya susah payah Adam menabung sebanyak Rm 1250.00 setiap bulan, ternyata dia masih tidak terkejar dengan inflasi & juga kenaikan kos pembelian rumah, jika dia ingin memiliki kualiti rumah yang sama. Jika pada 3 tahun lepas, rumah berharga Rm450,000 itu merupakan rumah 2-tingkat, 4 bilik tidur & 4 bilik air tetapi pada 3 tahun selepas itu dia masih boleh membeli rumah pada harga yang sama, cuma keluasannya sudah mengecil. Bermakna, sampai bila-bila pun kualiti hidup Adam tidak akan meningkat banyak jika dia terlampau bergantung kepada matawang semata, ternyata inflasi memakan hasil penat lelah usahanya itu.

Nah, di sinilah peranan emas boleh diperkatakan. Emas berupaya menakluk inflasi, kerana rata-rata apabila inflasi meningkat, harga emas juga meningkat..bukan sahaja seiring nilainya, malah seringkali lebih tinggi mendahului kadar inflasi. Jika tidak, masakan kos naik haji pada tahun 2002 ialah 63 dinar, manakala seseorang hanya perlukan 21 dinar sahaja pada tahun 2009 untuk tujuan yang sama! Sedangkan harga barang & kos perkhidmatan tetap naik tanpa alpa. Inilah 'the beauty of gold-the God's Money'. 

Justeru, pilihlah cabang tabungan yang tepat & kurang terkesan dek inflasi dan ketidakseimbangan ekonomi. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang mana kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa terbesar dunia kian merudum! Biarlah kita mampu bersorak gembira jika itu berlaku, jangan kita juga terbias dengan bencana itu.

Saturday, May 8, 2010

Alternatif pelaburan yang mampu menakluk inflasi

Salam emas..

Mengapa kita harus melabur? Saat ini barangkali kita masih berada di puncak produktiviti. Karier sedang bagus, pendapatan pun tinggi, dan kita boleh menikmati kehidupan tanpa kekurangan apa-apa pun. Baik keperluan primer, sekunder atau tertier-segalanya 'terpenuhi'. Tidak ada perlunya pelaburan. Nikmati saja hari ini, hari esok tidak perlu terlalu dirunsingkan.

Itu adalah gambaran seseorang yang berada di puncak usia produktif (35-50 tahun). Pendapatan sedang tingi-tingginya, jaringan perhubungan sedang luas-luasnya, dan sepertinya tidak pernah kekurangan wang. Dalam situasi seperti ini, seseorang boleh menggantungkan hidup pada penghasilan aktif.

Tapi kita hidup bukan untuk hari ini sahaja. Satu saat nanti, karier kita akan berakhir. 'Physical condition' akan menurun, sehingga kemampuan mencari wang pun akan berkurang pula. Ketika 'physical condition' menurun, idealnya terjadi pergeseran sumber pendapatan dari 'active income' (bekerja secara fizikal) menjadi 'passive income' (pendapatan dari pelaburan).

Kebelakangan ini, kesedaran betapa pentingnya pelaburan makin tumbuh dikalangan masyarakat. Produk-produk insurans dan 'retirement plan' kian diterima. Kita semua dihantui bayangan suram tentang masa pencen yang tidak berdaya, tidak punya wang, dan gagal menikmati kehidupan yang diidamkan.

Amat tragis, kalau kita 'jatuh miskin' pada saat terbebas dari tekanan pekerjaan. Dulu kita mimpikan waktu lapang untuk menikmati hidup. Wang bukan masalah. Tapi ketika waktu lapang sudah tidak menjadi masalah, wang pula yang menjadi halangan.

Tapi tidak semua orang memiliki pilihan pelaburan yang ideal. Alih-alih ingin menikmati 'passive income' yang melebihi keperluan hidup, mereka yang bernasib kurang baik itu langsung terus sahaja kehilangan modal pelaburannya. Mereka menyisihkan sebahagian pendapatan untuk menabung & melabur. Mereka bersedia mengurangi kesenangan & kemewahan hidup demi masa depan yang lebih baik.

Dalam usaha kuat untuk menjadi kaya & makmur, mereka ternyata menjadi semakin miskin. Wang yang mereka asingkan dengan susah payah itu ternyata 'hilang tidak berbekas'. Pengorbanan mengurangkan perbelanjaan itu ternyata sia-sia! Mengapa? Sebab, mereka menempatkannya pada instrumen pelaburan yang kurang tepat.

Hakikat dari pelaburan pada prinsipnya, sama dengan menabung. Iaitu menyimpan nilai atau manfaat wang untuk digunakan suatu saat di masa depan. Itulah sebabnya, dalam ilmu ekonomi, I (investment) disamakan dengan S (saving).

Inshaallah, jika ada kelapangan di masa depan, (saya yakin akan diberikan peluang oleh-Nya), saya akan menggariskan satu rumus atau formula yang menyatakan hubung-kait antara Pendapatan, Perbelanjaan & Pelaburan (atau tabungan).

Friday, May 7, 2010

Kenaikan yang mengujakan!!

Salam emas!!

Berkali-kali saya ungkapkan bahawa kadar kenaikan emas setiap tahun puratanya mencecah 27%. Dan ini bukanlah omongan kosong, ia ternyata bersandarkan kepada faktual yang disokong kukuh oleh taburan data & graf oleh pemerhati-pemerhati 'gold performance' seantero dunia! Seringkali juga, khuatir jika angka 27% itu dikatakan keterlaluan & tidak mencapai kepercayaan pelanggan, saya turunkan menjadi hanya 20%. Itupun sudah cukup enak untuk membuat kesimpulan bahawa pelaburan emas memang sangat mengujakan & barangkali amat tipis untuk pelaburan-pelaburan lain yang bisa memberi pulangan seumpamanya! Dengan risiko tanggungan pelaburan yang boleh dikatakan minimal itu, tidak hairanlah emas saban hari semakin mendapat tempat di hati pelabur-pelabur yang umumnya tidak perlu punya ilmu yang tinggi untuk menguasai bidang emas ini. Rata-rata daripada mereka cuma punya wang simpanan, dan mereka tegar & yakin untuk menukar 'method' simpanan dari wang ringgit kepada menyimpan emas. Jarang sekali yang benar-benar memiliki keinginan untuk mengutip ilmu & pengetahuan tentang emas. Dan, amatlah jengkel juga jika saya katakan, kerana sebab inilah ramai pelabur-pelabur kaum kita yang sering tertipu (atau dengan lebih tepat istilahnya-memilih untuk ditipu) dengan skim-skim cepat kaya dan juga pelaburan-pelaburan yang tidak ada munasabah yang konkrit. Sudahnya, disalahkan orang lain sedangkan menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang!! Justeru itu, hingga saat jemari saya menari di 'keyboard' ini, diri masih terasa kerdil jika dibandingkan dengan tahap pengetahuan orang-orang berjaya di sekeliling.

Berbalik kita pada peratusan kenaikan tadi. Lewat pagi tadi, saya terpaku sejenak melihat harga di laman web Public Gold, yang mencatat kurang lebih RM137/gram. (angka ini saya dapat apabila membahagikan harga bar 100 gram untuk mendapat 'unit price per gram', sudah tentu jika makin kecil saiz bar tersebut, makin tinggi sedikit harga unit gramnya.). Langsung saya terbayangkan pelanggan-pelanggan yang membeli pada harga RM128/gram sedikit masa dahulu, tentu sekali mereka sudah mampu tersenyum seraya melihat kenaikan sebegini, walau di hati belum lagi terlintas untuk menjual jongkong masing-masing. Lalu saya terfikir, jika membeli pada Januari yang lalu sudah mendapat keuntungan kurang lebih RM9.00/gram , berapa pula laba yang dikumpul oleh pembeli-pembeli emas pada tarikh yang sama tahun lepas?

Langsung saya buka laman web http://goldprice.org , sebuah laman web yang merekodkan sejarah harga emas pasaran dunia sehingga 36 tahun terkebelakang! Hebat sekali ya teknologi zaman sekarang. Jika zaman saya masih dibangku sekolah, satu minggu bertapa dalam 'library' pun belum tentu saya dapat harga emas 36 tahun sudah!! Di bawah ini saya sertakan satu graf harga emas untuk satu tahun yang lepas.

1 year gold price per ounce

Dapat kita lihat,
Harga pada 6 Mei 2009 adalah USD 910/oz.
Harga pada 6 Mei 2010 adalah USD 1200/oz.

Setelah dihitung kira, kenaikan harga emas sepanjang tahun lepas adalah sebanyak 32% !!

Satu peratusan yang menggalakkan & memberi perangsang, jika bukan pada anda..sekurang-kurangnya saya & pelanggan-pelanggan saya sudah mampu tersenyum lebar. Mana lagi pelaburan yang dapat memberi pulangan sebegini, dengan risiko yang amat rendah? Teringat juga di saat yang sama pada ceramah yang diberikan oleh Dato' Salleh Majid, mantan Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur pada Januari lalu. Lihat sahaja pada gambar 'slide' bentangan daripada beliau ini;


Izinkan saya untuk menambah satu lagi bentuk pelaburan, iaitu 'Foreign Exchange' yang sudah diakui boleh memberi laba yang berlipat-kali ganda, namun Forex bukanlah semudah yang disangka. Pernah ia menjadi impian saya untuk diceburi & memang masih menjadi impian hingga kini, tetapi menceburinya saya ibaratkan, "jika kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga". Ilmu haruslah kukuh teguh bersarang didada, bukan hanya mengharapkan berani orang lain semata. Wang kita, biarlah kita yang mengawalnya, untung atau ruginya ia, biarlah kita yang memegang tanggungjawabnya. Seiring itu, tanpa ilmu & pengalaman, forex yang sepatutnya boleh menguntungkan bisa juga merugikan & memufliskan.