Monday, January 18, 2010

Gambar2 semasa Seminar Emas..

Salam..

Ni sebelum majlis bermula..




Sempat jugak posing jap sementara menunggu panel2 masuk hall..




Ini Mr.Louis Ng, founder & chairman of Public Gold.. Kalau dengar dia cakap, mmg macam bukan
chairman of company lah..dengan pelat nya, tapi who cares?? boleh je buat duit kan..


Ini Dr. Umar Ibrahim Vadillo..boleh dikatakan pejuang Matawang Islam (dinar). Bersungguh2 beliau menyeru umat Islam utk conquer penggunaan dinar sbg matawang, kerana beliau percaya hanya dgn cara ini sahajalah, org Islam boleh mengukuhkan ekonomi, dan utk Malaysian, supaya kita tidak terus tunduk kepada kuasa US Dollar. Beliau merupakan penasihat ekonomi kerajaan Kelantan, dan antara orang yg memperkenalkan Dinar Kelantan. Katanya, Kelantan sedikit masa lagi akan memulakan langkah membayar gaji rakyatnya dlm dinar, dan memperbanyakkan urusan jual beli seharian menggunakan dinar. Haiii... untung lah orang Kelantan ye..


Sebahagian drpd 420 orang peserta seminar..menjamu selera.


Lepas mkn, sempat pulak mendengar informal speech Dr Umar.


Bergambar dengan dr Umar. Masa ni beliau tanya saya asal mana, saya jawab 'terengganu'. Langsung beliau mencadangkan saya bawa perihal penggunaan dinar kepada Sultan Mizan..hehehe..kalau Mizan tu jiran saya, boleh jugak saya beritahu dia time2 minum petang...Tapi, be positive, insyaallah,manalah tahu ada peluang nanti.




Slide daripada Dato' Salleh Majid yg saya kira penting juga utk membandingkan pelaburan2 yg terdapat di Malaysia. Daripada semua jenis pelaburan2 yang ada, ternyata Emas memberi pulangan yang lumayan berserta risiko yang minimum.


Selamba & bersahaja beliau berucap.


Slide ni sekurang2 nya sudah cukup untuk kita start consider utk melabur/menyimpan emas. Pakar financial yang kata, bukan cikai2 tau...


Ni lah admin blog jutawanemas.com, En Syukor Hashim.Basically apa yang beliau cerita pada hari tu, sama isi kandungannya dgn apa yang beliau ulaskan dalam e-book beliau, "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas".


The Goldbanker bergambar dgn En.Syukor.


The Goldbankers bergambar dgn Mr.Loius Ng.


Last, bergambar dgn mentor, Pokli yang jadi MC hari tu..

2 comments:

cza said...

ujie,
aku teringin nak gi seminar ni. tp tak dpt pegi pun. if not sure leh jumpa mu n pokli tu..

The GoldBankers said...

next time kalo ada seminar serupo gini,aku royat ko mung deh..