Thursday, February 4, 2010

Ulasan coretan Ust Zaharuddin & pendapat peribadi The GoldBankers

a) Matawang mestilah hanya sebagai perantara bagi tranksaksi jualbeli komoditi sebenar sahaja dan ia sendiri BUKAN komoditi.


Benar. Pada waktu sesuatu item telah diangkat sebagai matawang sesuatu negara, maka ia bukanlah komoditi dan hanya sebagai perantara bagi transaksi jual beli brg2 keperluan harian rakyatnya. Dalam kes ini, jika item tersebut telah dijadikan secara rasminya sebagai "legal tender" sesebuah negara, maka tidak boleh diperdagangkan matawang tersebut. Ini yang saya faham daripada ayat Ust.Zaharuddin di atas. Dalam konteks EMAS atau DINAR, pada waktu sekarang, ia adalah bukan "legal tender" mana-mana negara sekalipun. Cuma, sejarahnya ia adalah matawang pada zaman Rasulullah. Jadi, menjual & membeli emas atau dinar pada waktu sekarang, yakni pada waktu ia belum secara rasminya dilabel sebagai matawang, sesiapa pun boleh membeli emas jua dinar sebagai simpanan ataupun pelaburan kerana hakikatnya, selagi ia bukan matawang, ia adalah komoditi. Dan membeli serta menjual komoditi, secara buy low sell high, adalah dibenarkan.


b) Matawang mesti menjadi panduan ukuran nilai sesuatu barang keperluan.


Betul. Dalam kes ini, matawang yang dimaksudkan adalah Ringgit Malaysia dalam konteks negara kita & USD/EURO (dan sebagainya) dalam konteks negara luar & perdagangan antarabangsa antaranegara. Pada ketika emas dan dinar belum dijadikan matawang rasmi, nilainya tetap bergantung kepada nilai RM (apabila di'liquid'kan kepada RM, dan nilainya berada dalam USD bila di'liquid'kan kepada USD). Pada ketika ia diangkat menjadi matawang, nilainya adalah nilai dinar. Pada zaman Rasulullah, harga kambing adalah 1 Dinar, tanpa umum mengetahui apa nilai Dinar tersebut kerana masih tiada RM atau USD. Mahar, sebagai contoh, mungkin hanya disebut 100 keping wang emas/dinar, perbandingannya hanyalah 1 keping, 2 keping hingga beratus keping. Hanya itu yg menjadi perbandingan sedikit & banyaknya harga sesuatu barang. Kerana itu, Dinar tidak dijual beli kerana orang tak tahu bagaimana utk mengukur naik atau turun nilai dinar tersebut.


ZAR: Atas sebab itu, hatta jika hari ini kita sibuk menginginkan emas untuk dijadikan matawang, namun dengan sikap dan attitude yang menggangap matawang sebagai komoditi, emas dan perak itu sendri pun akan gagal berfungsi sebagai matawang yang diinginkan oleh Islam.


Kami tak menganggap matawang sebagai komoditi, tetapi emas & perak yg masih belum dijadikan matawang, adalah komoditi. Kerana itu, kami memang inginkan emas & perak dijadikan matawang, dan untuk tujuan itulah, kami menjual & membeli emas dari sekarang, sebagai persediaan sekiranya suatu hari nanti ia dijadikan matawang, dan juga sebagai pelaburan untuk menyimpan nilai kekayaan. Seperti juga kopi,gandum yg dianggap komoditi pada hari ini, jika (sekiranya lah dah takde benda lain..) kopi dijadikan matawang, sudah tentu ia takkan diperdagangkan. 


ZAR: Justeru, janganlah ada yang menyangka bahawa system kewangan Islam akan hanya menjadi benar-benar Islam apabila menggunakan emas dan perak sebagai matawang. Tidak semudah itu. Malah dengan fiat money ini juga system kewangan Islam mampu dicapai jika regulasi dan pengurusan matawang berjaya direfomasikan kepada cara yang betul, sama ada cara ia dikeluarkan, edaran, kawalan dan penggunaannya.


Saya rasa, yang dimaksudkan oleh Ust.Zaharuddin di sini ialah wang kertas, bukan fiat money..kerana dengan adanya fiat money lah, maka matawang sekarang dengan senangnya diperdagangkan oleh orang2 yang tak bertanggungjawab. Dengan fiat money lah, berlakunya manipulasi wang oleh jaguh2 matawang dunia. 



ZAR: Lebih menyedihkan, di ketika laungan dan desakan untuk mengembalikan emas dan perak sebagai matawang dipukul canang oleh sebahagian umat Islam, individu yang sama juga kelihatan sibuk memperdagangkan emas dan menjadikannya sebagai sebagai bahan pelaburan. Mereka sibuk membeli emas dalam bentuk jongkong yang dijual oleh Public Bank, Maybank melalui akaun pelaburan emasnya, atau melalui syarikat-syarikat lain untuk disimpan dan kemudian dijual bagi memperolehi untung atas perbezaaan hari ini dan masa hadapan. Kemudian mereka menggembar-gemburkan kononnya melabur dalam emas adalah Islamik dan menepati Islam.

Hakikatnya itu adalah dakwaan terseleweng mereka, ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majority ilmuan Islam.

Memang benar, walaupun secara kontraknya jual beli mereka adalah sah apabila menepati syarat serah terima pada satu masa dan sama timbangannya (Yadan bi Yadin mithlan bi mihtlin), tetapi hakikatnya tindakan itu  tersasar dari Maqasid al-Shariah kepada penciptaan emas dan perak itu sendiri.
Malah jika benar-benar satu hari kelak emas dijadikan matawang, individu sebegini yang akan merosakkan system kewangan Islam di ketika itu.  Mengapa? Kerana mereka terlibat dalam mengubah fungsi emas dan perak yang sepatutnya menjadi matawang kepada komoditi dan objektif untuk membuat untung atas perubahan nilai.  Selagi mereka melaksanakan kerja itu, selagi itulah emas juga TIDAK SESUAI dijadikan matawang. Kelak nanti syiling-syiling matawang emas semuanya disimpan dan disorokkan dari gunapakai, kerana ingin menunggu nilainya menaik. Tatkala itu ia akan tergolong dalam erti ihtikar yang diharamkan.!

Perlu difahami, emas yang sudah dibentuk menjadi perhiasan seperti gelang, rantai, cincin dan sepertinya tidak dilarang untuk dijadikan komoditi atas sifatnya yang telah bercampur dengan skill pembuatan dan ditokok tambah pula dengan batu permata dan sebagainya. Tatkala itu, barulah boleh diambil untung atas jualannya.


Emas dan perak tidak salah untuk disimpan. Bagaimana untuk mendapatkannya jika kita nak simpan emas & perak sebagai 'penyimpan nilai' harta & kekayaan kita? Nak pergi melombong sendiri ke? Praktikal nya, lebih senang dibeli shj. Dan kalau ada masa & kudrat lebih, boleh lah sesiapa pergi melombong kat Bukit Ibam, dengarnya banyak emas kat sana. (Dato' Salleh Majid yang bagitau saya). Dan mengapa pula kita nak kena simpan emas & perak tu? Jawapan saya senang, dah ada dalam hadis yang disuruh oleh Nabi Muhammad utk kita menyimpan emas & perak. Saya masukkan lagi sekali hadis itu, " Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam ahmad ibn hanbal).


Suka saya tafsirkan hadis di atas (pada fahaman saya lah), "Akan tiba satu zaman" membawa erti zaman dari masa depan, yang kita tak tahu bila tarikhnya yang tepat. Apa yang akan terjadi pada zaman itu nanti? maka disambung Rasulullah, "tiada apa yg tinggal boleh digunakan oleh umat manusia" maksud di sini, tiada apa yg bernilai boleh digunakan oleh manusia pada ketika itu. Justeru, apa kah tindakan yang patut kita ambil? Tindakan yang perlu dibuat dari sekarang? disambung lagi, "maka simpanlah dinar & dirham". dalam konteks ini dinar refer kepada emas & dirham refer kepada perak. Rasulullah tak kata, maka waktu itu berpusu2 org mencari emas & perak, kerana mungkin bila tiba waktu tersebut, sudah terlambat untuk kita start mencari emas & perak. Oleh itu, Baginda menasihatkan kita semua menyimpannya dari sekarang. Dan cara untuk mendapatkannya sekarang adalah dengan membeli.


Emas adalah untuk jangka masa panjang. Bila saya jual emas, saya tak menggalakkan untuk ia dijual dalam waktu yang singkat, hanya untuk meraih untung pulangannya, dan seterusnya diulang proses beli jual tersebut. Saya menggalakkan orang membeli & menyimpan untuk tempoh yang lama, dan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos naik haji, kos pendidikan anak2 mahupun kos perkahwinan. Dan ini bukanlah harus dilakukan dalam waktu 1 atau 2 tahun. Untuk kos naik haji seumpamanya, eloklah menyimpan emas sekarang jika ingin menunaikan haji lagi 5 atau 10 tahun. Begitu juga halnya dengan education anak2, seeloknya, bila anak masih bayi atau masih kanak2, beli emas untuknya dan simpan untuk tujuan menapung kos mereka masuk universiti pada 17 tahun akan datang. Samalah juga kisahnya untuk tujuan berkahwin. Pada ketika kita memerlukan wang itulah, baru kita jual emas yg disimpan tersebut. (itupun jika waktu itu matawang masih dlm RM, jika sudah dalam dinar, gunakan sahaja tanpa perlu di'liquid'kan). Ini kerana, emas mempunyai satu sifat "penyimpan nilai" yang baik dan ia juga mampu menampung inflasi. Berbanding jika kita menyimpan wang, tak kiralah dalam bentuk RM, atau USD hatta EURO sekalipun, nilainya akan jatuh. Kenapa?


Saya masih ingat, tatkala saya darjah 1 dulu, ayah (arwah) saya cuma beri 50sen untuk belanja sekolah. 20sen saya beli nasi lemak, 10sen air oren, dan baki 20sen lagi samada saya menabung (yang akhirnya selalu ditebuk oleh abang & kakak saya..hehehe) ataupun buat belanja belah petang. Sekarang, kakak saya bagi duit belanja anaknya ke sekolah RM2.00 paling sedikit. Itu untuk mengenyangkan perut anak buah saya tu. Kenapa tidak sama dengan saya, bagi saja 50sen? Kurus keringlah rasanya dia. (ketika ini, saya termenung sejenak mengenangkan nasib org2 yang kurang kemampuan dlm menanggung anak2..semoga Allah melimpahi mereka dengan rezeki yg lebih). Nampak kan, betapa jatuhnya nilai ringgit kita? Sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, harga seekor kambing adalah 1 Dinar, dan hari ini tetap harganya 1 Dinar. Kukuhnya janji Allah tentang  nilai emas ini. Bayangkan jika ayah2 kita sejak dulu dibayar gajinya dalam emas/dinar, tak akan ada siapa yang merungut tentang inflasi pada zaman sekarang!


Dan saya rasa, kelak jika dinar dijadikan matawang, tak ada sesiapa yang akan menyorokkan emas2 mereka. Buat apa nak disorok, pada ketika itu kita memerlukan emas & perak untuk urusan seharian, dan pada ketika itu menyimpannya sudah tidak praktikal lagi. Dan pada waktu itu juga, saya mungkin sudah tidak menjual emas jongkong/dinar, mungkin hanya barang kemas agaknya. Tengok lah nanti, masih jauh ke depan!


Sekian, Wallahu alam.

No comments: