Monday, October 25, 2010

G20 Meeting - Mana Hala Tuju ??

Peristiwa "bersejarah" pada Sabtu lalu pada kiraan ramai pemerhati-pemerhati emas, mungkin akan memberi impak yang besar kepada harga emas dunia. Peristiwa tersebut adalah pertemuan para menteri kewangan & gabenor Central Bank & negara-negara kelompok G-20, yang bertempat di Gyeongju, Korea Selatan.

Conclusion atau hasil daripada mesyuarat tersebut, antara intipatinya adalah, pihak-pihak berkuasa kewangan dari negara-negara yang mewakili 85% kekuatan ekonomi dunia, telah sepakat untuk tidak melemahkan matawang masing-masing, atau yang inilah yang disebut-sebut sebagai Currency War.

Apabila permuafakatan ini benar-benar tulus & pasaran telah percaya akan 'keseriusan' para pemimpin-pemimpin dunia tersebut, maka dijangkakan-untuk sementara waktu-harga emas akan turun sedikit, atau paling tidak pun akan mendatar & tidak akan menunjukkan sebarang kenaikan yang mendadak dalam waktu terdekat ini. Mengapa? Pertama, kerana kekhuatiran yang nilai USD akan turun secara dramatik sudah agak reda sedikit. Kedua, apabila economy uncertainty berkurang, maka permintaan terhadap emas pun akan menurun sedikit.

Bagaimanapun, secara peribadi The GoldBanker berpendapat, kami masih menganggap ini sebagai ura-ura atau rumours dan belum pastinya ia menjadi suatu asas yang kukuh untuk meramalkan harga emas bagi pasaran akan datang, kerana ia bersifat sementara & tidak di dukung oleh faktor-faktor yang kukuh yang bersifat fundamental. Ianya lebih kepada bersifat seolah-olah cuba untuk mengaburi mata dengan mendepankan khabar-khabar gembira padahal dalamannya kesedihan yang nyata. Bahkan, jika berdasarkan pada signalnya yang tersendiri, saya melihat trend harga emas masih akan terus menaik dalam jangka masa sederhana mahupun jangka panjang oleh sebab faktor-faktor fundamental berikut:

Harga emas dunia pada masa ini dinilai dalam USD, jadi tinggi atau rendahnya harga emas itu bergantung pada daya beli USD itu sendiri. Dan, tinggi rendahnya USD pula bergantung pada keadaan ekonominya sendiri. Menteri Kewangan Amerika Syarikat sehingga kini masih juga berusaha keras menekan China agar menaikkan nilai tukar Yuan, kerana Amerika merasakan daya beli matawangnya masih lagi tinggi sehingga tidak kompetitif dalam perdagangan global khususnya dengan China.

Amerika juga hidup dalam hutang yang menimbun-nimbun yang besarnya 8 kali ganda GDP mereka. Mereka langsung tidak peduli dengan defisit & amat terkenal dengan pemerintahan yang boros. Tahun ini sahaja, Obama membelanjakan USD 3.5 Trillion untuk pelbagai program ciptaannya.

Apabila pengeluaran sesuatu negara tidak cukup untuk membayar hutangnya sendiri, sedangkan belanja kian terus meningkat, maka apa yang akan berlaku? "Tabiat" mencetak wang sesuka hati itu akan terus-terusan berlaku atau dari segi istilah investasinya dikenali sebagai Quantitative Easing

Terdahulu, mereka telah lakukan pada 2 tahun lepas sewaktu ingin mencegah negara itu daripada terus-terusan ke lembah krisis, dan keduanya, rata-rata para pemerhati dunia sepakat meramalkan mereka akan lakukan sekali lagi dalam waktu yang terdekat ini. Bila wang terus dicetak tanpa diseimbangkan dengan peningkatan ekonomi yang setara, pastilah nilai wang itu jatuh & harga barang-barang yang dibeli akan terus melonjak.

Justeru, KITA lah orang-orang yang sedar & boleh mengambil peluang di atas senario ini. Apabila rumour mengatakan harga emas akan jatuh sedikit selepas ini, maka saya merasakan inilah antara masa yang sesuai untuk kita membeli atau menambah tabungan emas kita. Atau, setidak-tidaknya, ini juga kesempatan yang patut diambil oleh pelabur-pelabur untuk mencabangkan atau "to diversify" aset-aset yang ada, bukan hanya bergantung harap pada aset matawang kertas semata tetapi seharusnya juga mengambil kira aset yang lebih stabil dan bebas dari pengaruh daya beli wang kertas.

Mungkin sesetengah daripada kita merasa bangga mempunyai tabungan dalam USD, bahkan turut memegang wang kertas fizikal USD, sejarah membuktikan bahawa daya beli USD terhadap emas terus menurun dan trend nya kelihatan seolah-olah akan terus menurun. Perhatikan graf di bawah & buat kiraan anda sendiri.

Seperti juga saya seringkali memberitahu pada dealer & customer saya, jika anda memiliki USD100 pada hari ini, 17 tahun akan datang nilainya hanya menjadi USD6. Untuk lebih jelas, contohnya jika sekarang anda beli set McD berharga USD6, 17 tahun akan datang, untuk set yang sama, anda perlu bayar USD100 !!!!

Maka......

"Wowwwwwww!!!!!!!" terkujat Tuan Husin Lempoyang mendengar Jamal Pak Tongko bercerita tentang USD & Emas ni..


No comments: