Friday, May 7, 2010

Kenaikan yang mengujakan!!

Salam emas!!

Berkali-kali saya ungkapkan bahawa kadar kenaikan emas setiap tahun puratanya mencecah 27%. Dan ini bukanlah omongan kosong, ia ternyata bersandarkan kepada faktual yang disokong kukuh oleh taburan data & graf oleh pemerhati-pemerhati 'gold performance' seantero dunia! Seringkali juga, khuatir jika angka 27% itu dikatakan keterlaluan & tidak mencapai kepercayaan pelanggan, saya turunkan menjadi hanya 20%. Itupun sudah cukup enak untuk membuat kesimpulan bahawa pelaburan emas memang sangat mengujakan & barangkali amat tipis untuk pelaburan-pelaburan lain yang bisa memberi pulangan seumpamanya! Dengan risiko tanggungan pelaburan yang boleh dikatakan minimal itu, tidak hairanlah emas saban hari semakin mendapat tempat di hati pelabur-pelabur yang umumnya tidak perlu punya ilmu yang tinggi untuk menguasai bidang emas ini. Rata-rata daripada mereka cuma punya wang simpanan, dan mereka tegar & yakin untuk menukar 'method' simpanan dari wang ringgit kepada menyimpan emas. Jarang sekali yang benar-benar memiliki keinginan untuk mengutip ilmu & pengetahuan tentang emas. Dan, amatlah jengkel juga jika saya katakan, kerana sebab inilah ramai pelabur-pelabur kaum kita yang sering tertipu (atau dengan lebih tepat istilahnya-memilih untuk ditipu) dengan skim-skim cepat kaya dan juga pelaburan-pelaburan yang tidak ada munasabah yang konkrit. Sudahnya, disalahkan orang lain sedangkan menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang!! Justeru itu, hingga saat jemari saya menari di 'keyboard' ini, diri masih terasa kerdil jika dibandingkan dengan tahap pengetahuan orang-orang berjaya di sekeliling.

Berbalik kita pada peratusan kenaikan tadi. Lewat pagi tadi, saya terpaku sejenak melihat harga di laman web Public Gold, yang mencatat kurang lebih RM137/gram. (angka ini saya dapat apabila membahagikan harga bar 100 gram untuk mendapat 'unit price per gram', sudah tentu jika makin kecil saiz bar tersebut, makin tinggi sedikit harga unit gramnya.). Langsung saya terbayangkan pelanggan-pelanggan yang membeli pada harga RM128/gram sedikit masa dahulu, tentu sekali mereka sudah mampu tersenyum seraya melihat kenaikan sebegini, walau di hati belum lagi terlintas untuk menjual jongkong masing-masing. Lalu saya terfikir, jika membeli pada Januari yang lalu sudah mendapat keuntungan kurang lebih RM9.00/gram , berapa pula laba yang dikumpul oleh pembeli-pembeli emas pada tarikh yang sama tahun lepas?

Langsung saya buka laman web http://goldprice.org , sebuah laman web yang merekodkan sejarah harga emas pasaran dunia sehingga 36 tahun terkebelakang! Hebat sekali ya teknologi zaman sekarang. Jika zaman saya masih dibangku sekolah, satu minggu bertapa dalam 'library' pun belum tentu saya dapat harga emas 36 tahun sudah!! Di bawah ini saya sertakan satu graf harga emas untuk satu tahun yang lepas.

1 year gold price per ounce

Dapat kita lihat,
Harga pada 6 Mei 2009 adalah USD 910/oz.
Harga pada 6 Mei 2010 adalah USD 1200/oz.

Setelah dihitung kira, kenaikan harga emas sepanjang tahun lepas adalah sebanyak 32% !!

Satu peratusan yang menggalakkan & memberi perangsang, jika bukan pada anda..sekurang-kurangnya saya & pelanggan-pelanggan saya sudah mampu tersenyum lebar. Mana lagi pelaburan yang dapat memberi pulangan sebegini, dengan risiko yang amat rendah? Teringat juga di saat yang sama pada ceramah yang diberikan oleh Dato' Salleh Majid, mantan Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur pada Januari lalu. Lihat sahaja pada gambar 'slide' bentangan daripada beliau ini;


Izinkan saya untuk menambah satu lagi bentuk pelaburan, iaitu 'Foreign Exchange' yang sudah diakui boleh memberi laba yang berlipat-kali ganda, namun Forex bukanlah semudah yang disangka. Pernah ia menjadi impian saya untuk diceburi & memang masih menjadi impian hingga kini, tetapi menceburinya saya ibaratkan, "jika kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga". Ilmu haruslah kukuh teguh bersarang didada, bukan hanya mengharapkan berani orang lain semata. Wang kita, biarlah kita yang mengawalnya, untung atau ruginya ia, biarlah kita yang memegang tanggungjawabnya. Seiring itu, tanpa ilmu & pengalaman, forex yang sepatutnya boleh menguntungkan bisa juga merugikan & memufliskan.
                  

No comments: