Salam Emas
Antara soalan yang saya dapat, saya tertarik pada satu soalan daripada Encik Amir dari Kelantan. Dia bertanya pada saya, "Secara jujurnya, saya mahu puan beritahu saya, boleh kah jadi kaya dengan menjadi dealer menjual emas ini?"
Sekali dengar, soalan beliau seakan ugutan pada saya..hehe. Tapi, saya rasakan beliau orang yang bijak & tak suka berselindung.
Jawapan saya:
Kaya atau tidak, itu urusan Allah swt. Namun, kita sebagai hambanya, semestinya yakin bahawa Allah itu Maha Pemurah & Maha Pemberi Rezeki. Berusaha untuk mencapai ketinggian dalam taraf ekonomi hidup, itu adalah usaha & kewajipan kita. Satu ikhtiar yang perlu ada dalam setiap diri insan. Justeru, jawapan pada soalan di atas amat subjektif. Namun, saya akan gariskan jawapannya bersandarkan pada logik.
Berdaftar sebagai agent/dealer kepada Public Gold boleh memberi pendapatan tambahan. Tapi, tidak semudah yang disangka ramai. Dengan agihan komisyen sebanyak 1.5% bagi Normal Dealer dan 2% kepada Master Dealer, anda memerlukan satu volume jualan yang bukan sedikit untuk mendapat komisyen yang banyak. Bayangkan, dengan jualan 100gram berharga RM15,329.00 anda baru layak menerima komisyen sebanyak RM230 bagi Normal Dealer dan RM307 bagi Master Dealer. Mungkin cukup bagi sekeping 100gram, tetapi kebiasaannya anda tidak menerima order 100gram setiap hari, mungkin hanya 1 atau 2 kali sebulan, bergantung kepada kumpulan "target market" anda.
Selain komisyen "direct sale", jika anda seorang Master Dealer, anda boleh "specialise" kan usaha anda dalam "Dealer Recruitment Technique". Untuk Master Dealer yang sudah established seperti Saudara Syukor Hasyim & Pokli (sekadar menyebut beberapa nama), teknik ini amat memberi pulangan yang baik. Pokli sebagai contoh, sudah mempunyai agent seramai lebih 100 orang & setiap jualan agent dibawahnya rangkainnya, Pokli akan mendapat "overriding" sebanyak 0.5%. Tetapi, jangan memandang pada manisnya sahaja. Harus diingat, mungkin antara 100 orang itu, hanya beberapa kerat sahaja yang betul2 aktif menjual. Namun begitu, mempunyai rangkaian network yang besar, amat bagus dalam perniagaan ini.
Selain daripada yang telah disebut di atas, dealer juga layak mendapat komisyen daripada "buyback", atau belian balik daripada customer. Sekiranya anda membuat belian balik & terus "tolak" kepada syarikat, (menjual balik kepada Public Gold) , anda mendapat komisyen sebanyak 0.2%. Tetapi, cara yang lebih menguntungkan, anda buat belian balik tersebut (pada harga BUY), dan anda "hold" sementara ada pembeli lain yang anda akan jual pada harga SELL. Untung daripada "spread" itu adalah milik anda, dan lazimnya jumlah keuntungan boleh mencecah sehingga 5-6%. Untuk teknik ini, anda perlu ada sedikit cash reserve untuk anda pusingkan sebelum mendapat pembeli lain. Namun, jika jaringan network anda besar & bagus, anda tidak akan menghadapi masalah mencari pembeli.
Setelah lebih kurang setahun, TGB merasakan dengan cara & teknik di atas boleh buat duit, tetapi ada cara lain yang lebih mendatangkan keuntungan.
::BELIAN BALIK BARANG KEMAS TERPAKAI::
Alhamdulillah, The GoldBanker telah melangkah setapak lagi dalam arena emas dengan menjadi agent membeli barang kemas terpakai & surat pajak. Proses urusniaga ini saya kira adalah Win-Win Solution antara saya & penjual barang kemas tersebut kerana harga yang saya tawarkan kebiasaannya lebih tinggi daripada kedai emas yang selalunya mengambil kesempatan di atas keadaan orang yang terdesak untuk mendapatkan cash.
Sebagai contoh, baru-baru ini saya membeli barang kemas daripada seorang kenalan sebanyak lebih 400gram. Sebelum saya memberi harga pada beliau, saya meminta dia buat sedikit survey di kedai2 emas. Barang kemas beliau dibeli di Poh Kong, dan paling tinggi nilai yang dia dapat adalah di Poh Kong sendiri iaitu sebanyak RM30,000. Sudahnya, dia memilih untuk menjual barang kemas tersebut kepada saya, kerana harga saya jauh lebih tinggi iaitu RM45,000. (RM15,000 lebih tu bukan sedikit!!!!).
Dan, ingin saya katakan, untung dalam belian balik barang kemas ini bolehlah dikira lumayan kerana saya akan tolak pada wholesaler pada harga yang lebih tinggi sedikit. Tapi, bergantung juga pada berat timbangan barang kemas tersebut. Contohnya, jika saya ambil untung hanya RM3/gram, saya sudah dapat RM1200 dalam hanya satu transaksi. Penjual tetap terima harga itu, kerana jika dibandingkan dia menjual pada kedai emas, harga jauh lebih rendah. Inilah yang dikatakan Win-Win Solution. Dan, saya terkejut juga bila saya dapati, agak ramai juga yang nak jual barang kemas mereka, samada untuk ditukar kepada corak yang lain atau kerana kebutuhan cash.
Saya kongsikan cara & peluang ini kepada Dealer2 di bawah rangkaian saya, bagi yang ingin tahu. Kerana pokok pangkalnya, jika anda mahu barulah anda dapat!!
No comments:
Post a Comment