Wednesday, February 24, 2010

Akhirnya lega otak kami...

Salam semua...

Apa khabar pembaca2 semua? Kami harap semuanya sihat2 saje & berada di dalam lindungan-Nya selalu. Semoga minda & hati sentiasa tenang, tak kira apa jua permasalahan yang melanda hidup. Yakinlah, setiap ubat ada penawarnya, setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Cukup mengingati itu, kita takkan mudah melatah jika diuji & diduga bagaimana sekalipun..Insyaallah..

The GoldBankers nak cerita, kisah semalam. Tak tahulah ni kisah sedih ataupun kisah lucu. hehehe.. pandai2 lah pembaca tafsirkan sendiri ye...

Dua hari lepas, stok goldbar yang ada kat tangan The GoldBankers banyaaaaakkkk sgt.. Nilainya sudah beratus ribu!! Memang lah seronok bila dapat order sebanyak itu, tp yang meresahkan kami, kami terpaksa "memegang" goldbar2 tu sebeum diserahkan kepada tuan punya hak milik kekal nya. Jadi, fikir punya fikir, diskusi pun dh dibuat, kami sepakat utk menyewa satu Safe Deposit Box, nak simpan semua tu kat sana.

So, after we made thorough sorting, kami pilih Royal Safe, yang kat bawah Public Gold tu.

  • Satu, sebab dia dekat dgn Public Gold, senang everytime ambik gold, terus simpan kat situ.
  • Insurance coverage memang tinggi, RM100,000.
  • Senang parking, tempat tu tak high density sgt, walaupun kat area Sunway.
Kami sewa safe yg paling kecil, refer kat SINI, dengan sewa tahunan sebanyak RM270, campur refundable deposit RM250 & duty stamp (utk bind agreement) sebanyak RM20, maka The GoldBankers kini dah ada PETI BESI sendiri..hehhehe.. Eh,ini satu pencapaian tau, sebab selama ni tak pernah pulak terfikir nak ada peti besi, ye lah...rantai2 gelang2 kat rumah tu pun hanyalah manik2 koran aje..hahhaha..

Applicationnya senang, cuma :
  • Isi form yang dia bagi, 2 pages of form. Kalau nak letak dua nama, dua2 orang kena isi form tu. Basically dia nak personal details, address, person to contact in case of emergency..itu shj.
  • Photocopy of IC, bagi je IC kat dia pun boleh, dia boleh photostat kan..
  • Ambik gambar, ni pun senang, sebab memang snap kat office dia terus, terus link kan ke data diri.
  • Register the finger prints.
  • Buat payment. Sign agreement.
  • Terus dah ok. Dia bagi kunci. They will notify us to collect the agreement once it is ready.
So, lepas dah dpt kunci tu, kami langsung boleh simpan barang kami kat dalam safe room, yang ditutup dengan pintu setebal satu kaki tu..heheheh.. Waktu nak buka safe box tu, everytime, mesti key holder & Royal Safe Staff ada serentak. Lepas je buka, staff tu akan kurung kita dalam safe room tu, dan kita boleh berurusan menyimpan atau mengambil barang, tanpa dia melihat & tahu apa kat dalam box kita.

So, lepas dah isi goldbar2 tu, now came the exciting part of the story...Nak tahu tak, entah kenapa, hati jadi sayu bila nak tinggalkan goldbar2 tu kat situ..maklumlah all this while 'sentiasa bersama' ke mana jua..tiba2 malam tu "depa2 tu kena tidoq sendiri"..hahahhaa.. Boleh tak, saya 'termenangis' (takde lah meraung2..), saya rasa perasaan tu mungkin sama sewaktu first time (or everytime) mak saya nak tinggalkan saya kat hostel setiap kali lepas register. Bezanya, waktu tu mak saya selalu berpesan, "jaga diri elok2, belajar rajin2".. tapi, this one, saya pesan kat goldbar2 saya tu, "jaga diri elok2, duk diam2, naik harga banyak2 ye..Nanti mak dtg nak tgk kau dah 'besar' (nilai nya lah)"..hehehe..


3 comments:

pokli said...

nice sharing
problem with RICH PEOPLE

1) HOW TO MAKE MORE MONEY & MORE

2) HOW TO PROTECT THEIR MONEY

3) PEOPLE LIKE THEM BECAUSE OF THEIR MONEY OR WHAT?

4) SPOIL THEIR CHILD BCOS LOT OF MONEY

SO.....

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com. Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa. Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500. Terima kasih.

Nieza said...

mcm maner kita nak tahu private company yang provide service utk safety box nie betul2 safe? just curious la..takut jugak kalo company nie bankrupt ker larikan diri ker...