Saturday, October 23, 2010

Bahagi harta pusaka dengan gold bar

Salam Emas

Salam hari minggu buat pembaca sekalian..Semoga di hari minggu ini kalian semua sedang berseronok-seronok hendaknya bersama keluarga tercinta. Bagi yang sudah menjadi ibu atau ayah, tentulah hari minggu yang paling dinantikan kerana inilah masanya kita berpeluang untuk menghabiskan masa bersama anak2 yg kaletahnya macam-macam. Harapan saya, janganlah seri hari minggu ini di'rai'kan dengan panas baran, dengan muka masam mencuka si ayah yang telah berpenat lelah mencari duit mengukuhkan ekonomi keluarga..senyumlah. Walau penat bagaimana sekalipun anda, bergurau sendalah dengan suami atau isteri jua anak-anak. Pupuklah kasih sayang sesama keluarga kerana saban hari kelihatan makin pupus cinta kasih suami isteri, makin lusuh kedengaran manja sayang anak dan ibu ayah. Semoga kita semua bukan tergolong dalam kumpulan ini..

Ok, kali ini saya ingin berkongsi satu cerita atau lebih dikatakan pengalaman menjual gold bar untuk dijadikan sebagai pembahagi harta pusaka atau lebih tepat lagi barang kemas warisan bonda.


Beberapa bulan yang lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada salah seorang pembaca blog ini yang ingin bertanya tentang pembelian gold bar..bagaimana & apa caranya. Cuma katanya, beliau ingin menjual barang kemas yang ada padanya & mahu ditukarkan kepada gold bar. Pada mulanya, saya mencadangkan pada beliau, tak perlu menjual barang kemas tersebut kerana layaknya itu adalah emas juga. Dan bila ia emas, ia tetap meningkat harganya. Saya sarankan untuk beliau simpan sahaja barang kemas itu & hanya menjual jika beliau memerlukan wang. Tetapi, katanya itu adalah barang kemas peninggalan arwah ibunya, dan kini menjadi kewajipannya untuk mengagihkan barang2 itu sesama adik-adik perempuannya yang lain.

Yang membuatkan fikirannya buntu, bagaimana cara yang terbaik untuk dia bahagikan barang2 tersebut kerana ada antaranya berupa rantai, gelang & cincin. Tambahan pula, berat & kualiti barang2 tersebut berbeza antara satu & yang lain. Contohnya, rantai beratnya lebih 70 gram dan dibuat dari emas 916, gelang pula ada yang emas 850 dan ada yang berat 30 gram ada juga yang 40 gram. Jadi, susah pada fikirannya untuk membahagi sama rata. Takkan lah nak dipotong rantai & gelang2 itu, dan mungkin juga nanti ada yang tidak berpuas hati memandangkan kualiti yang si A dapat tidak sebaik kualiti yang si B dapat.



(Dapat lihat kekeliruan di sini?)

Apa yang beliau fikir itu ada betulnya. Jadi, jika untuk tujuan yang dinyatakan itu, bolehlah beliau terlebih dahulu menjual barang2 kemas tersebut & wang yang diperolehi itu dapat digunakan untuk membeli gold bar, yang sama saiz sama berat sama kualiti, untuk dibahagi sama rata antara beliau & adik2.

Daripada barang yang sukar dibahagi sebegini,


Kepada sesuatu yang lebih senang untuk diagihkan,


Dan yang pastinya, pada hari itu, beliau akhirnya menjual barang kemasnya yang sebanyak hampir setengah kilogram itu pada kami kerana harga yang kami tawarkan ternyata lebih tinggi daripada harga Poh Kong.

Kesudahan daripada urusniaga di atas,
::The GoldBanker senyum
::Customer pun senyum
::Adik2 customer pun senyum juga..

Ini baru adil !!!!!



1 comment:

Jaja said...

salam TGB,
alhamdulillah dan terima kasih :-)