Monday, February 8, 2010

Kenapa Emas???

Salam..

Jom kita serius2 sikit pasal pelaburan emas ni..hehhe..Kita tengok kenapa bukan kita di Malaysia sahaja yg duk sibuk dgn pelaburan emas, tetapi Asia malah dunia juga gamat memperkatakannya. Dan sekiranya anda masih berkira2 untuk melabur dalam emas, dan merasakan seolah-olah 'sukar' untuk berkata 'YA', saya akan gariskan beberapa faktor/sebab di sini, "kenapa emas" yg kita cari?


Ulasan ttg Gold Investment Market
Pelaburan emas di seluruh dunia telah berkembang pesat sejak 5 tahun lepas, cuma bila dibandingkan dgn keseluruhan saham2 kewangan yang lain, pelaburan dlm jongkong emas ni adalah hanya sebahagian kecil.

Permintaan drpd Pelaburan Emas 
Jualan drpd barang kemas di seluruh Asia kini makin meningkat ekoran drpd berkembangnya ekonomi tempatan di Asia & peningkatan pelaburan2 swasta. di China shj, permintaan dlm gold investment ini meningkat sebanyak 20% pada tahun 2007, manakala pengguna di India mencatatkan rekod belian brg kemas sebyk 900 tan, ini dah kira lebih kurang 1 perlima drpd keseluruhan pasaran dunia!

Sepanjang tempoh dua suku pertama tahun 2009, permintaan emas drpd pengguna di China telah melebihi India, iaitu berjumpah 194.8 tan, bersamaan 18.7% drpd jumlah permintaan dunia. Pada masa yang sama, permintaan di India pula berjumlah 126.7 tan, bersamaan 12.1% darpd jumlah permintaan dunia.


Pembeli emas di Asia kebanyakkannya beranggapan yang barang kemas perhiasan diri adalah sebagai satu bentuk pelaburan emas. Kerana itulah, bentuk emas perhiasan yang paling popular di Asia - rantai kasar & rantai tangan- dikenali sebagai "barang kemas pelaburan" dalam industri emas di asia. Dahulunya, mereka agak 'reluctant' untuk memiliki jongkong emas, sehinggalah kebelakangan ini barulah mereka mula berjinak-jinak membeli  emas fizikal dalam bentuk jongkong, bertujuan untuk memelihara wang simpanan daripada kesan inflasi & "kejutan matawang".

Hasil perlombongan gagal memenuhi permintaan pelaburan emas.
Syarikat2 perlombongan emas di seluruh dunia kini semakin sukar/hampir gagal untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi drpd pembeli emas perhiasan & pelabur2 emas, dan ini adalah punca utama harga emas telah meningkat sepanjang masa di seluruh dunia.

Negara No.1 pengeluar/pelombong emas dunia, South Africa, mengatakan yang hasil perlombongan negaranya telah berkurang sebanyak separuh sejak 1998, dan operasi2 baru di China & Rusia-walaupun meningkat-tetapi masih juga gagal untuk mengisi permintaan yang semakin tinggi itu.


Mengikut kata konsultan2 di "Virtual Metals", jumlah hasil perlombongan emas dunia telah jatuh sebanyak 4%, sejak 2003. Pakar analisis pelaburan emas mereka juga tidak mengjangkakan peningkatan hasil perlombongan dalam masa terdekat.

Pelaburan Emas vs. Kejatuhan USD
Sewaktu nilai USD mengalami kejatuhan, pelaburan emas telah melonjak naik dengan cepatnya dalam semua matawang utama dunia.


Dalam masa 5 tahun sehingga 2008, pembelian EURO seluruh dunia untuk melindungi status ekonomi negara masing2 drpd akibat kejatuhan USD, telah meningkat sebanyak 47%. Pelaburan emas pula, on the other hand, meningkat 131%.

British, Australian, South African dan Indian yang melabur dalam emas pada tahun 2007, semuanya seronok apabila harga emas melonjak & sentiasa merekodkan harga tinggi, sepanjang masa.



Bila inflasi mengancam, Pelaburan Emas terus bersinar.
Kenaikan harga minyak mentah telah hampir setara dengan kenaikan dalam harga emas sejak 2003, tetapi di samping itu kenaikan harga dalam makanan dunia, logam2 utama seperti copper & kos penghantaran yang sentiasa mencatat kenaikan harga yang tinggi, juga perlu diambil kira.

Permintaan barang2 yang semakin meningkat drpd pengguna2 Asia adalah salah satu punca kenaikan harga komoditi2 ini. Tetapi, kebanyakkan penganalisis pelaburan emas juga sepakat menuding jari kepada peningkatan yang tinggi dalam hutang & kredit di Barat, juga merupakan faktor yg besar.


"Money Supply" di US telah berganda sejak 7 tahun lepas. Di Eropah, peningkatan dalam "money supply" yang mencecah hampir 30 tahun rekod pada akhir tahun 2007, menyebabkan bertambahnya permintaan pada pelaburan emas, kerana nilai setiap circulated Euro terancam untuk mengecil disebabkan lebihan duit2 kertas & baki2 dalam akaun elektronik.

Pelaburan Emas: Antidot kepada masalah kelalaian hutang yang kompleks
"Inovasi kewangan sejak beberapa tahun yang lepas telah menjadi sangat kuat & berkuasa," kata Gilles Gilcenstein, Ketua Pengurusan Harta di BNP Paribas, pada lewat tahun 2006. Kini, kita dapat melihat "bubles" dalam pelaburan2 yang kompleks yang seakan-akan "memakan diri sendiri".

Global Credit Crunch mula2 'mencengkam' apabila syarikat2 seperti MBS (Mortgage-backed Security), CDOs (Collaterized Debt Obligation), CDS (Credit Default Swap) dan ABCP (Asset-backed Commercial Paper), tiba2 menjadi "muram" selepas pasaran mortgage Amerika merudum jatuh.

Instrument2 ini berkembang dalam keadaan "opaque" & "off-balance-sheet" hasil drpd kejuruteraan kewangan moden.

Kerana itulah, ketelusan atau 'tranparency' adalah penting. Dunia moden kini mempunyai "audited accounts", "open exchanges" dan syarikat2 "public" atas satu sebab yang bagus: kerana generasi terdahulu sudah sedia faham apabila sesuatu pelaburan tidak lagi terbuka & transparent, dan bertukar kepada "persetujuan rahsia", kontrak yang kompleks & bonus eksekutif2 besar, maka sewaktu itu pelabur2 awam lah yang kebiasaannya ditipu. Ketelusan (transparency) akan membantu menghentikan masalah2 ini daripada berlaku.


KESIMPULAN: Secara perbandingan keseluruhan dalam pertumbuhan pesat pasaran sekuriti moden, pelaburan emas kekal dianggap "tersendiri, independent & straight-forward - dijalankan dengan cara yang betul- very transparent."

Pelaburan emas yang solid menghindarkan kita daripada risiko2 kelalaian kredit atau kegagalan sistem perbankan.


No comments: