Tuesday, January 26, 2010

Unit Ukuran Emas

Salam..

Saya sering ditanya tentang unit2 ukuran lama emas seperti mayam, tahil dan sebagainya, terutama jika berdepan dengan makcik2 atau nenek2 penggemar emas. Lazimnya memang K.O.O.L (Kumpulan Orang Orang Lama) memang suka pada emas, salah satu sebabnya adalah mereka telah hidup lama & telah berpengalaman merasai sendiri kenaikan harga emas dari tahun2 lampau.

Bila mereka sebut ukuran2 lama itu, saya & suami terus ternganga..Nak buat macam mana, kami hidup zaman unit S.I, dah tak pakai unit2 lama tu. Jadi, saya telah buat sedikit carian tentang unit2 ukuran lama & inilah persamaan2 nya dengan unit yang kita pakai sekarang, iaitu Gram.



Nama lama bagi jenis-jenis emas:

  •     Emas Se Amas = 2.551 gm
  •     Emas Se Rial =2.70 gm
  •     Emas Se Kupang = 0.64 gm
  •     Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
  •     Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
  •     Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
  •     Emas 1 Mayam = 3.37 gm
Unit Timbangan Lama
  • 16 Tahil = 1 Kati
  • 1 Kati = 600 Gram
  • 100 Kati = 1 Pikul
  • 1 Pikul = 60.48 kg


No comments: