Tuesday, February 9, 2010

Terma & Syarat Pengedar2 Public Gold



Pengedar Utama (Master Dealer)

  1. Modal diperlukan ialah RM300,000.00: (a) RM150,000.00 untuk membeli 999.9 jongkong emas & syiling emas.  (b) RM150,000.00 untuk membeli 916 dinar emas.
  2. Master Dealer dikehendaki menjual semua produk Public Gold iaitu : (a) Jongkong emas (Au999.9) - 20g, 50g, 100g & 500g;  (b) Syiling emas (Au999.9) - 50g ;  (c) Dinar emas (Au916) - 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar.
  3. "Tempoh Penilaian" selama 6 bulan untuk mencapai jumlah Jualan Kumpulan (Group Sales) sebanyak RM300,000.00.
  4. Tempoh Penilaian akan diadakan 2 kali dalam setahun:  (a) 1 Januari hingga 30 Jun;  (b) 1 Julai hingga 31 Disember.
  5. "Tarikh Penilaian" tempoh pertama akan diadakan pada 31 Disember 2009. (pada ketika pekeliling ini diedarkan)
  6. Para pengedar perlu ditemuramah oleh Lembaga Pengarah Public Gold sebelum dilayakkan menjadi Master Dealer.
  7. Setelah para Master Dealer disahkan memenuhi semua syarat & terma, maka namanya akan dipaparkan di dalam laman web Public Gold.
  8. Selepas nama Master Dealer berjaya dipaparkan dalam laman web Public Gold, beliau dikehendaki memenuhi syarat tempoh penilaian yang seterusnya untuk mengekalkan nama beliau terus dipaparkan di laman web Public Gold. Jikalau kumpulan beliau gagal mencapai jumlah jualan kumpulan mereka pada tempoh penilaian yang berikut, nama beliau akan gugur dari laman web Public Gold.
  9. Master Dealer dibenarkan melantik Normal Dealer.
  10. Pembahagian komisyen: (a) Komisyen secara langsung; Jualan - 2% drpd jumlah jualan & Belian - 0.5% drpd jumlah belian.  (b) Komisyen secara tidak langsung (dari Normal Dealer); Jualan - 0.5% drpd jumlah Jualan & 0.2% drpd jumlah belian balik.
  11. Komisyen akan dibayar oleh syarikat Public Gold kepada para pengedar pada 15hb setiap bulan ke dalam akaun bank masing2.
  12. Bermula dari 1 Julai 2010, Public Gold akan menyimpan 10% daripada komisyen Master Dealer tiap-tiap bulan sebagai Security Guarantee, jumlah maksima komisyen yang akan disimpan ialah RM50,000.00 untuk setiap Master Dealer.
  13. Terma & syarat akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan & keputusan pihak Public Gold.
Pengedar Biasa (Normal Dealer)
  1. Modal diperlukan: Membeli 1 set produk Public Gold (termasuk 4 keping 999.9 jongkong emas & syiling emas, berserta dengan 3 keping Dinar Emas) mengikut harga semasa.
  2. Normal Dealer dikehendaki menjual semua produk Public Gold, iaitu;  (a) Jongkong emas (Au999.9) - 20g, 50g, 100g & 500g; (b) Syiling emas (Au999.9) - 50g;  (c) Dinar emas (Au916) - 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar.
  3. "Tempoh Penilaian" selama 3 bulan untuk mencapai jumlah jualan sebanyak RM100,000.00.
  4. Tempoh Penilaian dalam setahun; (a) 1 Januari hingga 31 Mac;  (b) 1 April hingga 30 Jun; (c) 1 Julai hingga 30 September; (d) 1 Oktober hingga 31 Disember.
  5. "Tarikh Penilaian" tempoh pertama akan diadakan pada 31 Disember 2009. (pada ketika pekeliling ini diedarkan). Setelah para pengedar disahkan bahawa telah mencapai semua kehendak yang diperlukan, maka namanya akan dipaparkan dalam laman web Public Gold.
  6. Selepas nama beliau berjaya dipaparkan dalam laman web Public Gold, beliau dikehendaki memenuhi syarat tempoh penilaian yang seterusnya untuk mengekalkan nama beliau terus dipaparkan di laman web Public Gold. Jikalau beliau gagal mencapai jumlah jualan kumpulan mereka pada tempoh penilaian yang berikut, nama beliau akan gugur dari laman web Public Gold.
  7. Untuk menjadi Master Dealer, jumlah jualan boleh dikumpul dalam masa 6 bulan untuk mencapai RM300,000.00.
  8. Pembahagian komisyen: (a) Jualan - 1.5% drpd jumlah jualan; (b) 0.3% drpd jumlah belian balik.
  9. Komisyen akan dibayar oleh syarikat Public Gold kepada para pengedar pada setiap 15hb setiap bulan ke dalam akaun bank masing2.
  10. Terma & syarat akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan & keputusan pihak Public Gold.


2 comments:

Anonymous said...

bermaksud pengedar biasa kena ada modal 100k untuk permulaan lah ye?

The GoldBankers said...

tak sampai..nk jadi normal dealer kena beli 20g,50g x 2 kpg (bar & coin),100g, 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar..dicampur dgn sales kit,wooden casing,& beberapa item lagi, keseluruhannya dalam rm37000 - rm40000. depends pada harga semasa emas waktu tu. Cthnya,masa sy jadi dealer awal Januari thn ni, modal keseluruhan adalah rm39125. Jika ada modal lebih, boleh lah tambah stok ataupun tunggu bila harga turun, boleh beli byk2 sbg stok.