Salam emas..
Mengapa kita harus melabur? Saat ini barangkali kita masih berada di puncak produktiviti. Karier sedang bagus, pendapatan pun tinggi, dan kita boleh menikmati kehidupan tanpa kekurangan apa-apa pun. Baik keperluan primer, sekunder atau tertier-segalanya 'terpenuhi'. Tidak ada perlunya pelaburan. Nikmati saja hari ini, hari esok tidak perlu terlalu dirunsingkan.
Itu adalah gambaran seseorang yang berada di puncak usia produktif (35-50 tahun). Pendapatan sedang tingi-tingginya, jaringan perhubungan sedang luas-luasnya, dan sepertinya tidak pernah kekurangan wang. Dalam situasi seperti ini, seseorang boleh menggantungkan hidup pada penghasilan aktif.
Tapi kita hidup bukan untuk hari ini sahaja. Satu saat nanti, karier kita akan berakhir. 'Physical condition' akan menurun, sehingga kemampuan mencari wang pun akan berkurang pula. Ketika 'physical condition' menurun, idealnya terjadi pergeseran sumber pendapatan dari 'active income' (bekerja secara fizikal) menjadi 'passive income' (pendapatan dari pelaburan).
Kebelakangan ini, kesedaran betapa pentingnya pelaburan makin tumbuh dikalangan masyarakat. Produk-produk insurans dan 'retirement plan' kian diterima. Kita semua dihantui bayangan suram tentang masa pencen yang tidak berdaya, tidak punya wang, dan gagal menikmati kehidupan yang diidamkan.
Amat tragis, kalau kita 'jatuh miskin' pada saat terbebas dari tekanan pekerjaan. Dulu kita mimpikan waktu lapang untuk menikmati hidup. Wang bukan masalah. Tapi ketika waktu lapang sudah tidak menjadi masalah, wang pula yang menjadi halangan.
Tapi tidak semua orang memiliki pilihan pelaburan yang ideal. Alih-alih ingin menikmati 'passive income' yang melebihi keperluan hidup, mereka yang bernasib kurang baik itu langsung terus sahaja kehilangan modal pelaburannya. Mereka menyisihkan sebahagian pendapatan untuk menabung & melabur. Mereka bersedia mengurangi kesenangan & kemewahan hidup demi masa depan yang lebih baik.
Dalam usaha kuat untuk menjadi kaya & makmur, mereka ternyata menjadi semakin miskin. Wang yang mereka asingkan dengan susah payah itu ternyata 'hilang tidak berbekas'. Pengorbanan mengurangkan perbelanjaan itu ternyata sia-sia! Mengapa? Sebab, mereka menempatkannya pada instrumen pelaburan yang kurang tepat.
Hakikat dari pelaburan pada prinsipnya, sama dengan menabung. Iaitu menyimpan nilai atau manfaat wang untuk digunakan suatu saat di masa depan. Itulah sebabnya, dalam ilmu ekonomi, I (investment) disamakan dengan S (saving).
Inshaallah, jika ada kelapangan di masa depan, (saya yakin akan diberikan peluang oleh-Nya), saya akan menggariskan satu rumus atau formula yang menyatakan hubung-kait antara Pendapatan, Perbelanjaan & Pelaburan (atau tabungan).
No comments:
Post a Comment