Sumber : world bank
Jika diteliti sebetulnya, kenyataannya adalah amat berbeza dengan graf diatas. Realitinya tidak seindah teori yang digembar-gemburkan di dada akhbar saban hari. Rata-rata rakyat kini mengeluh dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Jadi di manakah silapnya, walhal zahirnya pendapatan kita bertambah setiap tahun tetapi batinnya kita masih rasa tertekan dengan kenaikan harga barang-barang setiap tahun. Bukanlah menjadi rahsia bagi yang berpengetahuan, sememangnya dalang disebaliknya adalah wang fiat. Lebih banyak sesebuah negara mencetak wang maka makin jatuhlah nilai matawang negara tersebut. Dengan erti kata lain, tiada gunanya pendapatan RM50,000 setahun sekalipun jika untuk membeli sebuku roti pun sudah berharga RM15, rumah teres bersaiz standard sudah menjangkau harga RM500,000!! Ternyata kuasa membeli kita semakin menurun walaupun tangga gaji kelihatan makin naik. Bagaimana mungkin kita mengecap kesenangan bila mana gaji cuma naik 4% setahun sedangkan harga barang naiknya berpuluh peratus? Di sinilah Islam telah membuktikan kesempurnaan agama ini, apabila ia menggariskan cara yg lebih tepat untuk menilaikan pendapatan penduduknya. Penggunaan emas sebagai satu media pengukuran taraf hidup seseorang adalah lebih tepat dan saksama kerana logam ini telah terbukti mempunyai kuasa membeli yang konsisten sejak lebih 1400 tahun (dan ini dibuktikan melalui Hadis) .
Saya huraikan perdebatan ini dengan lebih mendalam melalui graf di bawah, yang menunjukkan pendapatan perkapita yang saya tukarkan ke dalam Dinar.
Dari graf diatas jelas menunjukkan pendapatan perkapita rakyat Malaysia telah menurun bermula dari tahun 2000 walaupun dalam kiraan USD (graf pertama) ianya kelihatan meningkat. Ini membawa maksud jumlah pendapatan dalam wang fiat tidak akan membawa kemakmuran sebenar jika kuasa membeli matawang itu terus turun. Angkanya sahaja mungkin nampak banyak namun nilai sebenarnya semakin menurun kerana saban tahun semakin banyak wang kertas dicetak sesuka hati menyebabkan bertimbun-timbun wang fiat di negara kita. Inilah dia yang disebut Quantitative Easing yang telah saya bincangkan dalam artikel saya terdahulu. Jadi janganlah kita tertipu dengan wang kertas ini. Lebih-lebih lagi jika kita mahu menabung untuk masa depan, kerana kalau kita menyimpan wang kertas, akhirnya kita hanya mendapat kertas!!
Money Is NOT Wealth. Wallahu 'alam.
1 comment:
100% agree!!!
br
hakimi
Post a Comment