Sunday, May 1, 2011

Ramalan & Kenyataan yang bertembung..

Assalamualaikum wbt

Masih ingat lagi pada artikel kami yang ini? http://bankemas.blogspot.com/2011/01/past-2010-yang-enak-tak-enak.html yang ditulis pada 6 Januari 2011 . Dalam artikel tersebut, ada kami nyatakan 'humble opinion' kami tentang ramalan kadar tukaran Ringgit Malaysia bagi bulan-bulan seterusnya dari tarikh itu. Kami 'paste' kembali beberapa petikan dari artikel ini :

"Namun begitu, secara peribadi, saya tidak menjangkakan pengukuhan matawang RM terhadap USD akan berlanjutan untuk tahun 2011. Walaupun pada awal proses tersebut, ia dilihat sebagai tanda kuatnya Ringgit, namun jika ini terus berpanjangan, ia akan melemahkan daya saing eksport Malaysia, kerana kesannya, harga barang keluaran negara akan bertambah mahal & tidak kompetitif di pasaran antarabangsa."

"Mahu atau tidak, Bank Negara pasti memikirkan suatu cara supaya duit kita tidak terus mengukuh dan merugikan pasaran eksport. Jika USD jatuh nilainya, maka Malaysia juga terpaksa menjatuhkan nilai Ringgit, sepertimana yang telah & sedang dilakukan oleh negara-negara lain terhadap One-eyed Dollar itu."

Langsung, pada 20 April yang lepas, Bank Negara telah menggariskan perancangannya untuk campur tangan elak kenaikan ringgit bagi memastikan Malaysia tetap kompetitif di persada perdagangan antarabangsa. Untuk lebih berdaya maju, ada ketikanya kita harus lebih berkorban. Untung-untung, pengorbanan itu diganti dengan nikmat yang lebih besar, begitu agaknya fikir Kak Zeti kita..

BNM campur tangan elak kenaikan ringgit

NEWS - By administrator on Friday, April 22, 2011 - 03:03


SINGAPURA 20 April - Bank Negara Malaysia (BNM) berserta bank pusat dari Korea Selatan dan Thailand telah bertindak untuk campur tangan dalam pasaran kewangan bagi memperlahankan lonjakan mata wang masing-masing.
Mata wang ketiga-tiga negara meningkat manakala dolar Singapura dan Australia yang berada di paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Keputusan Bank of China untuk mengawal yuan yang berada di paras tertinggi berbanding dolar AS menguatkan kedudukan mata wang Asia yang mengalami peningkatan.
Pada masa yang sama, bank-bank pusat di rantau ini telah mengetatkan polisi monetari mereka bagi membendung kenaikan inflasi.
Lonjakan mata wang asing hari ini disebabkan oleh pantulan sentimen mengambil risiko.
Setelah pulih daripada kebimbangan sementara tentang keadaan fiskal AS berikutan amaran penarafan Standard & Poor yang menyatakan pelabur akan berdepan risiko, menyebabkan lebih banyak wang memasuki ekonomi Asia yang pesat membangun.
Pakar Ekonomi Kanan Rantau Barclay's Capital , Wai Ho Leong berkata, minat risiko lebih baik dan peningkatan harga minyak merupakan faktor yang mempengaruhi kenaikan mata wang Asia.
''Harga komoditi tinggi membolehkan pembuat dasar mempunyai kemampuan untuk menahan pengukuhan mata wang sebagai memantau inflasi,'' katanya.
Manakala, berbanding ringgit Malaysia, dolar AS jatuh ke paras RM3.016 iaitu paras terendahnya sejak September 1997. Ia adalah lebih rendah berbanding penutup sebanyak RM3.023 semalam.
Ringgit kembali meningkat apabila Bank Negara Malaysia (BNM) membelinya, kata peniaga.
Dolar kini berada pada paras RM3.0155 dan BNM dijangka membeli lagi pada paras itu dengan jangkaan ringgit akan terus meningkat.
Peningkatan berterusan harga minyak akan menyokong ringgit dan BNM dijangka menaikkan kadar faedah pada mesyuaratnya pada 5 Mei hadapan.


*************************************************************************************
Sememangnya Allah jadikan sesuatu itu berpasang-pasangan. Sama juga halnya dengan 'penjatuhan ringgit' ini. Ada baik & ada buruknya jua. Kesannya pada Malaysia dimata serantau mungkin bagus, takkan hilanglah pelabur-pelabur di negara kita dan barangan hasil bumi & buatan kita juga akan kekal berlegar di negara-negara pengeksport. Namun, dek kerana jatuhnya nilai ringgit itu juga mengakibatkan kenaikan harga barang di dalam negara. Paling ketara, yang pertama akan naik adalah harga minyak kerana minyak hasil bumi kita dihantar ke luar & yang kita gunapakai adalah keluaran negara lain yang diimport. Lazimnya bila harga minyak naik, barang-barang harian lain pula akan menyusul & seringkali terjadi harga minyak naik hanya 20 sen tetapi gandum sebungkus naiknya 50 sen! Fenomena kenaikan harga barang sebegini yang hasil daripada penjatuhan matawang kadang-kala boleh diibaratkan seperti "kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan".. Tetapi, apakan daya... Ini semua pasti takkan terjadi andaikata kita & negara kita bersandar kepada emas sejak dulu..tetapi (sekali lagi) apakan daya.....


Friday, April 15, 2011

Belajar dari Kejayaan ABDURRAHMAN BIN AUF dalam Berdagang

Selain dari diri Rasulullah yang terdapat contoh yang sempurna, kita juga boleh belajar dari sahabat-sahabat Baginda dalam mengembalikan kemakmuran Islam yang kita cita-citakan ini. Salah satu sahabat Baginda yang patut kita contoh adalah Abdurrahman bin Auf yang kejayaannya dalam berniaga menjadi teladan bagi seluruh pengusaha Muslim saat ini, dalam hal urusan akhirat pun banyak yang dapat dicontohi dari Abdurrahman bin Auf ini kerana beliau termasuk dalam senarai sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Berikut adalah karektor2 Abdurrahman bin Auf & sedikit mengenai latar belakang beliau..Ayuh sama-sama kita bandingkan sifat-sifat beliau dengan diri kita sendiri..mana yang sama & mana pula yang tidak serupa. Yang sama Alhamdulillah..semoga Allah kekalkan & mana yang tidak serupa itu, semoga kita berusaha untuk mencapai kesamaan tersebut..lillahi Taala. Inshaallah..

  • Abdurrahman bin Auf termasuk sahabat yang masuk Islam sangat awal, tercatat beliau orang yang ke-8 yang bersyahadah 2 hari setelah Abu Bakar. Beliau juga termasuk salah satu dari sepuluh (10) sahabat yang dijamin masuk syurga.
  • Beliau termasuk salah satu dari enam (6) orang yang ditunjuk oleh Umar bin al-Khathab untuk memilih khalifah sesudahnya.
  • Beliau seorang mufti yang dipercayai oleh Rasulullah SAW untuk berfatwa di Madinah padahal Rasulullah SAW masih hidup.
  • Beliau terlibat dalam Perang Badar bersama Rasulullah SAW & menewaskan musuh-musuh Allah. Beliau juga terlibat dalam Perang Uhud & bahkan termasuk dalam golongan yang bertahan disisi Rasulullah SAW ketika tentera kaum Muslimin banyak meninggalkan medan peperangan. Dari peperangan ini ada 9 luka parah ditubuhnya & 20 luka kecil yang diantaranya ada yang sedalam anak jari. Dua perang ini juga menyebabkan luka dikakinya sehingga Abdurrahman bin Auf harus berjalan dengan pincang, dan juga mematahkan sebahagian giginya sehingga beliau berbicara dengan sedikit pelat.
  • Suatu saat ketika Rasulullah SAW berpidato menyuntik semangat kaum Muslimin untuk berinfaq di jalan Allah, Abdurrahman bin Auf menyumbang separuh hartanya yang senilai 2,000 Dinar atau sekitar hampir RM 1.4 juta pada saat ini (bayangkan pada zaman itu seseorang yang mempunyai harta sebanyak itu sudah boleh dianggap sangat kaya, walhal ketika beliau menyumbangkan sejumlah tersebut, beliau masih 'belum betul-betul kaya' dan hartanya baru berjumlah 4,000 Dinar). Atas sedekah ini beliau didoakan khusus oleh Rasulullah SAW yang berbunyi, "Semoga Allah melimpahkan berkatNya kepadamu, terhadap harta yang kamu berikan. Dan semoga Allah memberkati juga harta yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu." Doa ini benar-benar terbukti dengan kejayaan demi kejayaan Abdurrahman bin Auf berikutnya. Al-maklum sahajalah, bila kekasihNya memohon doa, tentu sahaja Allah memberi perkenanNya. 
  • Ketika Rasulullah memerlukan dana untuk Perang Tabuk yang mahal & sulit kerana medannya jauh, ditambah situasi Madinah yang lagi dilanda musim panas, Abdurrahman bin Auf mempeloporinya dengan menyumbang 200 uqiyah emas sampai-sampai Umar bin al-Khatthab berbisik kepada Rasulullah SAW, "Apakah Abdurrahman berdosa kepada keluarganya kerana tidak meninggalkan wang belanja sedikitpun untuk keluarganya?" Mendengar ini, Rasulullah SAW bertanya kepada Abdurrahman bin Auf, "Apakah kamu meninggalkan wang belanja untuk isterimu?" "Ya!", jawab Abdurrahman. "Mereka saya tinggalkan lebih banyak & lebih baik dari yang saya sumbangkan." "Berapa?", tanya Rasulullah. "Sebanyak rezeki, kebaikan, dan pahala yang dijanjikan Allah.",jawabnya.
  • Setelah Rasulullah wafat, Abdurrahman bin Auf bertugas menjaga kesejahteraan & keselamatan Ummahatul Mu'minin (para isteri Rasulullah SAW).
  • Abdurrahman bin Auf pernah menyumbangkan seluruh barang yang dibawa oleh kafilah perdagangannya kepada penduduk Madinah padahal seluruh kafilah ini membawa barang dagangan yang diangkut oleh 700 unta yang memenuhi jalan-jalan kota Madinah. Selain itu juga tercatat Abdurrahman bin Auf telah menyumbangkan dengan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan antara lain 40,000 Dirham (sekitar +/- RM 1.08 juta wang sekarang), 40,000 Dinar (senilai +/- RM 27.2 juta wang sekarang..wowww!!!), 200 uqiyah emas, 500 ekor kuda & 1,500 ekor unta. (berkat Allah bersamanya..)
  • Beliau juga membiayai para veteran perang Badar yang masih hidup waktu itu dengan biaya sebesar 400 Dinar ( sekitar +/- RM 272,000) setiap orang untuk veteran yang jumlahnya tidak kurang dari 100 orang!
  • Dengan begitu banyak yang diinfaqkan di jalan Allah, beliau ketika meninggal pada usia 72 tahun masih juga meninggalkan harta yang sangat banyak iaitu terdiri daripada 1,000 ekor unta, 100 ekor kuda, 3,000 ekor kambing & masing-masing isteri mendapatkan warisan 80,000 Dinar. Padahal warisan isteri-isteri ini masing-masing hanyalah 1/4 dari 1/8 (isteri mendapat 1/8 daripada harta & kerana ada 4 isteri, harus pula jumlah itu dibahagi 4). Ertinya, kekayaan yang ditinggalkan Abdurrahman bin Auf saat itu berjumlah 2,560,000 Dinar atau sebesar RM 1,740,800,000 (RM 1.7408 Billion!!!!!)
Bagaimana Abdurrahman bin Auf sangat berjaya dalam perniagaannya & dijamin pula masuk syurga? Sedangkan pada zaman sekarang, ramai yang berniaga, ramai juga yang kaya-raya..tetapi syurga kah matlamatnya??? Berikut adalah amalan/prinsip beliau yang boleh kita tiru..inshaallah..
  • Seluruh usahanya hanya ditujukan untuk mencari redha Allah semata.
  • Bermodal & berniaga barang yang halal dan menjauhkan diri dari barang yang haram bahkan yang syubhah sekalipun.
  • Keuntungan hasil usaha bukan untuk dinikmati sendiri melainkan hak Allah, sanak keluarga & untuk perjuangan di jalan Allah.
  • Abdurrahman bin Auf seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, bukan harta yang mengendalikannya.
  • Sedeqah telah menyuburkan harta Abdurrahman bin Auf, sampaikan ada penduduk Madinah yang berkata, "Seluruh penduduk Madinah terikat dengan Abdurrahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkannya pada mereka, sepertiga untuk membayari hutang-hutang mereka, dan sepertiga lagi sisanya dibahagi-bahagikan kepada mereka."
  • Kesekuruhan harta Abdurrahman bin Auf adalah harta yang halal, sehingga Uthman bin Affan RA, yang termasuk kaya pun bersedia menerima wasiat Abdurrahman ketika membahagikan 400 Dinar bagi setiap veteran Perang Badar. Atas pembahagian ini Uthman bin Affan berkata, "Harta Abdurrahman bin Auf halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat & berkat."

RENUNGKANLAH BERSAMA......



Saturday, January 29, 2011

Jadual Bank Emas : February 2011

2/2/11   : JOHOR BHARU       (4.30 ptg - malam)
5/2/11   : JOHOR BHARU       (pagi - 4 ptg)
12/2/11 : KOTA KINABALU  (pagi - 5 ptg)
12/2/11 : KUCHING                (after 10 mlm)
13/2/11 : KUCHING                (pagi - 10am)
22/2/11 : KOTA BHARU         (pagi - 2 ptg)

Sila lihat collection date di kawasan anda.
Sesiapa nak order emas di kawasan yg dinyatakan di atas, boleh order sebelum tarikh2 tersebut.
Kepada yg nk sembang2 emas, boleh call/sms utk appointment. TQ.

Jupe mung dinung!!!



Wednesday, January 26, 2011

BERKATA BENAR SEKALIPUN PAHIT

Ada satu kedai cat di Meru, Klang. Namanya Kedai Cat Boon Seng. Setiap hari, kedai dibuka seawal jam 8 pagi, tak seperti pesaing-pesaing lain, selalunya dibuka pada pukul 10 atau 11 pagi. Namun bukan waktu beroperasi itu yang ingin saya tekankan. Saban hari, kedai Boon Seng sesak dipenuhi pembeli sehingga ke malam hari. Saya sendiri pernah membeli cat di situ setelah saya membuat tinjauan harga di kedai-kedai lain, ternyata harga di Boon Seng lebih rendah. Lagipun, kedai Boon Seng menawarkan pilihan yang banyak, bermacam-macam jenama & kualiti. Barulah saya faham mengapa para pemilik rumah & juga kontraktor-kontraktor binaan memilih Boon Seng untuk membeli cat. Oleh kerana kedai tersebut menjual berbagai jenis (jenama) cat, pemiliknya tidak "bias" atau berpihak sebelah kepada satu-satu jenama sahaja. Mana yang elok dicadangkan kepada pembeli & mana yang kurang kualitinya, diberitahu awal-awal supaya kelak tidak pula disalahkan oleh pembeli. Neutral. Sedangkan di kedai-kedai lain yang hanya menjual hanya satu jenama cat, kebiasaannya hanya jenama itulah sahaja yang elok dikhabarkan oleh penjual.

**********************
Di sini, saya inginkan berkongsi perkara-perkara yang patut kita tahu untuk melabur dalam emas. Banyak di luar sana, kita diterangkan dengan maklumat-maklumat yang sebelah pihak sahaja, tanpa diberitahu tentang pelaburan emas secara menyeluruh. Kami mungkin bukan cendekiawan emas, tetapi ilmu yang kami ada kami kongsikan bersama supaya pembeli/pelabur boleh memilih dengan bijak & merancang pelaburan dengan lebih "terpandu". Ada beberapa ayat atau "statement" yang saya rasa boleh didangkal kesahihannya. Wallahu 'alam.

Kalau beli emas jenama lain, bila koyakkan sampul/sarung, nilai susut 25%.
Sebenarnya bukanlah nilai emas itu yang susut. Emas tidak akan susut nilai, itu hanyalah rekaan kedai2 emas sahaja. Ramai customer bila saya jumpa, takut utk beli Pamp, sebab katanya, ada orang beritahu, jangan beli Pamp sebab nanti bila nak jual balik nilainya ditolak 25%. Seolah-olah, emas Pamp tak bagus kualitinya. Sebenarnya, tidak ada masalah susut nilai dengan emas. Emas di zaman Firaun dengan emas di zaman sekarang, adalah emas yang sama yang appreciate nilainya. Apa yang customer perlu tahu ialah, sekiranya customer membeli emas di kedai emas atau di bank, JANGAN jualkan balik kepada kedai emas atau bank. Jual pada kami atau mana-mana agent pembeli emas yang dapat anda cari di internet ini. Carilah agent yang boleh beli pada harga yang tertinggi. Buat tinjauan harga. Situasi ini adalah untuk mereka yang sudah 'terbeli' emas di kedai emas. Untuk yang belum beli, saya nasihatkan JANGAN BELI DI KEDAI EMAS, kerana harganya mahal.



Beli emas yang mempunyai spread yang rendah.
Bergantung kepada jangka masa anda simpan emas tersebut. Kebanyakkan kita sudah sedia maklum, emas adalah untuk pelaburan jangka masa panjang. Saya selalu beritahu pada customer, sekurang-kurangnya 6 bulan untuk break-even & setahun untuk nampak hasil untung. Lebih lama, lebih tinggi untungnya. Namun, spread yang rendah sahaja bukan faktor utama bila membeli emas, lebih-lebih lagi jika kita memang berniat untuk menyimpannya dalam tempoh yang lama. Bagi saya, bila sudah break-even, spread itu menjadi tidak lagi penting. Melainkan jika anda beli emas hari ini, dan menjualnya sebulan kemudian, ya, carilah spread yang terendah. Yang lagi penting, beli emas pada harga yang rendah.

Syarikat P menjual emas dengan harga yang terendah.
Bila compare harga sykt P dengan harga di kedai emas, memang betul harganya murah. Tetapi, berkali-kali kita canangkan pada customer, jangan involve kedai emas bila nak melabur. Jadi, jangan bandingkan harga dengan kedai emas. Bandingkan harga antara dealer2 yang jual emas lain, yang ketulenannya sama dengan apa yang ada di Sykt P. Pelabur yang bijak akan membeli pada harga yang paling minimum untuk ketulenan yang sama, (kita compare Apple-to-Apple di sini). Dengan kemudahan teknologi internet sekarang ini, mudah sahaja. Google sahaja tentang emas di Malaysia, berderetlah website2, blog2 yang menjual emas untuk tujuan pelaburan. Facebook juga ada. Gunakan sebaik mungkin sebagai resource untuk anda mula berjinak-jinak dengan emas.


Emas naik 27-40% setahun.
Perkara ini telah saya huraikan dalam artikel yang terdahulu. Sila rujuk http://bankemas.blogspot.com/2011/01/past-2010-yang-enak-tak-enak.html .


Barang kemas tak boleh dijadikan pelaburan.
Ada betul,ada yang tak betul berkenaan perkara ini. Tak betul jika anda baru nak bermula, dan anda beli barang kemas di kedai emas. Dengan harga yang tinggi, ditambah pula dengan kos upah, agak kurang tepat pemilihan membeli barang kemas untuk dijadikan pelaburan. Tetapi, anda boleh jadikan barang kemas sebagai pelaburan, malah kadang2 boleh memberi pulangan yang lumayan sekiranya anda beli pada harga below market price. Sebagai contoh, anda beli surat pajak atau barang kemas yang dilelong di Ar-Rahnu. Anda hanya perlu call atau buat tinjauan harga pada agent2 pembeli emas di internet atau suratkhabar, dan anda tawarkan harga tersebut pada pemegang surat pajak tersebut. Kemudian, anda jual semula barang kemas itu pada harga lebih tinggi daripada harga belian anda & semestinya lebih rendah daripada harga semasa FGJAM atau harga di kedai emas. Untung dalam tangan anda!



Jika ada barang kemas, tolak dengan Sykt P & tukarkan kepada gold bar untuk keuntungan yang lebih.
Tak betul cadangan itu. Jika anda ada barang kemas, biarkan sahaja barang kemas tersebut, walaupun anda tak pakai. Simpanlah sebagai pelaburan, kerana emas tetap emas. Ia tetap naik harga. Buat apa anda nak kurangkan nilainya dengan jual pada harga beli & beli balik goldbar? Melainkan jika anda baru nak beli emas, barulah saya cadangkan anda beli goldbar. Barang kemas yang sudah ada, jangan dijual, jika anda tak perlukan duit.

Kalau beli PAMP, susah nak jual balik.
Kaji terlebih dahulu, betul ke susah nak jual balik Pamp tu? Sekali lagi, guna internet. Cari dealer2 yang boleh beli Pamp pada harga tertinggi. Saya sendiri beli balik Pamp. Dan kalau umur saya tak panjang, masih ada ramai lagi agent2 lain di sekeliling anda. Log-in & add saya di facebook "Bank Emas", ramai peniaga2 emas di dalam rangkaian 'friends' saya yang mana anda sendiri boleh berkenalan dengan mereka. Ok, senario ini ingin saya bentangkan untuk anda fikirkan. Anda beli goldbar dari Sykt P. Katakanlah Sykt P tutup, kat mana anda nak jual goldbar anda? Kalau jual di kedai emas, teruk anda kena potong harga nanti. Mereka akan ambil kesempatan lebih2 lagi bila tahu Sykt P sudah tutup. Akhirnya, anda terpaksa cari orang2 seperti saya, dan rakan2 saya yang dapat beli goldbar anda pada harga market. Betul, harga market kami tak se"transparent" seperti harga Sykt P, akan tetapi kami jual pada harga mungkin paling hampir dengan harga spot gold. Dan, inilah harga sebenar emas di M'sia.

Beli goldbar yang ada jenama terunggul, mendapat pengiktirafan di Malaysia.
Perlukah jenama dalam membeli emas? Jujur saya katakan, belilah jenama ayam sekalipun, emas tetap emas. Nilainya bukan bergantung pada jenama. Penjenamaan hanyalah untuk menghebahkan 'existence in the market', bukan sebagai faktor penetapan sesuatu harga. Jika anda bandingkan goldbar dalam kelas yang sama, carilah harga yang terendah. Jangan pandang pada jenama. Emas bukan seperti baju. Mungkin baju berjenama terkenal yang mahal harganya diperbuat daripada sutera yang tinggi kualitinya berbanding baju yang murah. Tetapi, emas 999.9 yang anda beli dengan saya contohnya, adalah emas yang sama yang anda beli di Sykt P yg juga 999.9. Jadi, mengapa anda bayar lebih? Lagipun, bila anda nak jual balik nanti, jenama itu tak dikira pun. Harga kami berdasarkan pada ketulenan emas tersebut. Bukan pada jenama, bukan pada rupa atau pada anugerah2 yang diterima pengeluarnya.

Ketulenan PAMP bukan 24K, cuma 23K. Rugi bila pajak.
Salah bila mengatakan ketulenan Pamp itu 23K. PAMP ada certificate yg disahkan oleh assayer yg dipertanggungjawabkan mengesahkan ketulenan PAMP adalah 24K. Dan PAMP pula tersenarai antara associates di LBMA (London Bullion Market Association). Boleh google pasal LBMA di internet utk keterangan lanjut.  Ok, jadi kenapa Ar-Rahnu Agrobank misalnya, mengatakan yang PAMP ni hanya 23K? Bukan 24K seperti yang tertera di Certificate of Authentication nya?

Telah saya terangkan, PAMP ini adalah cast bar. Bila ianya cast bar, fizikalnya tidaklah seelok minted bar, seperti produk Sykt P. PAMP ada lekuk-lekuk, calar-calar yang memang datangnya sebegitu kerana ia adalah raw material of gold. Bila masuk ke dalam densimeter di Ar-Rahnu, akan ada gelembung-gelembung udara atau air bubble yang melekat di gold bar tersebut, yang mempengaruhi ketulenannya. Karat emas di ukur melalui density atau ketumpatan, bila ia bercampur dengan ketumpatan udara yang terlekat di situ, ketulenannya jatuh sedikit. Ia boleh di atasi sekiranya officer tu menggoncangkan Pamp tersebut lama-lama dalam densimeter itu. Akan tetapi, senarionya adalah..officer itu kebiasaannya m-a-l-a-s nak buat kerja lebih. So, terbiarlah dalam Ar-Rahnu ketulenan Pamp sebagai 23K. Kes ini sama sahaja dengan barang kemas. Kebiasaannya barang kemas yang 916, bila masuk dalam densimeter, ia menunjukkan ketulenan yang lebih rendah. Ini kerana barang kemas yang bercorak pelbagai, dengan lekuk di & rongga di sana sini yang menyebabkan ketulenannya jatuh. Kalau kocak dlm air tu lama2, ia akan jadi 22K semula.

Ok, dari segi untung atau rugi bila densimeter tunjukkan Pamp 23K.
Saya ambil contoh harga pada hari ini. Pada hari artikel ini ditulis, (dah 2 hari tulis, sebab sibuk bersambung-sambung..hehe). Saya jual Pamp 100g pada harga Rm13700. Sykt P jual pada harga Rm14962. Beza di situ sebanyak Rm1262. (wowww). Saya pajak Pamp di Ar-Rahnu pada rate 23K, iaitu Rm157.50/g , so saya dapat 70% daripada jumlah pajakan, iaitu Rm11,025. Dan kalau saya pajakkan goldbar Sykt P di Ar-Rahnu yg sama, saya dapat rate Rm165.80/g, menjadikan jumlah yang saya dapat ialah Rm11,606. Lebihan hasil pajakan sebanyak Rm581 shj. Nah, sekrg anda boleh pilih, samada nak "rugi" Rm581 di Ar-Rahnu atau pun nak "bersedekah" lebih di Sykt P sebyk Rm1262..terserah kepada bijak akal masing2. :)

Tuesday, January 18, 2011

Persaingan

Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang menghabiskan masa penantian menunggu sang suami penyeri diri pulang dari mencari rezeki. Dikhabarkan, penerbangannya lewat sedikit, agak tertangguh dari jadual masa yang telah dirancangkan. Cuaca agak tidak begitu ‘friendly’ petang tadi.  Bagi sang penunggu seperti saya, masa-masa seperti inilah yang bisa meruntun perasaan risau dan bimbang, lantas saban saat memanjatkan doa kehadrat Illahi moga-moga diselamatkan keberangkatan pulang sang suami dalam keadaan ‘safe and sound’. Aminnn..

Rancak sungguh aktiviti jual beli emas di mana-mana sekarang ini. Di laman no. 1 dunia, Facebook contohnya, saban hari tauke-tauke emas galak membentangkan produk & harga masing-masing.  Ada yang dengan lantang, ada yang dengan sorok-sorok, ada juga yang hanya pemerhati sebelum meletakkan harga sendiri. Bermacam-macam, pelbagai ragam. Kadang-kadang kelihatan seolah-olah berebut-rebut untuk mendapat jolokan pemilik harga terendah. Harap-harapnya, dalam asyik kejar-mengejar, jangan sampai tersasar.  Kos bil telefon, minyak, tol, masa, tenaga & mungkin makan minum harus diambil kira juga saudara2!!

Menyebut tentang kejar-mengejar meletakkan harga, teringat saya pada suatu cerita. Dongeng atau benar, saya tidak pasti namun jika ia boleh memberikan satu pengajaran, mengapa tidak kita ambil iktibar darinya.
“Kisah Tukang Cukur” yang membayangkan tentang persaingan pasar yang tidak sihat antara peniaga-peniaga. Dalam kisah tersebut, ada dua orang Tukang Cukur yang kedai mereka berdekatan antara satu sama lain. Tukang Cukur A & Tukang Cukur B diberi nama. Awalnya, untuk menarik lebih ramai pelanggan, Tukang Cukur A menawarkan harga yang lebih murah dibandingkan dengan B. Akan tetapi, B tidak dapat menerima perlakuan ini, lantas mengikut menurunkan harga sehingga lebih murah dari harga A. Kemudian A pula tidak puas hati lalu menurunkan lagi harganya, dan begitulah berulang-kali seterusnya sampai keduanya menerapkan harga “kosong” untuk pelanggannya.

Persaingan tidak  berhenti di sini kerana Tukang Cukur A bukan hanya menawarkan harga “kosong” pada pelanggannya, malah dia menawarkan pula perkhidmatan tambahan yang berupa urutan percuma.  Tukang Cukur B juga tidak mahu ketinggalan, sudahlah dia berikan harga “kosong” atas cukuran rambut, ditambah pula dengan urutan percuma malah dia juga menawarkan servis menghantar pelanggan pulang ke rumah dengan percuma juga! Sudahnya apa? Dua Tukang Cukur ini pasti bankrupt gara-gara persaingan yang tidak sihat.

Realitinya, bukan hanya Tukang Cukur yang berkeadaan sedemikian, syarikat-syarikat insurans & telekomunikasi juga antara yang hebat berlawanan harga & tariff.


Ada kaitan cerita saya di atas dengan artikel saya yang sebelum ini, “Kenaikan Harga Emas bagi tahun 2010”. Kaitannya tentang Amerika Syarikat yang menurunkan nilai matawangnya di persada antarabangsa, dan matawang kita yang secara tidak langsung ‘terkuat’ dek kejatuhan USD itu. Mungkin ramai yang merasakan tidak cukup ‘bahangnya’ jika membandingkan USD dengan Ringgit Malaysia yang bukanlah ‘giant’ dalam arena dagangan antarabangsa. Jom, kita kaitkan USD dengan China Yuan, dan mari kita tanyakan soalan ini sesama kita, ”kalau Amerika berusaha menurunkan nilai USD-nya terhadap Renminbi China agar kompetitif, apakah China juga tidak berusaha yang sama untuk mempertahankan ‘competitiveness’-nya? Betul sekali, itulah sebabnya perlu ada ‘negotiation’ terus-menerus antara kedua negara kerana keduanya mempunyai kepentingan yang sama iaitu agar nilai tukar matawangnya lebih rendah satu sama lain.

Akhirnya persis kisah Tukang Cukur. Ketika Amerika sudah berhasil membuat wangnya lebih kompetitif dibandingkan China, China pun tidak akan membiarkan hal ini berlangsung lama. Mereka akan menurunkan nilai tukarnya sebelum ekonominya sampai tahap ‘fatal’ dek kerana pasaran eksport yang terjejas dan tidak bersaing. Begitu seterusnya proses spiral penurunan nilai mata wang kertas ini berlangsung, sampailah wang kertas ini benar-benar tidak ada nilai. Masih ingat pada video ‘THE DAY THE DOLLAR DIED’ dalam artikel saya yang sebelum ini?

Proses spiral ini tidak hanya berlaku antara Amerika & China, malah berlaku pada seluruh mata wang kertas dunia. Ketika yang lain nilainya turun, negara yang matawangnya tetap tinggi pasti tidak akan mampu bersaing di gedung perdagangan dunia.

Lantas bagaimana dengan kita yang merupakan ‘consumer’ atau pengguna dari Tukang Cukur, syarikat insurans, telekomunikasi & wang kertas ini? Tetap berfikir logic! Harga bukanlah satu-satunya aspek dalam pemilihan sesuatu produk barang atau perkhidmatan, termasuk wang kertas juga. Kualiti dari ‘value for money’ dan layanan yang berlanjutan (sustainable services) lebih berharga dari sekadar harga yang rendah!

HANYA SATU SOLUSI GLOBAL : DINAR /EMAS & DIRHAM/PERAK

Di saat kehancuran USD dan segala matawang-matawang dunia, timbul satu matawang ‘kuno’ yang hanya dengannya sahajalah, kehidupan dunia bisa menjadi kembali makmur.  Berbeza dengan kita yang meyakini  wang yang sejati (timbangan yang adil) hanyalah emas & perak berdasarkan keyakinan agama kita, para pakar analisis ekonomi dunia pula berpendapat bahawa pengganti USD hanyalah emas berdasarkan keadaan kewangan global terkini yang makin buruk dimakan masa. Wallau’alam.

Thursday, January 6, 2011

Kenaikan harga emas tahun 2010 DALAM RM !!!!

Lewat sore 2010 yang lalu, saya menghabiskan masa menghirup kopi di bawah lembayung pokok Vuchidas di laman rumah bersama isteri tercinta. Bersama mengimbau kembali suka duka pahit manis yang terakam sepanjang tahun 2010, antara yang berjaya dicapai,yang tercapai mahupun yang tak tergapai..semuanya telah berlalu & pastinya menjadi teladan & sempadan untuk mengharungi setahun lagi usia di bumi Allah ini. Kopi Hai Peng yang suam-suam enak dihirup sambil senyum terukir di bibir. Alhamdulillah syukur kepada Illahi. Dengan ilmu kurniaan-Nya, dengan ilham anugerah-Nya & dengan kecerahan akal fikiran yang dihadiahkan-Nya, investasi emas ternyata salah satu pencapaian yang menenangkan dada sepanjang tahun 2010 yang lalu.


Kepada sesiapa sahaja yang memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan, maka rata-rata akan tersenyum lebar dengan pulangan pelaburan masing-masing. Ramai yang mewar-warkan kenaikan emas pada tahun lepas lebih daripada 25%. Memang betul, tetapi itu adalah figura dalam USD. Angka itu lebih tepat digunakan untuk pasaran Amerika Syarikat, kerana merekalah yang akan membandingkan samada kenaikan kos sara hidup terkesan atau tidak dengan kenaikan emas. Untuk kita, saya lebih selesa & rasanya lebih jujur jikalau umumkan kenaikan harga emas dalam Ringgit Malaysia. Lebih 'berpijak di bumi nyata' rasanya.

Berikut adalah graf kenaikan harga emas yang saya bandingkan antara kenaikan dalam USD & RM.



Harga emas KITCO pada awal Januari 2010 ialah USD1121.50/oz.
Harga emas KITCO pada akhir Disember 2010 ialah USD1405.50 /oz.
....kenaikan sebanyak 25.3%.

Nilai tukaran wang RM/USD pada awal Januari 2010 ialah RM3.3971.
Nilai tukaran wang RM/USD pada akhir Disember 2010 ialah RM3.0835.

Jadi,
Harga emas dalam RM pada awal Januari 2010 ialah RM3809.85/oz.
Harga emas dalam RM pada akhir Disember 2010 ialah RM4333.86/oz.
....kenaikan sebanyak 13.8%.

Kenaikan harga emas dalam USD adalah sebanyak 25.3% berbanding kenaikan harga emas dalam RM dapat dilihat adalah sebanyak 13.8%. Ya, kita masih lagi boleh tersenyum kerana dividen ASB yang 'gah' keuntungannya diumum saban tahun barulah hanya sekitar 8.75% setahun sahaja. Sudah tentu antara angka 25.3% & 13.8%, yang pertama itu lebih WOW, tetapi amatlah dituntut supaya kita menceritakan sesuatu yang sesuai & terkait dengan situasi di mana kita berada, supaya di penghujung jalan nanti, tidak ada yang berkata, "Nak, harga pak cik beli dulu sampai sekarang ni, sudah setahun, tak sampai pun 20%?? Anak cakap dulu sampai 27% kan??" Ya, barangkali boleh sahaja kita menjawab, "Oh yang itu dalam KITCO pak cik. Harga dalam USD." Takut-takut nanti Pak Cik itu menjawab, "Nak, pak cik tinggal di Malaysia. Pak Cik berurusniaga semua dalam ringgit malaysia. Pak Cik nak tahu nilai naik tu dalam RM jugalah. Pak Cik tak nak berhijrah ke Amerika nak...". Maka terloponglah kita nanti..

Kembali kepada kisah ekonomi..

Antara faktor utama kenaikan harga emas adalah kerana "Money Creation" di mana wang dicetak dari awang-awangan atau mengikut istilah finansialnya "Quantitative Easing". Faktor ini jugalah yang akan terus mempengaruhi harga emas pada tahun 2011.

Justeru, apakah sebab berbedanya peratusan kenaikan harga emas dalam USD & RM?


Sebabnya adalah kerana RM telah bertambah kuat  berbanding USD yang terus melemah. Sejarahnya, pada awal Januari 2010, tukaran matawang tersebut adalah RM3.40/USD & pada akhir Disember 2010, adalah sebanyak RM3.08/USD. Secara kiraannya, pengukuhan matawang RM terhadap USD adalah lebih kurang 9%.

Namun begitu, secara peribadi, saya tidak menjangkakan pengukuhan matawang RM terhadap USD akan berlanjutan untuk tahun 2011. Walaupun pada awal proses tersebut, ia dilihat sebagai tanda kuatnya Ringgit, namun jika ini terus berpanjangan, ia akan melemahkan daya saing eksport Malaysia, kerana kesannya, harga barang keluaran negara akan bertambah mahal & tidak kompetitif di pasaran antarabangsa.

Mahu atau tidak, Bank Negara pasti memikirkan suatu cara supaya duit kita tidak terus mengukuh dan merugikan pasaran eksport. Jika USD jatuh nilainya, maka Malaysia juga terpaksa menjatuhkan nilai Ringgit, sepertimana yang telah & sedang dilakukan oleh negara-negara lain terhadap One-eyed Dollar itu. (Klik di sini). Kesan daripada ini, mangsanya adalah pengguna-pengguna RM sendiri, di mana kuasa beli kita akan menjunam, barang-barang akan menjadi mahal. Salah satu alasan yang sering diberikan oleh media adalah kerana naiknya  harga minyak. Benarkah?


Sebahagian besar daripada kita merasakan bahawa harga barang-barang seperti kejar-mengejar pendapatan kita. Mengapakah daya beli kita menurun & bagaimana pula untuk menanganinya? Secara bertahap, kita harus lindungi hasil penat lelah kita daripada risiko inflasi dengan sesuatu yang daya belinya bertahan. Di sinilah, emas sabagai salah satu caranya. Masih ingat pada suatu cerita di zaman Rasulullah?

"Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung." (H.R. Bukhari)

Kini, setelah 1400 tahun, pada zaman kita bernafas, harga kambing pun tetap juga 1 Dinar!!!

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua dalam membuat aturan pelaburan agar pulangannya mampu menyenangkan kita di masa depan.

Wallahu 'alam.

Friday, December 24, 2010

Pada Hari Terkuburnya USD

Sewaktu saya masih kecil, saya pernah berniaga di warung makan bersama emak & ayah saya. Kebetulannya, kami berjiran dengan sebuah kedai servis kereta mewah. Hanya BMW & Mercedes sahaja pelanggannya. Salah seorang pelanggan 'tetap' warung buruk kami ialah seorang juruterbang. Tugasnya sebagai juruterbang menuntut dia berada di banyak negara-negara luar. Melalui beliaulah, saya dapat mengenali bermacam-macam jenis matawang negara lain. Katanya, USD lah yang paling diterima pakai di mana-mana tempat di dunia ini. Kagumnya.

Kini, dengan sekelumit pengalaman merantau yang saya ada, banyak sekali negara yang menerima USD sebagai medium perdagangannya. Malah ada negara yang langsung tidak gemar menggunakan matawangnya sendiri seperti Lebanon, Vietnam & Mauritius, baik dalam urusan dagangan dalam negaranya sendiri apatah lagi dalam urusan jual beli antarabangsa. Semuanya dalam USD. Gah sungguh nampaknya USD di mata dunia!

Kita semua tahu, USD adalah wang fiat, jadi nilainya amat bergantung kepada keyakinan pengguna. Jika hilang lenyap keyakinan  maka nilainya bisa jatuh menjadi sifar! Mungkin antara kita yang enggan percaya kesahihan ini, kerana bagi mereka keutuhan USD itu seperti tidak bisa diganggu-gugat oleh mana2 negara sekalipun. Teman, bukan saya sahaja yang meramalkan, bahkan pakar2 ekonomi dari negara 'bermata satu' itu sendiri juga telah membuat kajian demi kajian tentang bakal termusnahnya matawang mereka!

Sudah tentu, bukan USD sahaja yang akan mengalami senario kepupusan ini, malah semua jenis matawang yang jika diputuskan sandarannya dengan sesuatu yang mempunyai intrinsic value, akan mengalami peristiwa yang sama. Tidak terkecuali, Ringgit Malaysia juga. (Ramai yang tidak tahu bahawa Bank Negara juga sudah tidak lagi sandarkan percetakan wang RM pada emas!). Ada beberapa kajian pakar ekonomi mengatakan, (dan sejarah dunia juga telah membuktikannya) pusingan hidup matawang fiat hanyalah dalam lingkungan 40 tahun dan USD (selepas diputuskan hubungan emas & USD pada tahun 1971) kini sudah di tahun yang ke-39! Oh, sungguh menakutkan..

Ini adalah graf yang saya perolehi yang menunjukkan menurunnya kuasa membeli USD terhadap emas sejak tahun 1718.


Daripada graf di atas, secara keseluruhannya, USD telah hilang "taring"nya hampir 95%!! Pada 15 Ogos 1971 itulah sebenarnya USD telah "mati". Pada tarikh tersebut, tanpa persetujuan daripada Kongres, Presiden Nixon telah memutuskan hubungan antara USD dengan emas, dan semenjak dari itulah USD sedikit demi sedikit telah menjadi wang Monopoli! Saya kira, jika Nixon masih hidup, beliau antara orang yang paling menyesal atas tindakannya itu. Namun, jika betul dia masih hidup, ingin saya katakan pada dia, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak putuskan emas buruk padahnya!".

Peperangan matawang telah bermula, yang mana ini akan mempercepatkan lagi kemusnahan sistem wang fiat ini. Malah negara kita sendiri kini telah menunjukkan keraguan terhadap matawang USD, apabila kita telah membeli bon dari negara China. Sila klik petikan di bawah:



Kemuncak artikel saya pada kali ini, saya jamukan saudara dengan satu hidangan. Ia amat enak jika kita bersedia menghadapinya, namun boleh menghilangkan senyum di muka jika kita alpa & lalai. Video ini dari National Inflation Association (NIA) yang berpusat di Amerika Syarikat. Ia adalah satu fiksyen yang ilmiah, yang menunjukkan kehancuran USD ini bukan diramal kosong bahkan mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi. Persis filem 2012 yang rata-rata takut akan kehadiran kiamat!


Firman Allah Taala bermaksud:
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukkan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." (Surah al-Baqarah: Ayat 275).

"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan rasulNya menyatakan perang terhadap kalian." (Surah al-Baqarah: Ayat 279).

WALLAHU 'ALAM