Pagi ni, sewaktu saya di tennis court, kawan saya call.."eh,zaidan..camne ni..kisah pelaburan emas tipu, masuk paper hari ni.." So, lepas habis main tennis, saya pi lah beli suratkhabar Berita Harian, bukak2...ni dia..
Sila click pada image untuk besarkan.
PERINGATAN KEPADA VIEWER: bukan citer pasal si Norman KRU jadi pengetua AF8 tu ye!!
Sebelum anda tanya, meh saya jawab dulu..Syarikat yg berkenaan masih belum di'reveal' namanya, tetapi saya yakin ia bukan Public Gold kerana ciri2 pelaburannya berlainan sama sekali dengan apa yang kami tawarkan.
- First & foremost, bear in mind, ini adalah SKIM pelaburan emas. Bila dikatakan skim, mengikut Kamus Dewan, ia membawa maksud, " rancangan yang sistematik tentang sesuatu untuk mencapai tujuan atau sasaran, usaha atau tindakan supaya sesuatu rancangan tercapai". Dalam konteks SKIM PELABURAN pula, kebiasaannya bererti mana2 skim yang dapat memberi jaminan pulangan yg 'tetap' dalam kadar segera & lumayan. So, adakah Public Gold menawarkan skim pada pelabur2nya? Jawapan saya, TIDAK. Kami tidak menjanjikan pulangan yang tetap ataupun sebarang jaminan peratus pulangan. Why? It is simple, apabila harga emas fluctuate tanpa boleh dijangka dengan tepat, maka impossible untuk kami memberi satu amaun yang fixed atau tetap sebagai pulangan pelaburan.
- Bagi saya, pelaburan dengan kami atau Public Gold adalah very straight forward, tanpa ada apa2 hidden agenda, agreement, atau syarat2 yang perlu dipatuhi oleh buyer. Basically, anda beli emas & dapat emas fizikal, anda yang simpan selama mana yang anda mahu, (maksudnya hanya anda yang bertanggungjawab ke atasnya), anda sendiri yang monitor price (in this case saya sebagai dealer hanya boleh menjadi penasihat shj), dan anda sendiri yang decide samada nak jual atau tidak bila harganya naik. Tanpa paksaan & tanpa akujanji baik dari pihak saya atau dari pihak anda. Bukan kah ini amat mudah & senang difahami?
- Nasihat saya, bagi anda yang ingin membuat pelaburan emas, kaji & study betul2 latarbelakang syarikat & the nature of investment offered. Sebagai garis panduan, (1) emas tidak boleh diniagakan secara hutang atau ansuran. (2) mesti ada emas, maksudnya anda beli & anda mesti dapat emas, bukan nombor, bukan dicagarkan ke mana2 ar-rahnu atau bukan hanya mendapat jaminan pulangan sedangkan emas tidak di dalam simpanan anda. (3) tidak boleh ada peratus pulangan yang tetap, kerana sememangnya harga pasaran emas dunia berubah2.
Jadi, jangan takut untuk membeli emas jika syarikat atau pelaburan yang ditawarkan praktikal. Emas memang boleh dibeli & disimpan, jika tidak masakan ada dalam Quran menyebut tentang kewajipan mengeluarkan zakat emas (dan perak).
**On 29th June 2009 & 8th July 2009, Public Gold has published a warning notice in Sin Chew Daily & Berita Harian to prohibit any Public Gold Dealers from involving in the Get-Rich Scheme.**
No comments:
Post a Comment