Monday, October 25, 2010

G20 Meeting - Mana Hala Tuju ??

Peristiwa "bersejarah" pada Sabtu lalu pada kiraan ramai pemerhati-pemerhati emas, mungkin akan memberi impak yang besar kepada harga emas dunia. Peristiwa tersebut adalah pertemuan para menteri kewangan & gabenor Central Bank & negara-negara kelompok G-20, yang bertempat di Gyeongju, Korea Selatan.

Conclusion atau hasil daripada mesyuarat tersebut, antara intipatinya adalah, pihak-pihak berkuasa kewangan dari negara-negara yang mewakili 85% kekuatan ekonomi dunia, telah sepakat untuk tidak melemahkan matawang masing-masing, atau yang inilah yang disebut-sebut sebagai Currency War.

Apabila permuafakatan ini benar-benar tulus & pasaran telah percaya akan 'keseriusan' para pemimpin-pemimpin dunia tersebut, maka dijangkakan-untuk sementara waktu-harga emas akan turun sedikit, atau paling tidak pun akan mendatar & tidak akan menunjukkan sebarang kenaikan yang mendadak dalam waktu terdekat ini. Mengapa? Pertama, kerana kekhuatiran yang nilai USD akan turun secara dramatik sudah agak reda sedikit. Kedua, apabila economy uncertainty berkurang, maka permintaan terhadap emas pun akan menurun sedikit.

Bagaimanapun, secara peribadi The GoldBanker berpendapat, kami masih menganggap ini sebagai ura-ura atau rumours dan belum pastinya ia menjadi suatu asas yang kukuh untuk meramalkan harga emas bagi pasaran akan datang, kerana ia bersifat sementara & tidak di dukung oleh faktor-faktor yang kukuh yang bersifat fundamental. Ianya lebih kepada bersifat seolah-olah cuba untuk mengaburi mata dengan mendepankan khabar-khabar gembira padahal dalamannya kesedihan yang nyata. Bahkan, jika berdasarkan pada signalnya yang tersendiri, saya melihat trend harga emas masih akan terus menaik dalam jangka masa sederhana mahupun jangka panjang oleh sebab faktor-faktor fundamental berikut:

Harga emas dunia pada masa ini dinilai dalam USD, jadi tinggi atau rendahnya harga emas itu bergantung pada daya beli USD itu sendiri. Dan, tinggi rendahnya USD pula bergantung pada keadaan ekonominya sendiri. Menteri Kewangan Amerika Syarikat sehingga kini masih juga berusaha keras menekan China agar menaikkan nilai tukar Yuan, kerana Amerika merasakan daya beli matawangnya masih lagi tinggi sehingga tidak kompetitif dalam perdagangan global khususnya dengan China.

Amerika juga hidup dalam hutang yang menimbun-nimbun yang besarnya 8 kali ganda GDP mereka. Mereka langsung tidak peduli dengan defisit & amat terkenal dengan pemerintahan yang boros. Tahun ini sahaja, Obama membelanjakan USD 3.5 Trillion untuk pelbagai program ciptaannya.

Apabila pengeluaran sesuatu negara tidak cukup untuk membayar hutangnya sendiri, sedangkan belanja kian terus meningkat, maka apa yang akan berlaku? "Tabiat" mencetak wang sesuka hati itu akan terus-terusan berlaku atau dari segi istilah investasinya dikenali sebagai Quantitative Easing

Terdahulu, mereka telah lakukan pada 2 tahun lepas sewaktu ingin mencegah negara itu daripada terus-terusan ke lembah krisis, dan keduanya, rata-rata para pemerhati dunia sepakat meramalkan mereka akan lakukan sekali lagi dalam waktu yang terdekat ini. Bila wang terus dicetak tanpa diseimbangkan dengan peningkatan ekonomi yang setara, pastilah nilai wang itu jatuh & harga barang-barang yang dibeli akan terus melonjak.

Justeru, KITA lah orang-orang yang sedar & boleh mengambil peluang di atas senario ini. Apabila rumour mengatakan harga emas akan jatuh sedikit selepas ini, maka saya merasakan inilah antara masa yang sesuai untuk kita membeli atau menambah tabungan emas kita. Atau, setidak-tidaknya, ini juga kesempatan yang patut diambil oleh pelabur-pelabur untuk mencabangkan atau "to diversify" aset-aset yang ada, bukan hanya bergantung harap pada aset matawang kertas semata tetapi seharusnya juga mengambil kira aset yang lebih stabil dan bebas dari pengaruh daya beli wang kertas.

Mungkin sesetengah daripada kita merasa bangga mempunyai tabungan dalam USD, bahkan turut memegang wang kertas fizikal USD, sejarah membuktikan bahawa daya beli USD terhadap emas terus menurun dan trend nya kelihatan seolah-olah akan terus menurun. Perhatikan graf di bawah & buat kiraan anda sendiri.

Seperti juga saya seringkali memberitahu pada dealer & customer saya, jika anda memiliki USD100 pada hari ini, 17 tahun akan datang nilainya hanya menjadi USD6. Untuk lebih jelas, contohnya jika sekarang anda beli set McD berharga USD6, 17 tahun akan datang, untuk set yang sama, anda perlu bayar USD100 !!!!

Maka......

"Wowwwwwww!!!!!!!" terkujat Tuan Husin Lempoyang mendengar Jamal Pak Tongko bercerita tentang USD & Emas ni..


Saturday, October 23, 2010

Bahagi harta pusaka dengan gold bar

Salam Emas

Salam hari minggu buat pembaca sekalian..Semoga di hari minggu ini kalian semua sedang berseronok-seronok hendaknya bersama keluarga tercinta. Bagi yang sudah menjadi ibu atau ayah, tentulah hari minggu yang paling dinantikan kerana inilah masanya kita berpeluang untuk menghabiskan masa bersama anak2 yg kaletahnya macam-macam. Harapan saya, janganlah seri hari minggu ini di'rai'kan dengan panas baran, dengan muka masam mencuka si ayah yang telah berpenat lelah mencari duit mengukuhkan ekonomi keluarga..senyumlah. Walau penat bagaimana sekalipun anda, bergurau sendalah dengan suami atau isteri jua anak-anak. Pupuklah kasih sayang sesama keluarga kerana saban hari kelihatan makin pupus cinta kasih suami isteri, makin lusuh kedengaran manja sayang anak dan ibu ayah. Semoga kita semua bukan tergolong dalam kumpulan ini..

Ok, kali ini saya ingin berkongsi satu cerita atau lebih dikatakan pengalaman menjual gold bar untuk dijadikan sebagai pembahagi harta pusaka atau lebih tepat lagi barang kemas warisan bonda.


Beberapa bulan yang lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada salah seorang pembaca blog ini yang ingin bertanya tentang pembelian gold bar..bagaimana & apa caranya. Cuma katanya, beliau ingin menjual barang kemas yang ada padanya & mahu ditukarkan kepada gold bar. Pada mulanya, saya mencadangkan pada beliau, tak perlu menjual barang kemas tersebut kerana layaknya itu adalah emas juga. Dan bila ia emas, ia tetap meningkat harganya. Saya sarankan untuk beliau simpan sahaja barang kemas itu & hanya menjual jika beliau memerlukan wang. Tetapi, katanya itu adalah barang kemas peninggalan arwah ibunya, dan kini menjadi kewajipannya untuk mengagihkan barang2 itu sesama adik-adik perempuannya yang lain.

Yang membuatkan fikirannya buntu, bagaimana cara yang terbaik untuk dia bahagikan barang2 tersebut kerana ada antaranya berupa rantai, gelang & cincin. Tambahan pula, berat & kualiti barang2 tersebut berbeza antara satu & yang lain. Contohnya, rantai beratnya lebih 70 gram dan dibuat dari emas 916, gelang pula ada yang emas 850 dan ada yang berat 30 gram ada juga yang 40 gram. Jadi, susah pada fikirannya untuk membahagi sama rata. Takkan lah nak dipotong rantai & gelang2 itu, dan mungkin juga nanti ada yang tidak berpuas hati memandangkan kualiti yang si A dapat tidak sebaik kualiti yang si B dapat.



(Dapat lihat kekeliruan di sini?)

Apa yang beliau fikir itu ada betulnya. Jadi, jika untuk tujuan yang dinyatakan itu, bolehlah beliau terlebih dahulu menjual barang2 kemas tersebut & wang yang diperolehi itu dapat digunakan untuk membeli gold bar, yang sama saiz sama berat sama kualiti, untuk dibahagi sama rata antara beliau & adik2.

Daripada barang yang sukar dibahagi sebegini,


Kepada sesuatu yang lebih senang untuk diagihkan,


Dan yang pastinya, pada hari itu, beliau akhirnya menjual barang kemasnya yang sebanyak hampir setengah kilogram itu pada kami kerana harga yang kami tawarkan ternyata lebih tinggi daripada harga Poh Kong.

Kesudahan daripada urusniaga di atas,
::The GoldBanker senyum
::Customer pun senyum
::Adik2 customer pun senyum juga..

Ini baru adil !!!!!



Sunday, October 17, 2010

Analisa Untung dari Emas

Salam Emas

Saya ingin memberi satu contoh analisa keuntungan daripada belian goldbar salah seorang customer saya. Berikut adalah belian beliau :

6/3/2010
3 keping 100g Public Gold pada harga RM13,078 sekeping = RM39,234

19/3/2010
1 keping 100g Public Gold pada harga RM13,211.00 = RM13,211

20/3/2010
1 keping 100g Public Gold pada harga RM13,022 = RM13,022

12/9/2010
1 keping 100g Pamp Suisse pada harga RM12,700 = RM12,700

Kesemua jumlah pelaburan beliau adalah RM78,167.

Pada hari ini, 17/10/2010, sekiranya beliau ingin menjual goldbar tersebut, harga belian 100g Public Gold pada hari ini ialah RM14,563.

5 keping x RM14,563 = RM72,815.

Manakala harga belian Pamp Suisse pada hari ini ialah RM13,300.

1 keping x RM13,300 = RM13,300.

Jumlah jualan balik goldbar2 beliau (pada hari ini) ialah RM86,115.

Berapa keuntungan yang beliau perolehi?
RM86,115 - RM78,167 = RM7,948.00 !!!!

Jika dalam kiraan peratusan pulangan, ini adalah sebanyak 10% dalam masa hanya 7 bulan!!


Jika dikira berasingan, keuntungan daripada goldbar Public Gold sahaja adalah sebanyak RM7,348 iaitu 11% dalam masa 7 bulan.

Daripada kiraan Pamp Suisse pula, keuntungan beliau adalah RM600 iaitu hampir 5% dalam masa hanya 1 bulan!!!!

Nah, sekarang anda fikir sendiri & nilaikan apakah masih menaruh harapan pada ASB yang hanya memberi pulangan 7% setahun (itupun jika anda tidak usik simpanan selama setahun) atau inginkah anda terus-terusan menyimpan duit/currency yang nilainya akan jatuh?

Jadilah pelabur yang bijak!! Kira & rancang masa depan anda sementara belum terlambat!

Boleh kaya ke dengan menjual emas?

Salam Emas

Antara soalan yang saya dapat, saya tertarik pada satu soalan daripada Encik Amir dari Kelantan. Dia bertanya pada saya, "Secara jujurnya, saya mahu puan beritahu saya, boleh kah jadi kaya dengan menjadi dealer menjual emas ini?"

Sekali dengar, soalan beliau seakan ugutan pada saya..hehe. Tapi, saya rasakan beliau orang yang bijak & tak suka berselindung.

Jawapan saya:

Kaya atau tidak, itu urusan Allah swt. Namun, kita sebagai hambanya, semestinya yakin bahawa Allah itu Maha Pemurah & Maha Pemberi Rezeki. Berusaha untuk mencapai ketinggian dalam taraf ekonomi hidup, itu adalah usaha & kewajipan kita. Satu ikhtiar yang perlu ada dalam setiap diri insan. Justeru, jawapan pada soalan di atas amat subjektif. Namun, saya akan gariskan jawapannya bersandarkan pada logik.

Berdaftar sebagai agent/dealer kepada Public Gold boleh memberi pendapatan tambahan. Tapi, tidak semudah yang disangka ramai. Dengan agihan komisyen sebanyak 1.5% bagi Normal Dealer dan 2% kepada Master Dealer, anda memerlukan satu volume jualan yang bukan sedikit untuk mendapat komisyen yang banyak. Bayangkan, dengan jualan 100gram berharga RM15,329.00 anda baru layak menerima komisyen sebanyak RM230 bagi Normal Dealer dan RM307 bagi Master Dealer. Mungkin cukup bagi sekeping 100gram, tetapi kebiasaannya anda tidak menerima order 100gram setiap hari, mungkin hanya 1 atau 2 kali sebulan, bergantung kepada kumpulan "target market" anda.

Selain komisyen "direct sale", jika anda seorang Master Dealer, anda boleh "specialise" kan usaha anda dalam  "Dealer Recruitment Technique". Untuk Master Dealer yang sudah established seperti Saudara Syukor Hasyim & Pokli (sekadar menyebut beberapa nama), teknik ini amat memberi pulangan yang baik. Pokli sebagai contoh, sudah mempunyai agent seramai lebih 100 orang & setiap jualan agent dibawahnya rangkainnya, Pokli akan mendapat "overriding" sebanyak 0.5%. Tetapi, jangan memandang pada manisnya sahaja. Harus diingat, mungkin antara 100 orang itu, hanya beberapa kerat sahaja yang betul2 aktif menjual. Namun begitu, mempunyai rangkaian network yang besar, amat bagus dalam perniagaan ini.
Selain daripada yang telah disebut di atas, dealer juga layak mendapat komisyen daripada "buyback", atau belian balik daripada customer. Sekiranya anda membuat belian balik & terus "tolak" kepada syarikat, (menjual balik kepada Public Gold) , anda mendapat komisyen sebanyak 0.2%. Tetapi, cara yang lebih menguntungkan, anda buat belian balik tersebut (pada harga BUY), dan anda "hold" sementara ada pembeli lain yang anda akan jual pada harga SELL. Untung daripada "spread" itu adalah milik anda, dan lazimnya jumlah keuntungan boleh mencecah sehingga 5-6%. Untuk teknik ini, anda perlu ada sedikit cash reserve untuk anda pusingkan sebelum mendapat pembeli lain. Namun, jika jaringan network anda besar & bagus, anda tidak akan menghadapi masalah mencari pembeli.

Setelah lebih kurang setahun, TGB merasakan dengan cara & teknik di atas boleh buat duit, tetapi ada cara lain yang lebih mendatangkan keuntungan. 

::BELIAN BALIK BARANG KEMAS TERPAKAI::

Alhamdulillah, The GoldBanker telah melangkah setapak lagi dalam arena emas dengan menjadi agent membeli barang kemas terpakai & surat pajak. Proses urusniaga ini saya kira adalah Win-Win Solution antara saya & penjual barang kemas tersebut kerana harga yang saya tawarkan kebiasaannya lebih tinggi daripada kedai emas yang selalunya mengambil kesempatan di atas keadaan orang yang terdesak untuk mendapatkan cash.

Sebagai contoh, baru-baru ini saya membeli barang kemas daripada seorang kenalan sebanyak lebih 400gram. Sebelum saya memberi harga pada beliau, saya meminta dia buat sedikit survey di kedai2 emas. Barang kemas beliau dibeli di Poh Kong, dan paling tinggi nilai yang dia dapat adalah di Poh Kong sendiri iaitu sebanyak RM30,000. Sudahnya, dia memilih untuk menjual barang kemas tersebut kepada saya, kerana harga saya jauh lebih tinggi iaitu RM45,000. (RM15,000 lebih tu bukan sedikit!!!!).

Dan, ingin saya katakan, untung dalam belian balik barang kemas ini bolehlah dikira lumayan kerana saya akan tolak pada wholesaler pada harga yang lebih tinggi sedikit. Tapi, bergantung juga pada berat timbangan barang kemas tersebut. Contohnya, jika saya ambil untung hanya RM3/gram, saya sudah dapat RM1200 dalam hanya satu transaksi.  Penjual tetap terima harga itu, kerana jika dibandingkan dia menjual pada kedai emas, harga jauh lebih rendah. Inilah yang dikatakan Win-Win Solution. Dan, saya terkejut juga bila saya dapati, agak ramai juga yang nak jual barang kemas mereka, samada untuk ditukar kepada corak yang lain atau kerana kebutuhan cash.

Saya kongsikan cara & peluang ini kepada Dealer2 di bawah rangkaian saya, bagi yang ingin tahu. Kerana pokok pangkalnya, jika anda mahu barulah anda dapat!!



Kembali mewarnai di dada tulisan

Salam Emas

Mohon dimaafi atas penyepian The Goldbanker (TGB)  di arena penulisan selama beberapa bulan kebelakangan ini. Bukanlah bermakna TGB terus-terusan sunyi daripada urusniaga emas, bahkan jutaan syukur ke hadrat Illahi Rabbi atas segala kurnian-Nya yang tidak pernah putus ke atas  kami, bukan sahaja rezeki berupa pendapatan tambahan malah ilmu yang tak henti-henti diilhamkan kepada kami itu sangat2 berguna & tiada tara harganya. Setelah hampir setahun TGB dalam arena emas, Alhamdulillah, walaupun jauh sekali untuk digelar "expert", namun sekurang-kurangnya TGB sentiasa perolehi ilmu2 baru & pengetahun yang semakin meluas dalam industri emas, khususnya di Malaysia. Perumpamaan "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" benar2 menunjukkan buktinya.

Selama 'kehilangan' TGB di dada maya, Alhamdulillah, jualan goldbar sentiasa ada. Sedikit atau banyak, itu lumrah alam. Syukur, kerana makin hari makin ramai yang sedar & dapat membedakan mana satu "wang yang sebenar" atau "what the real money is". TGB sentiasa bersemangat untuk menjelaskan segala kemusykilan tentang emas pada masyarakat sekeliling. Untuk itu, belian sekecil 1 Dinar dilayan setaraf dengan belian 1 kg goldbar, malahan jika "potential customer" ingin bertemu 2 mata sekadar untuk bertanya tentang pelaburan emas, juga tak ditolak oleh kami, Inshaallah.

Ekoran daripada artikel Public Gold yang telah dipaparkan dalam akhbar Harian Metro pada 23 September yang lalu, saya mendapat banyak panggilan berkenaan emas. Walaupun mungkin tidak sebanyak yang diterima Jutawan Emas & Pokli, tapi bagi saya yang baru setahun jagung berkecimpung ini, itu sudah cukup  menggalakkan.


Nama saya pada testimoni ke-5 (Noorzilawati bt Menong)

Sehingga ke hari ini, saya masih mendapat panggilan emas, dan entah mengapa, antara panggilan2 itu, ramai yang datangnya dari Johor. Saya kira mungkin orang2 Johor sudah 'terjangkit' semangat 'berbisnes' orang Singapore agaknya. Itu satu kesedaran yang amat baik. Tahniah pada orang2 Johor.

Daripada panggilan2 tersebut, amat sedikit bilangannya datang dari orang yang sudah ada pengetahuan tentang pelaburan emas. Rata-rata benak fikirnya masih kosong & tercari-cari apa itu pelaburan emas, bagaimana ia dikatakan lebih baik & mampu menjana pulangan pelaburan yang tinggi. Ramai juga, bahkan hampir kesemuanya kedengaran tidak tahu & sedar tentang "the real market of gold investment, particularly in Malaysia". Ramai juga yang nampaknya lebih suka duduk diam & mengharapkan orang lain untuk menguruskan pelaburan mereka. Maaf saya katakan, inilah punca sebenar ramai antara kita, orang Melayu khususnya yang ketinggalan dalam menjana keuntungan dalam pelaburan, apa jua jenis pelaburan. Sikap tidak ingin ambil tahu, tidak ingin menimbal ilmu dengan sendiri, adalah sebab mengapa kita sering ditipu oleh kononnya "wealth advisor" yang bertanggungjawab melaburkan wang bagi pihak pelabur. Kerana hal yang sedemikian jugalah, sering kita dengar rungutan, "saya melabur RM300,000 dalam skim X, 3 tahun hanya dapat RM300 sahaja. Tak berbaloi sungguh menunggu!". Paling sedih, jangankan laba, rugi lagi yang dapat. Jangan dulu menuding jari, pandang dalam diri sendiri. Apa silapnya.


PENDEKATAN BARU OLEH THE GOLDBANKERS (BANK EMAS)

Bukan cuba lari dari tanggungjawab, tetapi sudah sampai masanya kami merasakan orang kita harus berani memilih & membuat keputusan dengan sendiri. Bukan diarah untuk memilih masa depan sendiri. At the end of the day, profit or loss, it is YOU who will get it. Justeru, saya & suami telah sepakat untuk menerangkan situasi sebenar tentang pelaburan emas dalam konteks Malaysia kepada pembeli & bakal pembeli emas. Secara hakikatnya, inilah tugas saya iaitu mendidik masyarakat tentang pentingnya pelaburan emas untuk masa depan & menerangkan kondisi2 sebenar dalam arena ini supaya pembeli tahu & boleh membuat perbandingan sendiri serta pilihan yang tepat sebelum membeli.

::TELL THE TRUTH::
::LET CUSTOMER TO DECIDE::
::LET THEM TO TAKE RESPONSIBILITY IN THEIR INVESTMENT::

Bagi pelabur yang bijak & tidak hanya mengikut trend, mereka akan bertanya, 
  • Apa sebenarnya the real gold market in Malaysia?
  • Mengapa ada banyak harga emas yang berbeza, kedai emas, Public Gold, di televisyen dsbgnya.
  • Apa pilihan yang saya ada andaikata Public Gold tutup?
Makin banyak anda membaca, akan keluar lebih banyak soalan2 cepu emas yang kadangkala tak terjawab oleh Dealer2 ini.

Inshaallah, di lain lembaran, saya akan kongsikan beberapa perkara asas yang penting anda tahu sebelum melabur dalam emas.

Jadilah pelabur emas yang bijak!